Friday, June 4, 2010

Kacang panjang goreng hati



Ini kacang panjang yang dibekalkan oleh mak saya. Nie kacang panjang organik tau....tak pakai racun pun. Emak saya nie jenis orang yang ringgan tulang. Dia tidak boleh duduk diam. lepas sahaja sediakan sarapan untuk 40 orang pelajar dan kakitangan, beliau akan terus ke kebun yg terletak ditepi dapur. Kat Asrama nie, mak saya tanam tebu...penuh sekitar tepi longkang besar. Pokok ulam2 dan pandan penuh ditepi pagar. Kalau bulan puasa boleh meniaga air tebu sbb tebu terlalu banyak. Kerja2 didapur asrama ada pembantu yg tolong so tak adalah teruk sangat dan dia boleh tumpukan kepada minat berkebun(tempat nie anak menantudia punya kan).

Pada pagi ahad lepas, mak saya minta saya tolong beliau kutipkan kangkung untuk dibuat sayur makan tengahhari. Dia juga minta saya kutip kacang panjang. Sy ingat dia nak sayurkan juga kacang tu. tapi bila saya masukkan beg dalam bonet kereta, dia hulurkan seikat kacang panjang untuk saya bawak balik. Nak tolak rasa kesian pulak kat mak..... nak ambil saya bukannya masak lauk pauk nie. Nanti busuk kat dalam peti aje. Sebab kacang nie special....mak yg tanam n organik lagi maka saya buatlah sayur kacang panjang goreng hati.

Resepi pakai campak2 saja, tak ada yang istimewa. Cuma untuk menjadikkan sayur tu nampak menarik, hati ayam hendaklah direbus sebentar sebelum digoreng. Sayur saya nie langsung tak lengkap.....cili merah pun tak ada.

Kacang panjang goreng hati

seikat kacang panjang-dipotong serong
250gm hati ayam-dibersihkan
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan kicap
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
garam
kunyit
cili merah-dihiris halus
halia muda-dihiris halus
sedikit air

Cara-caranya:-
  • Bersihkan hati ayam, masukkan sedikit tepung gandum dalam hati ayam dan gaul rata kemudian cuci bersih. tujuannya supaya hilang hanyir
  • Potong kecil hati ayam, kukus sebentar. sekejap aje
  • Angkat dan biarkan sejuk sebentar. Masukkan kunyit dan garam, gaul rata.
  • masukkan sedikit minyak dan goreng sehingga garing
  • Angkat dan toskan
  • bersihkan kuali, tuangkan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan kacang panjang, sos tiram, kicap, cili dan hati ayam
  • Masukkan sedikit air dan kacau rata
  • Angkat dan hidangkan
Resepi saya nie sempoi sangat. malu pulak nak publish kat sini tapi tak apalah kan saya memang jarang2 masak lauk pauk nie. malam nie saya ratah saja sayur tu.

No comments: