Sunday, June 6, 2010

Nasi Goreng


Nasi goreng sempoi yang saya masak sekembali dari gym tengahari tadi. nak habiskan sedikit kacang panjang yg masih berbaki. Nasi goreng yang sering saya masak.....mak saya pernah kata benda yg kita buat secara simple kadang kala lebih sedap daripada bubuh bahan2 yang rumit.

Nasi goreng

Bahan-bahannya:-

1 cawan beras, masak dan sejukkan
5 biji cili padi-dihiris halus
2 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-dimayang
ikan bilis
1 biji telur
3 urat kacang panjang-dihiris halus
1/2 batang karot-dipotong kiub
lain2 sayuran yg ingin dimasukkan
garam secukupnya

Cara-caranya:-
  1. Panaskan sedikit minyak. tumis ikan bilis sehingga sedikit garing. Masukkan kawang putih dan bawang merah, tumis sehingga wangi. Masukkan cili padi.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata.
  3. masukkan nasi yang telah digaul bersama sedikit garam
  4. Angkat dan hidangkan


No comments: