Saturday, June 5, 2010

Rava Dosa



Kononnya pada pagi nie saya nak makan rava dosa sebagai sarapan saya tapi akhirnya jadi hidangan makan tengahhari sebab kacang dhal lambat empok. Masakan india nie memang menjadi kegemaran saya. Dikampung kami berjiran dengan jiran berbangsa india iaitu uncle nagappan dan untie Seroja. Anak2 mereka adalah teman sepermainan kami adik beradik. Malini dan santamalar adalah rakan waktu kecil kami sehinggalah kami terpisah apabila masing2 membawa haluan sendiri apabila sudah memasuki universiti dan bekerja. Uncle nagappan dan aci meninggal dunia 10 tahun yang lepas, jadi saya sudah lama tidak merasa kari kacang ponggal dan rava dosa yang seringkali dihantar kerumah kami apabila aci buat. Mereka sangat pembersih dan sangat menghormati pegangan kita. Jika uncle nagappan hendak masak ayam kampung dia akan minta arwah ayam sembelihkan dan mak saya bersihkan sebelum aci masak kari. Apabila hari raya, mak saya akan masak rendang kerang khas untuk Ravi, anak nagappan sbb itu kegemaran Ravi.


Saya cuba buat rava dosa seperti yang sering dibuat oleh aci ketika saya kecil dahulu. Aci akan guna pengiling tangan untuk giling beras bagi menjadikan tepung beras. Selalunya saya akan berada disebelah aci melihat dia mengiling beras atau mengiling cili. Saya guna resepi dibawah nie. Saya copy n paste sahaja tanpa translate. Rava dosa saya tidak menjadi elok, asyik melekat dikuali dan hanya beberapa biji sahaja yang jadi elok. Frust betul....macam mana aci boleh buat elok. kalau gi makan kat restoran pelita dan order rava dosa, anda akan dapati rava dosanya ranggup dan nipis sekali tapi yg saya buat nie susahnya dan jadi nipis. So inilah resepinya, saya ambil dari laman web http://www. foodieshope.org.


Rava Dosa

You Need:
1 Cup roasted fine Semolina,(saya guna tepung suji saja)
(if coarse, grind it until you get fairly fine rava but not powder or flour!)
1/4 cup Rice Flour
1/4 cup Plain Flour(Maida)(saya guna tepung gandum)
1 tbsp Corn Starch
1 tsp or less salt
A pinch of baking soda
Turmeric (optional)(saya tidak masukkan sbb saya suka batter warna putih)
1 tbsp yogurt
1/2 tsp sugar

To Season:
Heat 1 tsp oil and 1 tsp butter,add 1/2 tsp mustard seeds,1/2 tsp crushed cumin seeds,few dry red chilli flakes, chopped curry leaves and cilantro.(saya cuma guna cumin seeds sahaja)

How To:
1. Mix all the above with enough water(about 2cups)to make a spreadable batter, not too thick but thin like buttermilk consistency.
2. Add seasoning and mix well.Let it rest for not more than 15-20mins.After 15mins,if the batter is too thick you can water.
3. Heat a Tava or non-stick skillet,pour a ladleful of batter and make a circle.
4. Let it cook until crisp,drizzle some oil around the dosa.Flip and repeat the same.
5. Serve immediately with any gravy.

No comments: