Semalam saya bake Red Velvet Cup cakes. Ini semua gara-gara rancangan DC Cupcakes. dalam satu episod ada ditunjukkan bagaimana mereka bake red velvet dan hiasi dengan cream cheese. Sungguh mengoda bila tengok Red Velvet cup cakes dalam episod tu. lepas tu bila saya pergi Tesco, terus beli buttermilk dan cuka. Semangat berkobar-kobar nak baking tu hanya membara sekejap je lepas tu buttermilk tersebut duduklah dalam peti ais sampai expired. Semalam saya buat jugak Red Velvet Cup cakes nie sbb sayang kat buttermilk yg mahal tu.
Saya guna resepi yang saya ambil dari blog bestcupcakerecipes.blogspot, semua yang bagi komen kata resepi tu bagus. Inilah hasilnya.....

recipes from bestcupcakerecipes.blogspot.com
Photo dan publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
2 1/2 cawan tepung cake-diayak
1 tsp baking powder-sama paras
1 tsp garam
2 tsp unsweetened cocoa powder
50gm pewarna merah (saya guna sikit sahaja-Jika anda tidak mahu guna pewarna anda boleh guna jus beet sebanyak 100gm)
1/2 cawan unsalted butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur-suhu bilik
1 tsp esen vanila
1 cawan buttermilk
1 tsp cuka putih (saya guna epal cedar)
1 tsp baking soda
Cara membuatnya:-
- Keluarkan telur, buttermilk, butter dan biarkan pada suhu bilik
- Panaskan oven. Masukkan 12 keping cup muffin dalam acuan cupcakes.
- Ayak bersama tepung dan baking powder. ketepikan
- Dalam mangkuk kecil, campurkan pewarna merah dan serbuk koko. pastikan ia sebati dan tidak berketul-ketul. ketepikan
- Pukul butter dan gula selama 3 minit sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanila dan bancuhan serbuk koko tadi. Kacau rata dengan spatula supaya bahagian bawah juga tergaul rata.
- Masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul perlahan sehingga sebati kemudian masukkan seperauh buttermilk. Buat sehingga habis tepung dan buttermilk.
- Dalam mangkuk kecil yang lain, satukan cuka dan baking soda. Pastikan mangkuk agak dalam sbb ia akan berbuih. Terus masukkan kedalam adunan kek. kacau rata.
- Masukkan adunan kek kedalam acuan cupcakes sebanyak 3/4. jangan terlalu penuh sebab ia akan mengembang.
- Bakar selama 20 minit dengan suhu 150C-180C (bergantung kepada oven anda ye)
- Biarkan ia sejuk selama 10 minit sebelum di hiasi dengan cream cheese.
Cream Cheese frosting
Bahan-bahannya
225gm unsalted butter
340gm cream cheese
1 3/4 cawan gula aising-diayak
1 tsp esen vanila
Cara membuatnya:-
- Pastikan semua butter dan cream cheese pasa suhu bilik. Keluarkan 30 minit awal butter dan cheese dari peti ais dan biarkan.
- Dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim.
- Masukkan cream cheese dan pukul sehingga ia kembang dan fluffy
- Perlahan-lahan masukkan gula, satu cawan dahulu kemudian bakinya. Sebatikan
- Akhirnya masukkan esen vanila
- Hiasi atas cup cakes anda.
- Anda boleh simpan sehingga 3 hari cream cheese ini dan jika nak guna, masukkan sahaja dalam mixer dan pukul sehingga lembut.