Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Sotong Goreng Tepung


Ini juga hidangan berbuka petang semalam. Dah lama teringin nak buat sendiri sotong goreng tepung....pernah buat sekali tetapi lepas goreng, tepung terpisah daripada sotong. Kali nie saya buat ikut resepi dari buku bijak memasak, Norzailina Nordin.....hasilnya ia memang sedap, ranggup dan yang paling penting sotongnya lembut sahaja. Memang sedap dan resepi nie bagus sekali. Memang saya rekemen resepi batter (bancuhan tepung) nie jika anda hendak guna untuk buat udang goreng tepung, ikan goreng tepung dll.

Sotong Goreng Tepung
Sumber: Buku Bijak Memasak, Norzailina Nordin

Bahan-bahannya:-
  • 2 kg sotong-dibersihkan
  • 120gm tepung gandum
  • 60 gm tepung beras
  • 60 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1/4 tsp serbuk kunyit
  • 240-250 ml air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • garam secukupnya
  • 1/2 tsp baking powder (optional-resepi asal tidak dimasukkan baking powder)
Cara-caranya:-
  1. Potong bulat sotong. letakkan dalam kuali dan tutup. Masak atas api sederhana kuat selama 2-3 minit atau hingga terbit airnya.
  2. Letakkan dalam penyejat dan biarkan sejuk

Saya buang kulit luar sotong dan jika anda tidak mahu buang....ia tidak mendatangkan masalah.

Cara membuat batter:-

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, rempah kari, serbuk kunyit dan baking powder.
  2. Tuangkan air perlahan-lahan sambil dikacau sebati. Masukkan kuning telur dan garam. kacau rata.
  3. Pukul putih telur hingga kental dalam mangkuk lain. kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan tepung secara berhati-hati.
  4. Celupkan sotong satu per satu dengan batter tadi
  5. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan. Angkat dan sejatkan minyaknya. Sajikan dengan sos cili
Nota:
  • Sotong perlu 'dimatikan' airnya terlebih dulu dengan cara mengoreng (tanpa minyak) atau mengukus. Tujuannya adalah supaya sotong separuh masak.
  • Dengan cara ini juga, kandungan airnya berkurangan dan ia akan kekal ranggup setelah digoreng.
  • Jangan memasak terlalu lama kerana sotong itu akan menjadi keras
  • Bila mengoreng, pastikan minyaknya banyak dan sorong terendam. Ini akan memastikan seluruh sotong masak sekata dan sempurna
  • Anda boleh tambah air dalam anggaran 1 sudu makan lagi jika rasa batter tersebut sedikit pekat.

Sunday, January 31, 2010

Udang Mentega








Tengahari semalam lepas keluar dari gym, saya pergi ke MPH dan membeli beberapa buku dan majalah. Saya beli majalah Rasa keluaran Februari edisi masakan cina muslim dan nyonya. Masa dok belek2 majalah tu terpandanglah gambar masakan Udang mentega....cantiknya dan terliur bila tengok gambar tu. Pergi Tesco cari udang dan kebetulan ada special price untuk udang sederhana hanya RM13 lebih sekilo so saya pun ambillah 1/2 kilo.


Balik rumah baru baca resepi Udang mentega tersebut, bila nampak ia guna 1 ketul mentega terus hilang minat nak cuba. Godek2 My resepi cari resepi udang mentega so nampak resepi Zeera.


Saya guna bahan2 ikut resepi nie tapi tak bubuh nestum sbb tak ada, rasa memang sedap....resepi nie memang best, cuma telur tidak jadi halus dan secantik dalam gambar Majalah Rasa mungkin saya salah buat.....apa2 pun ini akan jadi percubaan saya yang terakhir sbb lepas makan lebih kurang 5 ekor udang mentega saya rasa lain macam....so masih ada satu tupperware lagi baki Udang mentega nie. Bukan sebab resepi nie tak sedap tapi tak sesuai dengan saya.

Udang Mentega

(Resepi nie adalah untuk 1/2 kg dan separuh dari bahan-bahan asal)

Bahan-bahannya:-

1/2 kilo udang sederhana

2 ulas bawang putih

7 /9 tangkai cili padi, dihiris halus

2 tangkai daun kari

1/4 cawan susu cair

2 sudu besar mentega

1 sudu besar tepung beras

2 biji telur

garam dan lada sulah

Cara-caranya:-


  1. Gaulkan udang dengan garam dan lada sulah, kemudian goreng 1/2 masak dan toskan minyaknya.

  2. Pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras.

  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, daun kari hingga garing kemudian masukkan udang dan cili padi.

  4. Tuang adunan telur yang telah dipukul tadi sdikit demi sedikit, perlahankan api anda supaya telur menjadi lebih halus. Gaul rata. angkat bila udang sudah masak.

Inilah hidangan tengahhari saya, oleh kerana udang bermentega sudah tinggi kalorinya, saya hanya masak sayur air sahaja sebagai pelengkap tapi akhirnya saya hanya habiskan semangkuk sayur air kosong ini berbanding meratah udang.