Tiga minggu yang lepas, kali pertama saya menjelajah kedai-kedai kecil tu bila nak cari kelapa parut. Ada pasar segar yang menjual barang basah seperti ikan dan sayur, malah kat kedai nie ada jual rebung madu tapi saya tak berani nak beli sebab kedai nie nampak kotor dan tak terjaga serta berbau busuk wp banyak sayur-sayur kampung yang susah nak jumpa kat supermarket ada kat sini. Saya ke kedai runcit disebelahnya untuk dapatkan kelapa parut. Masa dok tunggu kelapa diparut, saya terpandang satu besen yang mengandungi telur itik. Tokey kedai kata telur itik tu masih baru sebab baru dihantar kekedainya sebentar tadi. Saya ambil 5 biji....sebiji 60 sen. Oleh kerana telur itik tu masih baru so saya cubalah buat telur masin basah. Cuba buat 3 biji dulu sebab risau tak jadi lagipun ini kali pertama mencuba buat telur masin basah sendiri.
10 biji telur itik (saiz yang sekata dan baik)
250 gram garam dapur
kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur
1 bekas plastik yang kedap udara
Cara membuat:
1. Cuci atau lap telur dengan air suam hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.
2. kemudian gosok secara sekata ( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang telur terbuka.
3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara.
4. masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara.
5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum digunakan.