Showing posts with label Sos pencicah. Show all posts
Showing posts with label Sos pencicah. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Pencicah buah



Jom cicah jambu......sedapkan kalau makan ramai-ramai duduk bawah pokok sambil sembang-sembang. Rindu zaman remaja dulu....saya rajin lepak-lepak kat pangkin bawah pokok ciku sambil cicah jambu, mangga bersama adik-adik.

Bila buat sambal pencicah nie......selalunya family saya suruh saya yang buat sebab kata mereka saya buat paling sedap (mungkin depa nak bodek sbb malas nak pi dapur). Jambu air kat atas tu saya beli masa dalam perjalanan balik dari Teluk Intan ikut jalan Sabak Bernam. Sekilo RM7....tak taulah mahal ke murah....saya puashati sebab jambu nie manis sangat.

Balik kerja semalam sempat buah pencicah jambu dan makan sorang-sorang sambil tengok drama Brain, episode 18 kat internet. Setelah 2 minggu dalam peti ais baru nak makan jambu tu....sebab tu kalau tengok jambu tu nampak dah tak segar lagi. masa beli memang segar sangat tapi bila sampai rumah nak makan tak sempat.

Kuah pencicah

Bahan-bahan:-
  • 3 sudu makan gula putih
  • 1/4 tsp garam
  • sebiji cili padi
  • 1/4 tsp belacan (tambah jika anda suka belacan banyak)
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili
Cara-caranya:-
  1. Masukkan gula, garam dan belacan dalam lesung penumbuk. Tumbuk supaya semua bahan sebati.
  2. Masukkan cili padi dan tumbuk sedikit (terpulang kepada anda....jika suka pedas tumbuk halus tapi jika tak suka pedas...tumbuk sekadar pecah sahaja)
  3. Masukkan dalam piring dan kemudian masukkan kicap dan sos cili. kacau sebati dan hidangkan.
  4. Makan bersama buah-buahan kegemaran anda.
Nota:-
  • Kalau makan mempelam muda, saya selalu hiris halus mempelam dan kemudian masukkan kedalam pencicah diatas. Biarkan sebentar selama 30-40 minit sehingga buah mangga sebati dengan pencicah. kemudian baru makan....uhhhh memang sedap.

Thursday, August 11, 2011

Sambal Tomato

Sayur petola masak air dan ikan kembung tidak ummpppp jika tidak dikombinasikan dengan sambal tumbuk. Saya buat sambal tomato. Ada kenangan sambal tomato nie. Ditahun akhir UKM, saya duduk kat rumah sewa bersama Faridah dan Yati. Menu wajib kami pada setiap hari adalah telur goreng bersama sambal tomato atau ikan masin goreng bersama sambal tomato....sambal tomato yang ditumbuk oleh faridah wajib ada.



Sambal Tomato


Bahan-bahannya:-


5 biji cili padi


1/2 biji tomato dipotong dadu


1/4 biji bawang besar dipotong dadu


sedikit garam


sedikit air



Cara-caranya:-


1. Tumbuk cili bersama garam sehingga lumat. Masukkan bawang besar dan tomato. Tumbuk sebentar sekadar untuk tomato separuh hancur


2. Masukkan sedikit air, kacau sebati. Hidangkan


Wednesday, June 2, 2010

Rojak Mangga/ colek mangga

Ini mempelam epal yang saya bawak balik dari rumah adik saya kat dunggun. Bertuah betul adik no 2 saya tu. Dia beli rumah corner lot yg memiliki halaman yg luas dan tuan rumah dahulu rajin menanam pokok2 buah. Pokok buah epal dan kuinin menjadi betul tahun nie. Bergayut2 buahnya. Rumah nie dijadikan salah satu dari tadikanya so mempelam nie memang menjadi reseki untuk orang ramailah. Adik lelaki bongsu saya dengan rela hati mengoffer diri memetik buah mempelam nie sbb ramai cikgu tadika kat situ hehehe....siap kata 'kak ngah, tadi cikgu tadika ko asyik pandang koi je". perasan hensomlah mamat tu. Buah kuinin hanya sempat kutip 2 biji saja sbb awal2 pagi lagi cikgu2 tadika ambik bila buah luruh. So reseki kami hanya 2 biji tu ajelah.



Jom jemput makan colek mempelam nie. Saya tak tau nak panggil rojak atau garam belacan je sbb inilah pencicah yang saya buat sejak remaja lagi sampai sekarang bila nak colek mangga cuma malam nie saya rajin sikit letakkan kacang tanah dan bijan goreng.

Petang nie tak gi gym sbb nak repair kasut sport. tapak kasut reebok saya tercabut masa kat treadmill. tebal muka bila nampak tapak kasut tu laju je meluncur kebelakang.Cepat2 off kan mesin pastu dengan muka selamba badak turun & kutip tapak kasut tu....malu tak yah cakaplah...tambah pulak ramai lak tu jejaka hensom kat treadmill belakang saya tu. my fren suruh gi tampal n jahit tapak kasut tu so saya pun pergilah cari tukang kasut kat tepi Giant kecil kelana jaya nie. hampeh betul...dia rosakkan kasut saya. Nampaknya ada alasan nak beli baru. itulah bahananya kalau beli kasut kat warehouse sales....bukan murah you dekat RM185 sepasang lepas 30% less tapi lepas 6 bulan pakai...tapaknya boleh tertanggal.

Oklah ini resepi sempoi saya. Nak kata kuah rojak .....sempoi sangat nanti marah pulak orang yang meniaga kuah rojak. Nanti siap dikutuknya saya hehehe.

Colek Mangga/kuah rojak sempoi

Bahan-bahannya:-

4 sudu makan gula pasir
2 sudu makan sos cili2 sudu makan kicap manis
sedikit garam (sedikit saja...hujung sudu je)
2-3 ulas cili padi
sedikit belacan (saya tak letak sbb saya tak suka belacan yg dijual dikedai)
kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar2
sedikit bijan goreng

Cara-caranya;-
  • Masukkan semua bahan kecuali cili, kacang dan bijan dalam periuk. Panaskan sebentar sehingga gula cair. Angkat dan sejukkan. masukkan dalam bekas dan masukkan cili padi, tekan2 sehingga sedikit lumat. kepedasan terpulang pada anda. Anda suka pedas lebihkan cili tapi kalau ada budak kecil nak makan sekali, letakkan sebiji saja dah cukup.
  • Tuangkan atas buah-buahan yang telah dipotong halus. Tabur kacang dan bijan goreng.