BAHAN-BAHANNYA:-
• 1 ketul buttercup atau apa-apa jenama butter lain
• 4 biji telur
• 2 1/2 cawan tepung kek jenama bluekey
• 1 cawan susu segar (biarkan ia pada suhu bilik sebelum guna)
• 1 1/2 cawan gula castor
• sedikit esen vanilla
CARA-CARANYA:-
- Keluarkan butter, susu segar dan telur dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit sebelum guna
- Ayak tepung kek sebanyak 3 kali dan ketepikan
- Sapukan sedikit butter disekeliling loyang dan taburkan sedikit tepung. ketepikan.
- Ambil mangkuk mixer dan masukkan butter dan telur. Putar dengan kelayuan sederhana sehingga ia kembang dan kelihatan putih
- Pecahkan semua telur dalam mangkuk. Masukkan telur sebijik dan kemudian putar sebentar sehingga sebati dan kemudian masukkan telur yang seterusnya. Buat sehingga habis.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang seli dengan susu segar sehingga habis. Pastikan ia digaul sebati. Guna sudip kayu dan kacau secara kaup balik supaya udara terperangkap dalam bancuhan. Pastikan ia dikaup balik searah sahaja.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla. Saya suka letakkan esen vanilla diakhir proses dalam setiap kek yang saya buat.
- Tuangkan bancuhan dalam loyang yang telah disiapkan tadi.
- Ambil sudu makan dan guna belakang sudu untuk tekan-tekan rata permukaan kek tersebut.
- Pastikan anda telah panaskan oven pada suhu 160-180c selama 10 minit terlebih dahulu sebelum anda masukkan kek.
- Masukkan kek dalam oven dan bakar selama 45 minit.
- Anda harus ingat resepi ini mengandungi cecair yang banyak, oleh itu kebarangkalian kek anda tidak menjadi adalah tinggi. Jika anda kali pertama mencuba membakar kek...anda tidak digalakkan cuba resepi ini.
- Walaupun saya buat kek mengunakan resepi nie dari remaja lagi tapi kadang-kadang saya juga menghadapi masalah ia terlalu berderai, bantat, terlalu moist (sebab saya panaskan susu sebab terlupa nak keluarkan awal), tidak naik(sebab tepung kek lama) dan sebagainya. Kenapa saya tetap guna resepi ini....sebab ia mempunyai rasa butter cake yang tersendiri.
- Anda boleh gantikan susu segar dengan jus oren dan masukkan hirisan kulit oren untuk buat kek oren. Boleh guna pati sunquick 1/2 cawan dan 1/2 cawan susu.