Entry pertama untuk masak-masak dalam tahun nie.
Himpunan resepi yang telah dicuba dan dicatatkan untuk ingatan dikemudian hari.
Wednesday, August 12, 2015
Rendang ayam pencen
Entry pertama untuk masak-masak dalam tahun nie.
Friday, August 3, 2012
Sotong Bakar bersambal
- 4 ekor sotong saiz besar
- 5 biji cili kering (lebih jika anda jenis suka pedas)-dicelur sebentar
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia-dihiris nipis
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- garam dan gula secukup rasa
- air asam jawa
- sedikit kunyit untuk disapu pada sotong
- sekeping daun pisang
- Bersihkan sotong dan toskan supaya lebihan air dikeluarkan.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul rata. ketepikan
- Blender cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam anggaran 1 sudu makan dan tumis bahan yang dimesin tadi sehingga naik bau.
- Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga lada masak.
- Masukkan gula dan garam secukupnya.
- apabila telah kering...angkat dan ketepikan.
- ambil aluminium foil dan letakkan daun pisang diatasnya sebelum susun sotong
- Tuangkan sambal diatas sotong
- Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 180 c
- Masukkan sotong dan bakar selama 10 minit. jangan lama nanti liat.
Monday, October 24, 2011
Ayam Goreng Ranggup
- 4 sudu besar tepung ubi
- 1/2 sudu makan serbuk kari(bergantung kepada selera anda untuk lebihkan)
- serbuk lada sulah
- garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil)
- 3 ketul kepak ayam (apa2 bahagian ayam pun boleh)
- 1 biji telur, dipukul sebentar
- Minyak secukupnya untuk goreng
- Bersihkan kepak ayam, keringkan air ayam dengan tuala masakan.
- Ketepikan sebentar
- Sediakan tepung salutan. Masukkan serbuk kari, lada sulah, garam kedalam tepung. Gaul rata.
- Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
- Celup kepak ayam dalam telur dan kemudian angkat kepak ayam dan masukkan kedalam salutan tepung. pastikan ia bersalut rata. Ulang sampai habis kepak ayam
- Goreng sehingga kekuningan dan masak.
- Angkat dan toskan dengan tisu masakan
- Hidangkan bersama sos cili.
Thursday, August 18, 2011
Kerang Rebus
Semalam cuti bagi orang Selangor maka kesempatan tu saya dan rakan pergi shopping sakan menghabiskan duit bonus yang tak masuk lagi tu. Shopping in advance.....pay later (gesek kad creditlah...apa lagi). Bonus 23hb nie baru masuk tapi tapi duit dah habis awal. Alhamdulillah reseki tahun nie, bonus dapat....dividen dapat so memang boleh belilah perabut yang masih tak lengkap kat rumah tu. Saya pergi ke Carpet warehouse sale kat sg buloh....oklah harganya 50% less. Sempat sambar 3 helai carpet.
Balik ke Kota Damasara dah jam 6.10 petang, singgah kat masjid kuning untuk sembahyang dan 'intai' bubur lambuk tapi bukan reseki kami....bubur habis. Singgah pasar ramadhan beli laksam dan air tepu. Balik rumah memang melepek letih sebab dari pagi merayau dari Puchong sampai Kg Baru Subang.
Tekak teringin nak makan kerang rebus.....sempat basuh ala kadar...tu yang tak putih sangat kerang tu. Masuk dalam periuk dan tutup pastu goncang kuat-kuat supaya kekotoran dan pasirnya keluar. tak beruspun lah.....kalau berus lepas berbukapun belum tentu siap.
Kerang Rebus Simple
Bahan-bahannya:-
2 batang serai-diketuk
3 ulas bawang merah-dihiris
sedikit kunyit hidup-diketuk
sedikit garam
air secukupnya.
Cara-caranya:-
1. Bersihkan kerang, masukkan dalam periuk. Masukkan semua bahan-bahan yang dihiris dan diketuk. Masukkan air sehingga melepasi paras kerang dan masukkan garam. Rebus sehingga masak.
Friday, August 12, 2011
Kari Udang Harimau
Kari Udang Harimau/Galah Bersama Tomato
Bahan-bahannya:-
3 ekor udang harimau/udang galah (400-500gm)
3 sudu makan serbuk kari
2 ulas bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-dihiris
100ml santan pekat
500ml air
2 biji tomato-dibelah 6
3 sudu makan minyak untuk menumis
Garam
air asam jawa (jika perlu, saya tak masukkan)
Cara-caranya:-
1. Bersihkan udang dan belah belakang udang (kulit sahaja bukan sampai ke isi udang) untuk buang urat hijau, pastikan belahan itu dibuat dengan pisau yang tajam.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air sehingga jadi pes pekat dan masukkan kedalam periuk. Biarkan seketika sehingga ia pecah minyak.
4. Masukkan air dan santan, biarkan sehingga mendidih. Masukkan udang dan tomato. Masak lagi dalam 10-15 minit. Jangan lama apabila memasak udang supaya ia tidak liat.
5. Perasakan dengan garam dan tutup api.
Nota:-
- Saya tidak masukkan air asam jawa sebab masam dari tomato sudah mencukupi. Jika terlebih masam, ia akan menganggu rasa manis udang.
Sunday, August 7, 2011
Sotong Masak Kicap
Satu lagi entry tertunggak......hidangan berbuka pada hari sabtu lepas. Saya tak dapat update blog pada hari minggu lepas sebab line internet slow nak mampus......asyik2 terputus-putus....sakit sungguh hati.....daripada dok maki hamun celcom berukband tu yang akan mengurangkan pahala puasa baik tutup terus notebook. Lauk simple je....kalau nak tahu hati saya nie melonjak-lonjak nak masak kuih muih dan manisan untuk berbuka.....oleh kerana sekarang nie dalam proses mengecilkan ukurlilit perut maka terbantutlah idea tu. Alangkah indahnya kalau saya ada jiran-jiran apartment nie yang boleh dibagi jaudah berbuka....mahunya saya masak dan bagi mereka....saya sanggup masak....tak makan tak apa asalkan dapat masak dah cukup. kalau bulan tak puasa...kawan-kawan kat ofis jadi mangsa. Bulan puasa nie tak ada siapa pulak nak dijadikan mangsa. Apartment saya nie masih baru jadi saya tak ada jiran.
Inilah resepi simple sotong masak kicap....semua orang tahu buatkan....mungkin ada berbeza dari segi satu dua bahan sahajalah.....tak kisahlah asalkan sedap semua ok je tak ada resepi yang betul atau yang salah. Sedap kat mulut saya belum tentu sedap kat mulut anda.
Sotong Masak Kicap
Bahan-bahannya:-
300gm sotong segar-bersihkan dan potong membulat
2 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
1 biji cili merah dipotong serong
1 inci halia-dipotong memanjang
1/2 cawan kicap manis
1 batang serai-diketuk
1 sudu makan sos tiram
1 keping asam jawa
1 biji bawaang besar-dipotong membulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia sehingga naik bau
2. Masukkan kicap, sos tiram, asam keping, cili merah. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sotong dan bawang besar. Biarkan sehingga bawang besar layu sikit dan kemudian tutup api. Jangan biarkan sotong dimasak lama dalam kuali sebab ia akan menyebabkan sotong keras.
4. Angkat dan hidangkan
Nota:-
- Air tidak dimasukkan dalam masakan ini sebab sotong akan mengeluarkan air.
- cili merah saya gantikan dengan cili padi
Sunday, July 10, 2011
Pajeri Rebung Madu
500-600gm rebung madu, dihiris nipis tanpa putus (sy guna rebung madu yg telah dijerukkan)
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
1 cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar gula
200gm udang segar
Bahan Tumis:
1 ketul kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam secukup rasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-caranya:-
1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sehingga jadi pes yang pekat.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan kisar dan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bancuhan serbuk kari dan biarkan ia sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang kering, santan dan rebung madu. Tutup tudung periuk dan perlahankan api. Biarkan dalam 30 minit. Sekali sekala kacau supaya tidak hangit.
Saturday, June 11, 2011
Gulai Rebung Madu bersama ayam
Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu
8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari-jika ada
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.
Tumis sehingga naik minyak.
Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.
Sambal Tempoyak Petai
Hari isnin, 2 hari selepas kenduri Mak ndak saya buat sambal tempoyak petai untuk dibawa balik sebagai bekalan oleh kami semua. Mak ndak saya nie pandai masak....seronok rasanya bila dia masak sebab dah lama sungguh tak rasa masakan dia. Saya sempat ambil gambar masa dia masak...dia tanya saya kenapa nak ambil gambar....kan resepi mudah je. Saya bagitau dia yang saya nak masukkan dalam blog. Dia tanya 'blog tu apa?'. Jomlah tengok resepi simple nie tapi sedap....kalau makan dengan ikan perkasam....huhhhh masa tu dah tak ingat diet....boleh berpinggan-pinggan tambah nasi.
Petai dikeluarkan isinya dan dibelah dua. Buang kulit nipis yang menyaluti petai...nampak isi hijau sahaja.
Ikan bilis dibersihkan dan ditos, anda boleh gantikan dengan udang hidup jika suka.
Blender beberapa ulas bawang merah kecil (shallot), 3 ulas bawang putih, 1 inci kunyit hidup dan cili padi (mak ndak saya guna agak2 segengam-itupun dah pedas sangat), beberapa sudu makan tempoyak dan campur dengan sedikit air. Blender sehingga hancur dan halus.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiris sehelai daun kunyit halus-halus dan taburkan diatasnya. Masak sehingga separuh kering. Angkat dan hidangkan.
Sunday, March 27, 2011
Kari Ayam Pencen
Ayam pencen nie saya beli minggu lepas kononnya nak masak nasi dagang dengan kari ayam. Dah hampir sebulan beras nasi dagang yg saya pesan kat kawan masa dia balik Kelantan duduk kat dalam kabinet tu tak terusik. Minggu nie pun tak boleh buat nasi dagang lagi sbb minggu nie pun saya kena duty luar lagi dan tak masuk ofis. Kalau buat takan nak makan sorang kan.
Nie urgent post sbb dalam jam 1.30 nanti saya kena bertolak ke Putrajaya. Kari ayam pencen nie saya masak semalam. Sebenarnya saya suka sangat ayam pencen.....sedapnya bila buat sup. kali nie saya buat kari tapi kari nie tanpa santan sebab santan segar yg saya beli minggu lepas dah basi wp simpan dalam peti. Walaupun tanpa santan tapi not bad jugak kari nie.....saya siap ratah je ayam tu.
Seorang kawan pernah beri petua kepada saya....jika nak masak asam pencen, kukus dulu supaya ia lembut dan sedap dimakan. So saya kukuslah dahulu ayam tu dalam 40 minit.
Akhirnya saya dah boleh masak tanpa risau bau gas lagi. Rupanya saya pasang gas tak begitu kuat....hampeh betul buat malu kat plumber tu aje. Saya minta dia tolong pasangkan gas kat dapur tu sebab dapur Fagor nie lain sikit.
Inilah kari ayam pencen tanpa santan yang saya masak. Resepi simple ajelah.....sama macam anda buat jugak.
Kari ayam pencen
Bahan-bahannya:-
- 1 ekor ayam pencen (kukus dahulu)
- 4 sudu besar rempah kari (dalam 1 1/2 bungkus)
- 10 ulas bawang kecil - dimayang halus
- 8 ulas bawang putih - dimayang halus
- 2 inci lengkus
- 2 sudu besar cili kisar (saya guna cili boh)
- 1 cawan santan pekat
- air secukupnya
- 1/2 cawan minyak masak
- garam secukupnya
Cara-caranya:-
- Kukus ayam pencen selama 40 minit atau sehingga empuk. Angkat.
- Panaskan periuk dan masukkan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Bancuh serbuk kari dengan 3/4 cawan air dan masukkan cili giling/cili boh. Tumis serbuk kari dan cili sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam pencen, lengkuas dan 2 cawan air. Masak sehingga ayam betul-betul empuk.
- Masukkan santan dan tambah air lagi jika perlu. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam.
- Anda boleh tambah kentang atau tomato jika suka.
Tuesday, December 14, 2010
Ikan Cencaru Bakar Sempoi
- 1 ekor ikan cencaru
- sedikit garam
- sedikit kunyit
- sedikit lada sulah
- 1 sudu makan minyak masak
Cara-caranya:-
- Bersihkan ikan cencaru dan letakkan atas tisu masakan supaya lebihan air diserap.
- Taburkan sedikit garam, kunyit dan lada sulah, ratakan. Biarkan sebentar
- panaskan non stick pan yang ada penutup
- panaskan pan/wok dan masukkan minyak masak.
- letakkan ikan dan tutup tudung pan/wok. Guna api yang perlahan. Bakar selama 10 minit.
- Kemudian terbalikkan ikan tersebut dan bakar lagi selama 10 minit.
- Angkat. walaupun ia nampak tidak garing tapi ia telah masak dan isi ikan juicy serta lembut.
- Makan bersama sambal kicap @ pencicah kesukaan anda.
Thursday, December 2, 2010
Sticky Green Stir-fry with beef

- 1 tbsp minyak sunflower (sy guna minyak Natural Blend)
- 400gm daging dihiris nipis
- 1 tongkol broccoli, dipotong kepada bahagian kecil
- 2 biji bawang putih, dihiris
- 300gm kacang sweet peas
- 4 batang daun bawang, dipotong nipis (sy tak bubuh sbb tak ada)
- 3 batang pak choi, daun diasingkan dan dipotong menyerong (tak de, sy gantikan dgn tomato)
- 4 tbsp sos hoisin (sy ganti dgn sos tiram je)
Cara-caranya:-
- panaskan kuali dan masukkan minyak, goreng hirisan nipis daging dalam 3-4 minit dgn api kuat sehingga berubah warna dan keluarkan.
- Masukkan brocoli dan bawang putih kedalam kuali, masukkan sedikit air dan goreng mengunakan api kuat selama 4-5minit sehingga ia lembut.
- Masukkan kacang peas, daun bawang dan pak choi, goreng lagi selama 2-3 minit.
- Masukkan sos hoisin dan daging.
- Masukkan sedikit air jika ia terlalu kering. Tutup api dan angkat.
Hidangan ini untuk 4 orang makan Sesuai dimakan bersama nasi.
Satu hidangan (utk seorang) mengandungi:-
- 253 kalori
- 32g protein
- 13g carbs
- 9 g lemak
- saturated fat 2g
- Fibre 5 g
- Gula 5 g
- garam 0.82 g
Saturday, September 18, 2010
Daging goreng kunyit

Bahan-bahannya
250gm daging batang pinang-dipotong nipis
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1 biji cili besar-dihiris
3 biji cili padi-dihiris halus1 biji tomato-dipotong lapan
1/4 tsp garam
1/4 tsp serbuk kunyit/ kalau guna kunyit hidup lagi sedap
3 sudu makan minyak masak
Cara-caranya
- Gaul daging dengan garam dan kunyit.
- Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak
- Masukkan daging dan goreng sebentar. Jangan lama sangat nanti daging terlebih masak dan dah tak sedap. Biar sehingga berubah warna sudah cukup.
- Masukkan semua bahan-bahan yang dihiris.
Tuesday, August 24, 2010
Ikan cencaru inti kelapa

photo n publish by resepidaria.blogspot.com
recipe dari buku masakan Rubiah Suparman
Bahan-bahannya
1 kg ikan cencaru
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 biji cili merah*
5 biji cili api*
1 batang serai*
1 inci belacan*
1 sudu besar asam jawa*
1 1/2 sudu kecil garam*
1 sudu kecil kunyit serbuk*
1 1/2 sudu kecil gula pasir*
1/2 kelapa parut
Cara memasak
- Setelah ikan dibersihkan, belah bahagian belakang ikan cencaru. toskan
- Semua bahan-bahan yang bertanda (*) diatas hendaklah ditumbuk lumat. Saya blend kering bahan-bahan tersebut.
- Kemudian gaulkan bahan yang telah ditumbuk lumat dengan kelapa. Gaul rata.
- Setelah sebati, masukkan kedalam ikan yang dibelah itu.
- Kemudian goren sehingga masak. Berhati-hati semasa mengalih ikan supaya inti kelapa tidak berburai.
Sunday, August 22, 2010
Ikan keli goreng ranggup

Ikan keli goreng ranggup
photo & publish by resepidaria.blogspot.com
recipe from majalah sedap bil 22
Bahan-bahannya
Bahan utama
- 4 ekor (450gm) ikan keli- dibersihkan dan dikelar-kelar
- Minyak untuk menggoreng
- 1/2 sudu makan air limau nipis
- 1/2 sudu makan garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 200ml air
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 cm kunyit hidup
- 2 cm halia
- 250ml santan dari 1/4 biji kelapa ( sy guna 50ml santan pekat + 200ml air)
- 50gm tepung beras
- 15gm tepung ubi
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk bawang putih (saya tak masukkan)
- 1/2 sudu teh serbuk stok ayam
- Lumur ikan keli dengan bahan perapan dan bahan kisar. perap selama 30 minit
- Goreng ikan keli dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana hingga berkulit (sedikit garing). Angkat dan ketepikan.
- Celup ikan keli ke dalam bahan pelapis/bahan celupan. Goreng semula dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
- Goreng baki bahan celupan dalam minyak panas. Guna sudu dan jatuhkan sedikit demi sedikit. Kecilkan api. Goreng sehingga berwarna keemasan dan garing.
- Hidangkan ikan keli bersama gorengan baki bahan celupan dan sambal belacan.
Thursday, August 19, 2010
Ikan masak tauchu

Ikan Masak Tauchu
1 ekor ikan tongkol sederhana besar/6 ketul
2 sudu makan tauchu
1 biji bawang besar - dihiris bulat
4 ulas bawang putih-dihiris
2 ulas bawang merah-dihiris
2 biji lada besar merah/hijau , dibelah 2
beberapa biji cili padi
1 inci halia-dihiris memanjang
1 keping asam keping
1 1/2 cawan air
garam
kunyit
Cara-caranya:-
- Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit secukupnya.
- Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan
- Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan tauchu, halia, cili padi,asam keping dan air.
- Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
- Masak sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan lada besar.
- Angkat dan hidangkan
Saturday, August 14, 2010
Rendang Ayam



Rendang Ayam
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
5 tangkai cili kering*
5 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 batang serai*
1 tbsp serbuk kari daging
2 keping asam keping
1 tbsp gula
2 tbsp kerisik
500ml santan
garam secukupnya
daun limau purut
minyak untuk menumis
Cara memasak:
- Bersihkan ayam dan potong ikut selera
- Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar halus
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar halus tadi bersama serbuk kari.
- Apabila sudah garing dan naik minyak, barulah masukkan ayam, santan, asam keping, kerisik dan daun limau. perasakan dengan gula dan garam.
- Apabila ayam empuk dan kering barulah diangkat.
Friday, August 13, 2010
Sotong masak merah



Bahan-bahannya
400gm sotong, bersihkan dan dipotong-potong
2 cm lengkuas, diketuk
3 helai daun limau, buang tulangnya
1 1/2 sudu teh air asam (daripada 1 sudu teh asam jawa + 1 sudu makan air)
1/2 sudu teh gula merah
3/4 sudu teh garam
200ml santan (100ml pati santan + 100ml air)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah kerinting
1 biji tomato
2 biji cili merah
Cara membuatnya:-
- Tumis bahan kisar, lengkuas dan daun limau sehingga terbit aroma. Masukkan sotong dan kacau sehingga berubah warna
- Masukkan santan, air asam. gula merah dan garam. Masak sehingga matang.
- Angkat dan hidangkan.
Thursday, August 12, 2010
Sup Ikan Merah


resepi sup ikan merah saya simple saja. tak banyak bahan yang dibubuh..faham2 sajalah kalau peti ais orang yg jarang masak lauk pauk...banyak benda yang tak ada. Resepi saya nie sama sajalah yang kat sup bunjut adabi tu.
Sup Ikan Merah
sebelah kepala ikan merah (anggaran 500gm)
1 peket sup ikan adabi
4 biji bawang merah-diblender
3 ulas bawang putih-diblender
1 inci halis-dihiris-diblender
1 biji tomato-dipotong 6
1 batang saderi (saya tak masukkan sbb tak ada)
sedikit minyak untuk tumis
Garam secukupnya
1000ml air
daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.
Cara-caranya:-
- Panaskan minyak. Tumis bahan diluar bunjut bersama dengan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
- Masukkan air dan sup bunjut
- Apabila air sudah mengelegak, masukkan ikan, saleri dan tomato. Masak sehingga 8-10 minit.
- Kemudian masukkan garam secukup rasa.
- Angkat dan hiaskan dengan taburan daun sup dan bawang goreng.
Masa nielah teringat kat mak. Kalau kat rumah mak....bolehlah mengada-gada suruh mak masak itu ini.
Sunday, July 11, 2010
Gulai lemak ikan masin
Saya pujuk mak saya buat pulut panggang sbb udang kering yg dibeli di Sandakan banyak dan dah lama tak makan pulut panggang yg mak buat tapi mak saya kata "mak malaslah nak masak kalau tak ada air nie...rasa serabut sangat'.hmmmm kesian kat saya tak dapatlah makan pulut panggang...kempunan kejap tapi mak saya buat gulai lemak ikan masin nie untuk saya dan dimakan bersama ikan kering keropok yg dibeli di Sandakan.

Gulai lemak Ikan Masin
photo n resepi by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
1 paket serbuk kari ikan
3 ulas bawang putih-dimayang
3 ulas bawang merah-dimayang
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan air-lebihkan klu nak cair sikit
tulang ikan masin secukupnya (mak sy guna i ekor tulang ikan masih yg sederhana besar)
2 biji terung-dipotong serong (mak sy guna terung yg ditanam sendiri so ia agak kecil)
Garam (jika perlu-jgn masukkan jika ikan masin sudah masin tp ikan masin sandakan kurang masin so mak sy masukkan sedikit)
2 sudu makan minyak masak
sedikit daun kari- jika ada
Cara-caranya:-
- Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan bawang yg dimayang, asam keping dan minyak masak. Masukkan kedalam periuk dan guna api perlahan reneh sehingga naik minyak dan berbau wangi.
- Masukkan santan dan air.
- Masukkan ikan masin dan masak sehingga agak pekat dan kemudian masukkan terung.
- Angkat apabila terung sudah masak.
