Showing posts with label Hidangan ringkas. Show all posts
Showing posts with label Hidangan ringkas. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Tofu telur dengan daging ayam cincang


Masakan tahu telur atau japanese egg tofu nie saya masak untuk bersahur semalam. Saya guna dua tube tafu telur tetapi bila dah siap masak...saya hanya makan separuh sahaja dan separuh lagi disimpan dalam peti.Saya goreng siap-siap tofu dan potong semua sayur-sayuran serta daging ayam sebelum bangun pagi untuk bersahur dan hanya masukkan dalam kuali. Hasilnya masakan panas dan cukup untuk mengenyangkan untuk seharian berpuasa.

Secara peribadi, masakan yang mengandungi tepung jagung saya kurang gemar....saya kurangkan sos tiram sebab saya tidak suka rasa yang kuat. Puas juga untuk menghabiskan setengah daripada masakan ini walaupun saya suka tofu. Ini satu lagi masakan dalam kategori No Carb Recipe dan tetapi bukan tidak ada langsung carb sebab tepung jagung ada karbohidrat..... oleh kerana kita guna sikit sahaja maka kandungan karbohidrat masih dalam had yang boleh diterima.
Tofu Telur dengan daging ayam cincang

Bahan-bahan:-
  • 2 tube japanese egg tofu
  • 150-200gm daging ayam cincang
  • 1 batang karot (kecil sahaja) dihiris nipis
  • 1 tbsp sos tiram (saya guna 1/2 tsp sahaja)
  • 1 tbsp kicap manis
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sedikit tepung jagung
  • 1 cawan bancuhan tepung jagung (saya masukkan 1 sudu makan tepung jagung + air)
  • Daun bawang-dihiris nipis untuk hiasan
  • sedikit bawang goreng
Cara-caranya:-
  1. Potong dua tofu...potong ikut garisan putus-putus yang terdapat dipembungkus tofu
  2. Perlahan-lahan tekan hujung bungkusan tofu sambil tolak keluar tofu
  3. potong tofu dalam hirisan yang lebih kecil dan taburkan tepung jagung diatasnya
  4. Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum dituang minyak dan goreng tofu sehingga keperangan. Berhati-hati supaya ia tidak hancur. Pastikan ia benar-benar sudah perang sebelum dialih kesebelah lagi
  5. Gaulkan daging ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng sehingga ia kelihatan separuh masak dan dagingnya terpisah. Tambah karot, sos tiram, kicap dan kacau selama 2 minit
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi selama 2-3 minit sehingga ia nampak mendidih.
  7. Pecahkan telur dan masukkan dalam kuali. Kacau perlahan-lahan
  8. Masukkan tofu dan balikkan sekali dua hanya untuk membolehkan daging meliputi tofu.
  9. Hidangkan dengan ditabur daun bawang yang dihiris dan taburan bawang goreng jika suka








Monday, July 30, 2012

Steamed egg custard with mushroom sausage


Gambar tak berapa clear sebab ambil guna handphone sahaja....tertinggal kamera kat pejabat. Saya masak egg custard nie sebagai masakan untuk bersahur. Sedap dan mengenyangkan dan mudah disediakan. Ini adalah satu masakan dalam kategori No Carb Recipe so saya hanya makan ia begitu sahaja tanpa nasi tapi jika anda yang tidak berdiet maka ia boleh dimakan bersama nasi. Kalau ikutkan saya nak je buat setiap pagi untuk masa sahur tetapi nanti terlebih pulak ambil telur so hanya boleh buat seminggu sekali sahaja.


Steamed Egg Custard With Mushroom Sausage

Bahan-bahannya:-
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 ketul Ayamas Premium Mushroom Sausage dipotong dadu kecil
  • garam dan lada sulah/pepper
  • daun bawang-dihiris halus
  • sedikit minyak
Cara-caranya:-
  1. Panaskan kuali dan panaskan 1 sudu minyak masak. Goreng sosej dalam beberapa minit dan kemudian angkat. Toskan atas tisu masakan supaya minyak berlebihan dikeluarkan
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. Masukkan air dan masukkan sedikit garam serta lada sulah. Kacau rata. Pastikan jangan masukkan garam terlalu banyak sebab sosej sudah ada garam.
  3. Ambil mangkuk, masukkan sosej dan masukkan bancuhan telur. Tabur daun bawang sedikit.
  4. Panaskan periuk kukus dan letakkan mangkuk tadi
  5. Kukus selama 10 minit dan kemudian tutup api tetapi biarkan mangkuk telur tadi dalam periuk selama 7 minit.
  6. Angkat dan taburkan baki daun bawang tadi sebagai hiasan

Sunday, December 12, 2010

Sandwich Roti Pita


Ini adalah hidangan untuk lunch. Hidangan simple, sebelum nie saya selalu guna roti wholemeal sebagai sandwich tapi kali nie saya guna roti pita untuk buat hidangan sandwich.

Sandwich roti pita

Bahan-bahannya:-
  • 1 ketul isi dada ayam, dibersihkan*
  • 2 ketul lada putih*
  • halia*
  • 1 sudu makan madu*
  • sedikit garam*
  • Daun salad
  • hirisan tomato
  • sedikit mayonis
  • sedikit sos cili

Cara-caranya:-

  1. Bahan bertanda (*) digaul bersama dan diperapkan selama 1 jam atau semalaman.
  2. Bakar selama 20 minit didalam oven
  3. Potong separuh dada ayam (separuh lagi boleh simpan). hiris nipis.
  4. Susun dun salad dan letakkan isi ayam, tutup dengan tomato.
  5. letakkan mayonis dan sos cili. Hidangkan.



Sunday, January 10, 2010

Omelet

Bahan-bahannya

2 biji telur
1 sosej dipotong dadu
1/4 biji tomato-dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
sekeping cheese slice - dipotong halus
sedikit garam
lada sulah
Roti sandwish










Cara-caranya
  1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan sosej. Goreng sebentar dan kemudian angkat.
  1. Pecahkan telur dan masukkan garam, lada sulah.....masukkan dalam kuali dan kacau sekejap sehingga ia jadi 1/3 hancur dan kemudian masukkan sosej, bawang, tomato dan cheese diatasnya kemudian lipat telur tersebut.

Anda boleh makan bersama sandwish dan sos cili.