Showing posts with label Sajian Minum petang. Show all posts
Showing posts with label Sajian Minum petang. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Ubi kayu rebus bersama kelapa


Mesti ada yang tertanya-tanya.....betul ke nie ubi kayu rebus. Tak nampak macam ubi kayu pun?.

yap!!! ini ubi kayu rebus. Minggu lepas masa lepas balik operasi, kami singgah makan kat sebuah restoran nie dan kemudian saya nampak benda kuning dalam bekas kecil...ingatkan pulut kuning. terus beli untuk cuba. Bila balik ofis....mak oiiiii sedapnya. Rupanya benda kuning tu adalah ubi kayu yang berwarna kuning tetapi disagat kasar dan direbus pastu dimakan bersama dengan kelapa parut yang digaul bersama gula.

Hari sabtu....balik dari bengkel clay terus gi pasar malam sebab nak cari ubi kayu muda. Wahhhhhh reseki....jumpa ubi kayu muda. Ambik 2 ketul sahaja yang bersaiz kecil sebab tak nak ia buruk sebab sekarang nie mood memasak dah ke laut. Masa mak datang kat rumah hari tu dia yang memasak......jenuh dia mencari halia, serai dan biji halba tapi semuanya tak ada kat dapur. Last-last sekali dia tanya "dah berapa lama tak masak.....mak tengok kat kabinet tu tepung-tepung dah naik berkulat". Saya sengih saja.....memang dah lama tak jenguk kabinet dapur....dah tak tau apa dah jadi pada barang-barang kat dalam tu.

Ubi kayu rebus bersama dengan kelapa

Bahan-bahannya:-
  • 2 @ 3 ketul ubi kayu. Dibuang kulit dan bersihkan, Kemudian parut dengan mengunakan pemarut yang kasar
  • 1/2 biji kelapa parut putih. kalau kat rumah ada pengukur lagi best....guna kelapa yang agak muda dan kukur kasar.
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
Cara-caranya:-
  1. Sagat kasar ubi kayu sehingga menjadi potongan memanjang sepanjang 2 inci (agak-agaklah). kalau tak ada sagat yang mata besar, boleh potong memanjang guna pisau.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan air separah ubi tersebut. Masukkan sedikit garam dan rebus sehingga empok. Pastikan jangan terlalu empok sebab nanti ia akan hancur dan tak cantik.
  3. Toskan untuk buang lebihan air
  4. Gaulkan gula dengan kelapa parut. Rasa dahu supaya anda boleh tentukan tahap kemanisan yang anda inginkan.
  5. Campurkan potongan ubi kayu rebus bersama dengan kelapa tadi dan gaul rata.
  6. Hidang.

Tuesday, March 20, 2012

Roti Gulung Sardin

Pagi nie sesampai sahaja kat ofis, saya terus on kan komputer dan masuk laman web e-hasil untuk isi e-filling. Tempoh untuk hantar borang e-BE adalah sehingga 31 Mac ni sahaja....so kepada anda yang masih belum isi e-BE...silalah buat dengan segera sebelum saat-saat akhir. Saya terlambat sikit tahun nie isi e-BE, my fren semuanya dah siap isi dan dah dapatpun refund lebihan tax. Bila dah siap isi tak sampai 20 minit, akhirnya urusan e-BE saya selesai dan amaun refund yang akan saya terima adalah RM1,941.00 (cukai kena bayar dalam RM2 ribu lepas tolakan zakat). Banyakkan kena bayar cukai....it's ok, saya bangga sebab saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang bayar cukai.

Bulan nie dapat bonus so tadi jugak print slip gaji bulan nie (duit belum masuk akaun, slip dah keluar)...wahhhhhh besarnya fiqure gaji kasar bulan nie (belah kiri) dannnnn jika lihat dibahagian kanan slip gaji....... mak aiiiiiiii banyaknya potongan cukai hampir 2/3 bulan gaji...huhhhhhhh banyaknya kena potong kwsp hampir 2/3 bulan gaji....so figure gaji bersih hanya dapat separuh sahaja. My fren yang happpyyy bila tengok angka gaji bulan nie dapat lebih RM30 ribu dalam slip (belah kiri) dan terkejut bila tengok baki bersih gaji(belah kanan slip) yang diterima hanyalah RM18 ribu selepas kena tolak cukai dan kwsp. Potongan cukai sahaja dah ambil sebulan bonus dari keseluruhan bonus yang dapat. So dalam happy ada juga yang tak happy tapi setakat nie kami hanya senyum dan bersyukur....belum lagi sampai tahap maki hamun.

Berbalik semua kepada entri masakan kali nie, Roti Gulung Sardin nie saya buat petang semalam....lepas balik kerja. Teringin nak makan bila tengok kat cafe ada jual. Roti gulung sardin yang dijual kat cafe adalah RM1 bagi satu ketul...mahalkan. Jika buat sendiri....puas hati sebab boleh letak inti sardin banyak-banyak dalam roti



Saya buat cara simple dan jika berbeza dengan apa yang anda selalu buat....jangan pelik, dalam dunia masakan nie tidak ada istilah cara nie betul atau cara nie salah....asalkan sedap dan tekak boleh terima....it's ok. Yang penting anda kreatif. Anda nak tahu tak....saya pernah terima komen (saya tak publish), pengunjung tu tulis " u kalau nak bagi resepi, bagilah betul-betul....ingat kami bodoh ke...kalau tak bubuh gula macammana tapai nak manis" (dia merujuk kepada entri tapai pulut ). Mak saya tak pernah bubuh gula kalau buat tapai sebab ragi akan buat pulut tersebut manis....kalau u buat bubuh gula....so jangan marahlah orang buat tak bubuh gula...mungkin ragi u jenis yang tak berapa manis....ragi yang saya dan mak saya selalu guna adalah ragi dari Terengganu. So kalau cara u berbeza dengan cara orang lain....terima perbezaan tersebut sebab dalam dunia nie tak ada benda yang sama. Kalau semua benda nak sama.....boringgggggg.....betul tak, jangan jadi manusia yang annoying.

Roti Gulung Sardin
resepi: resepidaria.com

Bahan-bahannya:-
  • 8 keping roti putih (saya guna gardenia)
  • 2 biji telur (pecahkan dan pukul sedikit)
  • secawan bread crump
  • Minyak untuk mengoreng
Bahan inti sardin
  • 1 tin sederhana sardin
  • 1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 1 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas cili padi, dihiris nipis (kuantiti, terpulang kepada anda)
  • 1 biji limau nipis (ambil air perahan sahaja)
  • sedikit gula
  • sedikit garam
Bahan pelekat
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • sedikit air (satukan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi bancuhan sederhana pekat)
Cara-caranya:-
  1. Sediakan inti sardin. Keluarkan ketulan ikan sardin (ketepikan kuahnya) masukkan dalam bekas, masukkan semua bahan yang dihiris, masukkan garam dan gula. Gaul rata dan tekan-tekan ikan sardin supaya ia menjadi ketulan kecil. Masukkan limau nipis. Ketepikan.
  2. Ambil kepingan roti dan potong sedikit bahagian tepinya....hanya buang kulit yang keras sahaja.
  3. Letakkan inti ditepi roti dan sapu sedikit bancuhan tepung dibahagian hujung yang satu lagi. Kemudian gulung.
  4. Celup rata dalam bancuhan telur.
  5. Angkat dan golekkan dalam bread crumb sehingga semua bahagian bersalut. Ketepikan. Pastikan bahagian sapuan tepung diletakkan dibahagian bawah supaya roti melekat.
  6. Buat sehingga semua roti habis
  7. Panaskan minyak untuk gorengan penuh dengan api yang sederhana besar. Biar sehingga minyak betul-betul panas sebelum masukkan gulungan roti.
  8. Goreng sehingga kekuningan.
  9. Toskan dengan kertas tisu masakan
  10. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Nota:-
  • Saya tak masak inti sardin. Ini cara mudah dan senang. Jika anda tak suka cara begini, anda boleh masak inti sardin tersebut. Terpulang kepada anda.

Wednesday, January 18, 2012

Cekodok jagung bersama udang


Masa melawat adik perempuan saya kat Teluk Intan.....saya guna jalan sg buluh-sabak bernam. Hanya 2 jam perjalanan tapi yang paling saya suka sebab laluan jalan kampung yang cantik dan tenang. Seronok bawak kereta ikut jalan nie. Jalan 2 line.....tidak banyak kenderaan dan sometime tanpa saya sedar saya bawak melebihi had laju.

Bila balik semula ko Kota Damasara....saya ikut jalan yang sama sebab saya nak singgah beli cempedak, jambu air, jagung, mangga, air nira dan macam-macam yang dijual disepanjang perjalanan teluk intan-sabak bernam. Masa membeli....tak ingat yang nak makan tu sorang sahaja....seronok tengok jagung yang segar-segar, jambu air yang manis dan murah, cempedak yang murah dll. Tanpa saya sedar saya beli macam-macam...as a result...semuanya dibungkus masuk dalam peti ais dan tunggu turn untuk dimakan. Setelah seminggu jagung dalam peti ais maka petang semalam.....tergerak hati nak buat cekodok jagung bersama udang. Jika jagung....cekodok selalunya disatukan dengan udang....memang best sangat.

Cekodok jagung bersama udang
Sumber: Resepidaria.com

Bahan-bahannya:-
  • 300gm tepung gandum
  • 150-200gm udang sederhana (dibersihkan)
  • 3 ketul jagung (dihiris ambil biji jagung)
  • 300ml air
  • 1 sudu makan gula (paras sahaja)
  • sedikit garam
  • 1/2 tsp eno (paket biru)
Cara-caranya:-
  1. Ambil sedikit air(dari sukatan 300ml diatas) dan masukkan gula dan garam. Larutkan dan ketepikan
  2. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan jagung dan udang
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau secara sehala ikut putaran jam.
  4. Akhir sekali masukkan larutan gula dan garam. Kacau rata dan biarkan ia betul-betul sebati.
  5. Biarkan selama 15 minit.
  6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana
  7. Apabila minyak sudah panas, masukkan 1/2 tsp eno kedalam bancuhan. Kacau rata dan anda akan nampak ia berbuih-buih sikit.
  8. Guna sudu atau jemput mengunakan tangan, masukkan kedalam kuali sehingga separuh penuh.
  9. Sentiasa kacau dan pastikan cekodok anda tidak melekat antara satu sama lain.
  10. Masak sehingga kekuningan dan angkat.
  11. Toskan dengan tisu masakan sebelum dihidangkan bersama sos cili.
Nota:-
  • Jangan biarkan lama bancuhan selepas eno dimasukkan.
  • Jangan lebihkan sukatan gula....pastikan ia hanya paras sahaja sebab cekodok nie bukan cekodok manis. Gula digunakan dalam cekodok ini supaya manis udang lebih terasa.


Thursday, December 22, 2011

Pulut durian bersantan

Pulut tanak bersama durian dan santan kelapa.....my favorite. Dalam keluarga saya hanya saya seorang yang suka makan macam nie....kalau belah utara makan macam nie dah biasa.

Resepi simple....rasanya semua orang tahu. Tanak pulut/masak pulut dan kemudian perah santan bersama dengan air suam dan masukkan sedikit garam dalam pati santan tersebut. Masukkan pulut kukus dalam pinggan dan letakkan isi durian....curahkan pati santan atas pulut dan makanlah bersama dengan durian tadi.


Saya nak bercerita pasal durian nie. Hari sabtu lepas.....lepas penat study dan jam pun dah pukul 6.30 petang so saya berdiri ditepi tingkap pandang pasar malam yang berada didepan apartment. Sejak saya pindah ke sini saya tak pernah pergi pasar malam seksyen 8 nie. Hari nie ramailah pulak peniaga. Saya masuk bilik....salin pakaian dan keluar jalan kaki ke pasar malam. Niat awal hanya nak beli meehun sup sahaja.

tengok ada dua tempat orang jual durian....saya pergi ke tempat yang dijual oleh pasangan suami isteri bersama anak remaja mereka. Seperti biasa saya pilih durian timbang yang paling mahal sekali.....yelah saya sorang so beli sebiji cukuplah.....sebijik dalam RM25.....saya mintak dia belah sebab kat rumah tak ada pisau besar.

Masa dia tengah masukkan durian tadi dalam plastik....saya belek-belek durian yang dilonggok....selonggok RM20 lebih kurang 7 biji selongok. Budak lelaki tadi perasan saya dok tengok durian longgok tu....dia kata "akak....durian tu isinya tebal wp kecil". Mula-mula saya buat tak tahu sajalah.....takan saya nak makan banyak-banyak durian tu. Saya ambil durian yang dibeli tu dan berjalan ke gerai depan....hati saya masih tertarik kat durian yang dilonggok tu sebab nampak macam baru....saya pergi kat budak tu dan beli selonggok durian yang kecil-kecil tu.

Bila balik rumah....saya makan durian yang beli timbang...emmmmm kurang sedap sangat.....saya belah durian yang dilonggok tadi....duriannya hanya sebesar tapak tangan saya. Bukak durian tu.....wahhhh kuningnya isi....makan seulas...memang betul isi tebal dan yang penting sedappp sangat. Jadi janganlah pandang rendah kat durian longgok nie....kadang-kadang ia lebih elok daripada durian timbang yang mahal tu. memang puas hati betul beli durian longgok nie berbanding dengan durian timbang yg saya beli pada awal nya...saya cuma sentuh seulas sahaja....masih ada lagi kat dalam peti ais tu. 



Dalam sebiji durian nie hanya ada 3-4 ulas sahaja.

Inilah baki durian yang tinggal setelah 3 biji sekali makan......buah kecil tapi isi tebal dan sedap. Rezeki saya...sebelum nie tak pernah beli durian dapat yang elok.

Tuesday, December 6, 2011

Ais Krim Goreng

Ais krim goreng ini saya buat beberapa hari lepas. Ais krim goreng nie nampak macam dah cair sikit sebab lepas buat saya terus nak goreng tapi terlupa panaskan minyak terlebih dahulu. Dibiarkan diluar sementara menunggu minyak panas....itu yang menyebabkan ia sedikit cair.

Resepi simple sahaja.....asal ada bahan kat rumah bila-bila masa boleh buat.

Ais  krim goreng

Bahan-bahannya:-
  • 4 keping roti putih (roti gardenia)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Ais krim apa-apa perisa yang anda suka
  • 1 biji telur
Cara-caranya:-
  1. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Ketepikan.
  2. Masukkan serbuk roti dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Sediakan zip lock bag atau aluminium foil di meja kerja anda.
  4. Sediakan satu mangkuk kecil air bersama dengan berus sapuan untuk disapu di permukaan roti supaya ia lebih melekat.
  5. Ambil roti putih dan kemudian leperkan sedikit.
  6. Ambil pemotong bulat dan potong roti dalam bentuk bulat atau guna bekas sandwich seperti saya guna ini untuk cara yang lebih mudah.
  7. Letakkan satu scoop ais krim diatas nya dan kemudian sapu sedikit air disekitar tepi potongan roti bagi membolehkan ia melekat.
  8. letakkan sekeping roti diatasnya dan tekan
  9. Buang kulit tepi roti (jika guna acuan macam saya-bila kita tekan acuan ini, lebihan roti akan terpotong sendiri)
  10. Celup roti dalam telur dan kemudian letakkan pula diatas serbuk roti. Pastikan ia bersalut rata
  11. Masukkan roti tadi dalam bekas zip lock atau balut dengan aluminium foil dan masukkan ketempat beku dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam. Ulang proses diatas untuk 2 keping roti lagi
  12. Jika hendak makan, panaskan minyak penuh dengan api sederhana. Pastikan ia betul-betul panas
  13. Keluarkan roti ais krim dan kemudian terus goreng.
  14. Goreng sehingga kelihatan garing di kedua-dua belah.
  15. Angkat, toskan dan terus hidang.
Nota:-
  • Bekas acuan sandwich diatas saya beli di Daiso dengan harga RM5.

Thursday, December 1, 2011

Tepung Goreng Ranggup

Petang semalam saya buat bancuhan tepung goreng pisang. Masih guna resepi yang pernah di postkan dahulu iaitu kat sini. Kali nie saya mempelbagaikan kegunaan tepung goreng tersebut. Saja seronok-seronok untuk berkreatif dengan resepi....kita tengok samaada ia turn out to be a good recipe or bad recipe.

Pertama sekali saya cuba buat ais krim goreng tetapi guna tepung goreng ranggup.

1. Ais krim goreng


Experimen saya tidak menghasilkan resepi yang bagus. Ais krim goreng tak boleh guna tepung goreng ranggup sebab untuk buat ia garing....ia perlu digoreng agak lama. Bila goreng lama.....air krim kat dalam tu akan cepat cair. Selain tidak mendapat kulit yang ranggup.....ais krim juga mencair tapikan ia tetap sedap. Sekejap je saya habiskan ais krim goreng tu.

Oh ye ini hanya experimen saya sahaja ye.

2. Tapai ubi goreng

Ini resepi kedua guna tepung goreng ranggup tersebut. Semasa singgah kat kedai runcit kat apartment untuk beli pisang....tengok kat kaunter cashier ada beberapa bekas tapai ubi. Ubi yang digunakan itu kecil-kecil sahaja dan nampak menarik. Saya beli sebekas....dan cuba buat tapai ubi goreng.




Rasanya tapai ubi goreng tidak asing lagi kepada kita semua. Anda tentu pernah makan.....saya ada jumpa tapai ubi goreng kat satu restoran tapi tak beli. kali nie saya nak cuba rasa macam mana tapai ubi goreng.....sedap ke tidak. Ia sedap bagi yang suka tapai ubi.

3. Pisang goreng
Dah tentu tepung goreng ranggup dibuat untuk goreng pisang. Hari jumaat lepas, family saya termasuk anak-anak saudara datang ke apartment saya....oleh kerana time tu saya baru balik pejabat so tak boleh nak prepare apa-apa yang special. mereka datang pun mengejut....tiba-tiba je masa kat ofis.....mereka call dan kata dah ada kat KL. kelam kabut saya balik dan singgah kedai beli sedikit barang dapur termasuk seikat pisang. Bila saya buat pisang goreng guna resepi tepung goreng pisang ranggup nie.....anak-anak saudara saya suka sungguh makan. Mak saya kata tepung goreng tu sedap.

So petang semalam saya goreng semula pisang guna tepung tu.

Tepung Goreng Ranggup
(Post asal kat sini.....sila ke sini untuk lihat sumber asal resepi ini)

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar kelapa kering/kelapa parut segar (resepi asal pakai santan)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa  
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata



Tuesday, October 4, 2011

Tepung goreng pisang rangup


Berderet-deret pulak entry hari nie......saya buat goreng pisang guna pisang abu. Saja beli pisang sebab nak testing resepi tepung goreng pisang yang dikatakan paling ranggup kat blog hairul.com nie. Kebiasaannya kalau saya buat tepung goreng pisang, saya akan guna tepung beras, air kapur, telur, garam dan air sahaja tapi resepi dalam blog nie ada tambahan bahan-bahan lain lagi.

Saya cuba goreng petang semalam........saya cuma buat separuh daripada bahan-bahan dibawah dan ternyata ia adalah tepung goreng pisang yang paling sedap dan ranggup....memang tak sia-sia mencuba resepi nie. Habis sepinggan goreng pisang nie saya makan sorang-sorang.....masa nie kalori letak belakang. Tekstur dan rasanya seperti anda guna tepung goreng adabi....ada rongga2 tepung sebab dimasukkan baking powder.

Tepung goreng pisang ranggup
Sumber: Disini

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Nota:-
  • Saya tidak guna santan pekat sebab tak ada, saya gantikan dengan kelapa kering sebanyak 2 sudu makan.

Cekodok Pisang

Cekodok pisang.....kudapan petang yang saya buat pada ahad lepas. Masih belum berjaya nak buat bulat-bulat comel sebesar ibu jari sebagaimana yang dibuat oleh arwah nenek saya. Setiap kali saya buat cekodok pisang....mesti teringat kat arwah nenek. Sekitar rumah nenek di Changloon penuh dengan pokok-pokok pisang......masa kecil-kecik bila kami balik kampung dan berlari-lari keliling sawah....bila dah penat bermain.....balik ke rumah tengok arwah dah siap buat cekodok pisang bersama seteko teh. Seronoknya masa ada arwah.....sekarang rumah tersebut didiami oleh keluarga pak cik dan suasananya dah tak sama macam dahulu. Bila bercerita tentang bendang, sawah padi dan rumah kampung.......teringat pada sebidang tanah tapak rumah dan dikelilingi oleh sawah padi milik arwah ayah saya yang diwarisi oleh kami adik beradik. Impian mak adalah supaya kami dapat membuat sebiji rumah disitu.....saya masih berkira-kira untuk  menunaikan impian beliau.....insyaaalah jika ada reseki lebih dimasa akan datang.

Cekodok pisang nie saya tak dapat bagi resepi tepat sebab main campak-campak je. Alahhhh semua orang tahu buat.

Cekodok pisang

Bahan-bahannya:-
  • Pisang yang telah terlalu masak/kehitaman yg dah tak sedap dimakan mentah
  • Tepung beras secukupnya
  • sedikit air kapur pekat
  • 2 sudu makan gula (bergantung kepada jenis pisang yg digunakan)
  • sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Lenyekkan pisang dalam besen kecil dan masukkan gula. Biarkan selama 15 minit
  2. Masukkan air kapur dan garam, kacau rata.
  3. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga bancuhan boleh dijemput dengan jari.
  4. Panaskan minyak penuh secukupnya dengan api sederhana.
  5. Apabila minyak telah panas, goreng cekodok anda sehingga masak.
  6. Angkat dan toskan mengunakan tisu masakan

Thursday, February 10, 2011

Jemput-jemput udang berjagung



Entry tertunggak lagi. Banyak betul masakan yang saya dah buat tapi tak de masa nak postkan dalam blog. Sebenarnya ini resepi ulangan, dulu dah pernah saya postkan dalam blog nie. Resepi jemput-jemput nie semua orang tahu buat cuma yang nie berbeza sikit sebab guna eno. Saya memang suka sangat buat jemput-jemput nie terutama kalau ada udang segar. Resepi anda boleh dapatkan di sini.

Ada perkara yang hendak saya cakap sikitlah. Saya berniat ikhlas untuk berkongsi resepi dan blog nie pun adalah untuk mencatatkan resepi yang saya dah cuba untuk rujukan saya kemudian hari dan untuk dikongsi juga bersama. Yang mana post yang tidak dimasukkan resepi......itu bermakna resepi tersebut bukan milik saya. Saya rasa bersalah kepada pemilik sebenar resepi tersebut jika saya kongsi resepi tersebut kat blog ini sedangkan dia cari reseki dengan resepi tu. Saya rasa dah berulang-ulang kali saya katakan hal nie tapi setiap hari saya terima permintaan nak resepi yang saya tak kongsi tu sama ada kat shoutbox, email atau facebook. Tak perlulah puji saya melambung tinggi.....saya tak makan pujian. Saya seorang yang tegas 'kalau saya kata tidak' maka tidaklah. Kalau saya nak kongsi.....maka saya akan kongsi bersama semua orang bukan hanya orang tertentu sahaja. Tolonglah...... sekali lagi saya minta hormatilah pendirian saya. Tolonglah......jangan buat saya serba salah bila terpaksa tolak permintaan anda. Saya dah jawap disini maka anda sudah tahu jawapannya bila saya tak reply email anda.




Tuesday, July 20, 2010

Jemput-jemput ikan bilis

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================

Malam nie lepas balik dari gym terasa nak makan jemput-jemput bilis. Saya ada beli 1 kilo ikan bilis dari sandakan dan masih belum digunakan lagi. Ikan bilis dari sandakan nie putih cantik je, hanya RM18 sekilo. Jenuhlah lepas nie nak fikir masakan apa nak kena buat untuk menghabiskan sekilo ikan bilis nie. Resepi simple saya untuk buat jemput-jemput ikan bilis.


Jemput-jemput ikan bilis
photo and recipe by http://resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya
150gm tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 ulas bawang putih, ditumbuk/kisar
20gm ikan bilis, dibersihkan dan direndam sebentar kemudian ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
3 tangkai daun kucai, dipotong
1 ulas bawang putih; dikisar
50gm tauge (saya tak guna sbb tak ada)
1 biji telur
100ml air sejuk/air suam
sedikit garam
minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Jika boleh biar lama sedikit mengacau adunan ini.
  2. Rehatkan sebentar selama 10 minit
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Biarkan betul-betul panas sebelum memasukkan adunan
  4. Sudukan adunan kedalam kuali dan buat sehingga habis
  5. Masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Bahan sos

3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
50gm sos cili (boleh guna sos tomato jika anda suka)
sedikit garam
2 sudu teh gula pasir
4 titik cuka
200 ml air
1 sudu makan tepung ubi + 1 sudu makan air, larutkan
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

  1. Tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga terbit aroma. Masukkan tomato, sos cili, garam, gula dan cuka. Kacau rata
  2. Masukkan air. Didihkan
  3. Pekatkan dengan larutan tepung ubi yg dibancuh tadi
  4. Masak sehingga meletup-letup kemudian angkat

Sunday, January 31, 2010

Jemput-jemput pisang + oat




Ini jemput-jemput pisang yang dibuat untuk sarapan pagi tadi. Pisang abu yang tinggal beberapa biji tu dah tak sesuai lagi nak buat goreng pisang. Arwah nenek saya dulu selalu buat jemput-jemput pisang.....jemput2 pisang beliau adalah yang paling sedap sekali.....beliau akan buat bulat-bulat sebesar biji gula. Oleh kerana kami ketika itu masih kecil sudah tentu amat terpikat dengan jemput2 yang secomel seperti tu....saya sampai sekarang masih tak pandai nak buat bulat-bulat secantik itu. Ok inilah resepi saya.....mak saya kalau buat jemput2 tak pernah guna tepung gandum, beliau lebih suka guna tepung beras. oleh kerana stok tepung beras dah habis maka saya guna tepung gandum untuk buat jemput2 pagi nie. Anda boleh blender pisang atau lenyek halus.

Jemput-jemput pisang + oat

Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek @ blender (ikut kesukaan anda)

  • 2 sudu makan gula

  • 1/2 cawan oat

  • 3/4 cawan tepung gandum/beras

  • sedikit garam

Cara-caranya:-

  1. Lenyekkan pisang @ blender pisang dan biarkan ia sebentar iaitu lebih kurang 15 minit. Ini adalah tip yang diberikan oleh mak saya bila saya tanya mengapa jemput2 dia boleh rangup dan kosong dibahagian dalamnya.

  2. Masukkan gula 1 sudu dahulu dan kemudian rasa adunan anda supaya ia tidak terlalu manis disebabkan kemanisan pisang yang anda gunakan...kemudian masukkan bakinya atau tambah lagi jika memang anda pengemar makanan manis. Saya tak suka makanan manis so saya sangat berhati2 bila memasukkan gula.

  3. Masukkan oat, sedikit garam dan tepung gandum atau tepung beras. Saya suka guna tepung beras sebab jemput2 lebih ranggup.

  4. Panaskan minyak, guna api sederhana dan ambil sedikit adunan dengan hujung jari-jari anda dan bulatkan adunan ditepi bekas bancuhan dan masukkan satu persatu sehingga memenuhi sekeliling minyak. Balik-balikkan jemput2 anda dan angkat bila nampak sudah garing. ketika anda balik2kan jemput2 tu kalau ia tidak melekat antara satu sama lain dan nampak bulat2 (wp tak bulat sangat....atau lonjong) maknanya sukatan tepung tu dah ok lah. jemput2 tak sedap kalau guna banyak tepung dan jangan guna air.

  5. Angkat dan alas dengan tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.

Wp ia mengandungi oat tapi ia tidak boleh dianggap sebagai hidangan sihat sbb ia bergoreng.

Wednesday, January 6, 2010

Jemput-jemput udang berjagung

Pertama kali makan jemput-jemput udang berjagung nie adalah ketika saya bercuti di changloon, kedah. Mak ngah saya buat untuk hidangan minum petang. dia mengunakan jagung manis yang baru dipetik dari kebun dan udang yang banyak. Wp dia bagi resepi jemput2 nie tapi rasanya tak sama seperti makan ketika dirumahnya mungkin sebab air tangan dia.

ini adalah resepi jemput-jemput udang berjagung yang diberikan oleh Mak ngah saya. Sukatan air saya tidak dapat berikan disini sebab agak sukar untuk memberikan sukatan yang tepat sbb resepi orang tua2 nie jarang nak bersukat.

Jemput-jemput udang jagung

Bahan-bahannya

300gm tepung gandum

setongkol jagung yang dihiris isinya

100-150gm udang (lagi banyak lagi sedap)

1 sudu makan gula(jangan masukkan banyak sbb ini bukan jemput2 manis hanya utk dapatkan rasa manis udang sahaja so jangan bubuh bumbun cukup sekadar sesudu rata)

1/4 sudu garam

air secukupnya

1/2 bungkus ENO paket biru

Cara-caranya

  1. Satukan tepung, jagung yang dihiris dan udang, gaul sebentar. masukkan gula dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata. berhenti mencampur air bila bancuhan dirasakan tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras. Kacau mengikut pusingan jam dengan sudip kayu sehingga bancuhan benar2 sebati. Untuk memastikan bahawa bancuhan anda tepat....cuba ambil sejemput tepung dan dibawa ketepi bekas bancuhan.....jika jari-jari kita dapat membentuk satu bulatan kecil tepung bermakna bancuhan itu sudah ok. Jangan keras ye tak sedap......banyak praktis akan menghasilkan bancuhan yang tepat so rajinlah cuba.
  3. Biarkan bancuhan selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak, sementara menunggu minyak panas masukkan 1/2 bungkus ENO dalam bancuhan....kacau rata.
  4. Angkat dan lapik dengan tisu masakan supaya semua lebihan minyak diserap.
  5. Cicah dengan sos cili.
  6. jangan masukkan gula banyak sbb bancuhan ini hanya manis2 buah sahaja kalau manis dah tak sedap hendak dimakan dengan sos.