Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Jeruk Mangga Muda



Jeruk mangga muda atau jeruk mempelam pauh/pelam telur telah boleh dimakan. Saya buat minggu lepas...lepas balik dari kampung. Dekat rumah saya dikampung terdapat sepohon pokok pelam pauh/pelam telur yang setiap tahun berbuah lebat....dari zaman saya remaja sehinggalah sekarang.....buah tidak pernah berhenti. Pokok mempelam tu...arwah ayah tanam ditebing jalan untuk tujuan tahan tanah dari runtuh ke bawah (rumah kami atas bukit).

Masa saya dan adik-adik masih muda remaja....orang kampung memang agak susah nak nampak kelibat kami...kami bersekolah diasrama (kecuali saya) dan bila pulang ke kampung...kami hanya berada dalam rumah sahaja....kami tak tahu bawa motor so tak adalah nak merewang sekeliling kampung petang-petang....memang susah nak tengok muka anak dara Hussein....dan anak-anak teruna kat kampung hanya boleh intai muka kami jika kami ambik pelam pauh nie sahaja....wahhhh cerita zaman muda.

Masa saya kat kampung raya haji lepas....emak mintak saya tolong ambilkan buah mempelam pauh untuk dia sebab dia kata sayang sungguh tengok buah lebat dan tak ada sapa nak makan kalau dibiarkan dipokok....lebih baik dia buat jeruk. Saya turun ke bawah...bawak guni plastik kecik dan sebilah pisau. Anak-anak saudara yang kecik ikut turun sama....saya capai dahan yang rendah dan potong dahan tersebut. Buah lebat sungguh jadi tak sukar nak memenuhkan seguni kecil tu....sekejap saja dah penuh. Mak pesan ambik yang muda sahaja.

Angkat seguni kecil pelam pauh dan masukkan dalam besan yang berisi air untuk bersihkan kulitnya sambil emak dok bagi panduan macam mana nak buat jeruk. Saya tak pernah buat jeruk sendiri.

Nilah hasil tangan saya.....boleh tahan....ranggup dan tak begitu masam atau manis....just nice. Saya tak buang kulit sebab buah pelam pauh yang kecil....sedap kalau dimakan bersama kulit.....ranggup gitu.

Mak bagitau resepi ikut cara orang tua-tua....tanpa sukatan so balik kat rumah saya cari resepi kat internet yang hampir sama dengan resepi mak sebab saya nak tahu berapa sukatan gula atau garam yang sepatutnya. Saya jumpa resepi Hanybee@myresepi , resepi nie sama seperti resepi yang mak saya bagi cuma ada tambahan jadi saya ubahsuai sikit dari segi cara-caranya ikut kaedah emak saya.

Jeruk Mangga Muda
resepi asal: hanybee @myresepi

Bahan-bahannya:-
  • 8-10 biji mangga muda
  • 1 sudu makan kapur makan
  • 3 sudu besar garam kasar
  • 1-2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan cuka masakan (tambahan)
  • air secukupnya.
Cara-caranya:-
  1. Kupas kulit mangga (jika buah mangga besar) tetapi jika pelam pauh...hanya bersihkan kulitnya dan kemudian belah dua....buang biji dan selaputnya.
  2. Rendam pelam/mangga tadi dalam bekas yang berisi bancuhan kapur masakan selama 15 minit. Rendaman air kapur amat penting untuk jeruk pelam ranggup. Jangan abaikan step yang ini.
  3. Buang air kapur dan basuh sekali lagi pelam/mangga tersebut....toskan.
  4. Masukkan mangga dalam bekas bertutup. Tuangkan bancuhan air + garam kedalamnya. Tuang bancuhan garam tadi sehingga seinci melepasi buah mangga. Tutup rapat bekas dan peram selama 2 hari.
  5. Selepas rendam 2 hari....buang air garam tadi dan kemudian masukkan air suam kedalam bekas tersebut sehingga separas mangga dan biarkan selama 4 jam
  6. Dalam masa yang sama anda boleh masak gula + air sehingga mendidih dan kemudian biarkan ia sejuk.
  7. Apabila air gula sudah sejuk....masukkan 2 sudu makan cuka masakan.
  8. Toskan mangga dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
  9. Tuang air gula + cuka kedalam bekas mangga tadi.
  10. Peram selama 1 hari kat luar dan kemudian masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 2 hari lagi sebelum boleh dimakan.
Nota:-
  • Pastikan anda tidak terlebih letak garam.....guna 3 sudu besar sahaja garam kasar. Jika anda terlebih letak garam maka sukatan gula kena lebih untuk seimbangkan rasa jeruk ini.
  • Tutup bekas yang direndam dengan air garam...kalau boleh alas kertas surat khabar dan baru tutup tudung bekas kemudian ikat dengan getah...sebab tudung bekas berpotensi untuk terbukak disebabkan tindakbalas garam.
  • Jeruk nie tiada bahan pengawet...so ia hanya tahan 2 minggu sahaja dalam peti ais. Buang air gula dahulu baru simpan supaya isi mangga tidak lembik (catatan hanybee).

Wednesday, September 5, 2012

Kuih siput sedut

 Kuih siput sedut...sebenarnya kuih siput tetapi kali nie ia adalah kuih siput yang dibuat berbeza dengan kebiasaan yang selalu kita nampak. Saya tidak buat kuih nie...adik perempuan saya beli kat kawan dia. Saya tunjukkan kat blog sebab saya suka kreativiti orang yang membuat kuih siput nie.

Bancuhan tepung adalah seperti bancuhan kuih siput...so anda boleh guna resepi kuih siput milik anda cuma anda ubah bentuknya sahaja...kalau selalunya buat guna sarang kuih siput kali nie guna mesin pasta pulak.
 Close up gambar kuih siput sedut.
 Tepung dicanai nipis mengunakan mesin pasta dan kemudian masukkan tepung tadi kebahagian tengah mesin. Ambil sekeping tepung dan kemudian balut ikan bilis yang dibelah dua. Lilit bermula dari kepada ikan bilis dan kemudian turun keekornya.

So kalau ada sesiapa yang rajin untuk mencubanya bolehlah cuba buat kudapan nie dan kemudian boleh kongsi samaada resepi anda itu menjadi. Kuih siput nie sangat ranggup dan sedap...itu sahaja yang saya boleh katakan.

Saya sengaja letakkan gambar disini sebab nak bagi idea untuk orang yang rajin untuk memcuba.

Thursday, October 27, 2011

Popia Simpul Kasih

 Popia simpul kasih nie saya buat pada hari semalam. Inti serunding kawan sepejabat nie saya bawak balik kerumah dan tolong buatkan popia simpul kasih nie. Sedap aje namanyakan. Makan sedap tapi nak buat diaaaaa huhhhhh....mengantuk.

Popia Simpul Kasih

Bahan-Bahannya:-




  • 1 paket kulit popia
  • Serunding ikan/daging/ayam/ikan bilis secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-

1. Ambil sedikit kulit popia dan potong 4 menjadi 4 segi kecil seperti dibawah


 2. Ambil kulit popia yang telah dipotong menjadi 4 segi kecil tadi dan potong menyerong untuk dijadikan 3 segi


3.  Ambil sehelai kulit popia dan letakkan inti serunding dibahagian hujung 3 segi tadi, rujuk gambar seperti dibawah

4. Gulung dan kemudian simpul seperti dibawah

 5. Buat sehingga habis
 6. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng popia tadi sehingga kekuningan
 7. Angkat dan kemudian toskan diatas tisu masakan.

Yang ini adalah cara menyimpul popia mengunakan kulit popia yang dipotong tiga segi. Resepi inti serunding tidak dimasukkan disini sebab serunding ini adalah serunding beli dan kebetulan serunding nie tidak sedap untuk dimakan begitu sahaja.....jika dibuat popia mini begini sekejap sahaja habisnya.

Friday, August 26, 2011

Kuih Goreng Bakawali

Kuih goreng bakawali....pernah makan. Mesti pernah cuma tak tahu nama betul kuih nie. Dulu saya panggil 'maruku manis' sebab rupanya macam maruku tapi rasanya lain dari maruku sebab ia lemak manis dan ranggup. Sebenarnya ada sarang khas tembaga yang ada pemulas dibahagian atasnya......dan acuan itu menghasilkan bentuk kuih seperti batang bakawali. Selalunya ibu-ibu dikampung tahu tentang fungsi batang pokok bakawali yang pahit....inilah 'ubat' yang digunakan oleh mak saya bila hendak menghentikan susu badan atau botol susu. Bila dah nak masuk tadika masih dok usung botol susu kehulu-kehilir maka mak akan sapu getah batang bakawali kat puting botol susu....lepas tu adik saya akan berhenti minum sebab dia rasa tak sedap lagi.


Sebenarnya bukan mudah saya nak dapatkan resepi kuih goreng bakawali nie. Dah bertahun saya dok mintak kat makcik saya yang sorang nie tapi tak diberinya. Dia buat cukup sedap....kalau raya kami mesti mintak bawak balik sebalang. Tahun nie saya nak buat jugak dan kebetulan dia mintak saya tolong belikan pengukus Trio untuk dia so masa nie nak bodek mintak resepi (dia kedekut tahap gaban bab nak kongsi resepi dengan orang).


Saya: Pengukus dah ada kat umah, bila nak datang ambik. Mak Cik X boleh bagi resepi kuih 'maruku manis' yang mak Cik X selalu buat tu?

Mak Cik X: Alah senang je....pakai satu pek tepung pulut bla bla bla......lepas tu tuang air. bancuh AGAK-AGAKLAH sampai boleh tekan.

Saya: Yelah AGAK-AGAK tu macam mana. Banyak mana air, banyak mana gula?

Mak Cik X: hang agak-agak jelah


Macam mana puan-puan sekelian......rasa-rasa boleh buat ke kalau instruction dia banyak "AGAK-AGAK LAH".


2 hari lepas tu saya call lagi sebab pengukus trio tu dia belum datang ambik lagi dan belum bayar duit kat saya lagi.....kot-kotlah dia lembut hati nak bagi resepi betul-betul dan lepas tu saya pulak lembut hati dan kata "tak apalah mak cik X, saya sedekahkan pengukus tu tak yah bayarlah cehhhhhhh"


Saya: Alah.....mak cik X, cadang nak buat kuih tu hari nie tapi resepi yang tulis haritu hilang pulak. Boleh bagi tau sekali lagi resepi tu.

Mak cik X: alah hang nie. Ni salin bahan-bahannya bla....bla....bla.


Masa tu kat tangan saya ada kertas resepi tulisan awal.....sahaja nak double confirm ternyataaaaa ada satu bahan dia tak sebut masa awal dulu....bila tanya sukatan atau cara-caranya dia jawap AGAK-AGAKLAH.


Hari rabu saya cuba buat bancuhan......tekan-tekan dalam acuan maruku sampai tegang urat leher sebab tepung tak mahu keluar dari acuan dan kuih pulak tak garing.....lembik kat belah dalam....macam lemau. Cuba jugak berkali-kali untuk dapatkan hasil yang elok namun tak berjaya jugak maka saya ambik tepung tu dan masuk peti.


Petang semalam singgah kedai beli lagi tepung lagi dan dalam jam 5.30 petang, saya buat bancuhan lagi.....mula2 memang naik urat-urat leher saya menekan acuan lepas tu tambah air lagi....tekan ok tapi tekstur tak sama.....tambah tepung pulak....lepas tu tambah air....last2 sekali habis jugaklah satu bancuhan tu saya tekan dan mujur tak kekejangan urat-urat leher dan tangan sebab menekan acuan maruku. Inilah hasilnya.......



Resepi kuih nie saya tak dapat berikan sebab saya buat dengan cara try n error, masa tu tak ingat nak bersukat atau timbang sebab instrution yang saya terima "agak-agak" je. nanti kalau saya publish dan ada yang cuba tapi tak menjadi.....mengamuk kat saya pulak.


Cuba anda lihat bukan senang nak dapatkan resepi, sukat dan tulis dalam bahasa yang semua orang akan memahami cara-cara membuat dengan betul. Jadi anda boleh faham perasaan saya selepas bersusah payah macam nie lepas tu ada pulak segelintir blogger yang C n P resepi tapi tak ucap terima kasih atau bagi kredit pada blog ini. Ada yang ambik resepi lepas tu tulis "inilah resepi turun temurun yang dibuat keluarga saya bla bla bla" walhal semalam dia baru copy n paste kat blog resepi tu...dasyat kan perangai.

Tuesday, November 23, 2010

Agar-agar kering-part 2

Ini adalah agar-agar kering yang saya buat tempohhari. Agar-agar nie dah betul-betul kering. Mujur kat kampung saya panas terik selama 2 hari, kalau tak terkuranglah satu dulang hantaran.



Saya masukkan agar-agar kering nie dalam bekas rempah Ikea.



Anda nak tahu bagaimana sambutan family saya terhadap agar-agar nie. Saya terpaksa masukkan kedalam bekas rempah Ikea nie sebab agar-agar kering yang dibuat tak cukup. Anak saudara saya asyik dok ulang makan saja. Mak dan pak cik saya kata agar-agar kering nie sedap dan tak begitu manis. Adik saya siap nak buat bisnes agar-agar kering lepas nie. So resepi agar-agar kering yang saya publishkan tu adalah yang terbaik yang pernah saya buat....mak saya pun kata macam tu. Dia suka agar-agar tu sebab tak terlalu manis sangat.

Tuesday, November 16, 2010

Kuih Tiram/lidah buaya









Petang nie buat sejenis lagi kuih untuk dibuat sebagai hidangan hantaran pertunangan. Saya balik kerja jam 3 tadi sebab hari nie dapat pelepasan balik awal so jam 3.30 petang sampai rumah terus ke dapur bancuh adunan dan perap sebentar. Saya tak buat banyak cukup untuk satu dulang hantaran sahaja.......malas nak berlama-lama depan kuali panas. Kuih tiram nie kalau nak makan biasa bolehlah buat simple saja tapi kalau nak buat hantaran kena teliti sikit supaya kelopak kuih tiram jadi cantik.



Resepi kuih tiram saya dah pernah postkan dulu disini. Bancuhan kuih tiram nie simple je tapi yang menjadikan ia cantik atau tidak adalah teknik mengulung dan mengoreng kuih tiram.

Esok kita semua akan menyambut hari raya haji.....selamat hari raya haji buat anda semua. Saya ada terima sms dari seorang teman....


" Bye sayangku. Kita akan berpisah buat selamanya dan anggaplah ini adalah pesanan terakhir dari ku" luahan lembu dan kambing pada rumput.


Salam Aidil Adha.


Popia Nestum


Ini satu lagi resepi yang dibuat untuk hantaran. popia nestum nie saya buat kemudian packing cantik2 dalam plastik dan letakkan sedikit hiasan. Senangkan...sebab nak dapatkan 9 dulang nie. Puas fikir nak buat apa lagi. Nie baru bertunang bukan kahwin lagi so utk bertunang selalunya pihak perempuan bagi banyak barang makanan. Petang nie nak kena buat kuih tiram @ lidah buaya, nak buat fondant, nak buat gum paste, esok pagi baru bertolak balik ke Pahang. Mak dan adik2 lelaki saya beraya kat Terenganu dan ada korban dibuat kat tahfiz. Cuti raya cuma sehari so tak boleh nak balik Terenganu lagipun mak tak bagi balik sbb dia nak saya siapkan hantaran. Dia balik pahang hari jumaat, hari sabtu majlis bertunang....haaaaa sayalah nampaknya kena handle semua perkara untuk majlis nie.


Nie satu lagi resepi yang saya buat untuk hantaran. Saya memang selalu buat popia nestum nie sebab anak-anak saudara saya suka sungguh makan nie. Saya buat hari ahad lepas kemudian terus packing sbb kalau bawak dalam bekas macam tu jawapnya habis.....tak sempat buat hantaran. Kalau rajin baru buat lain untuk mereka....aduhhhh kejamnya mak long depa.



Popia Nestum

Bahan-bahannya:-
  • 1 paket kulit popia

  • 1 sudu tepung gandum + sedikit air. dibancuh untuk dijadikan gam.

Bahan tabur

  • 1/2 cawan nestum- dikisar halus

  • 1/4 cawan gula-dikisar halus

Cara-caranya:-

  1. Nestum dan gula dikisar halus dan ketepikan


  2. Kulit popia dickeluarkan satu persatu dari plastik. Jika guna kulit popia yang besar, bahagia dua dan potong.

  3. Gulung kulit popia dan gamkan dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Guna chopstick bagi memudahkan kulit popia digulung.

  4. Gunting serong kulit popia yang telah digulung tadi.

  5. Goreng dalam minyak yang penuh sehingga keemasan.

  6. Angkat dan toskan sebentar.

  7. Gaulkan dengan serbuk nestum dan gula.

  8. Gaul semasa kulit popia masih panas supaya ia senang melekat.

Monday, November 15, 2010

Agar-agar kering


Ini adalah salah satu resepi yang saya buat untuk hantaran pertunangan adik perempuan saya pada 20hb nie. Jika anda pernah terbaca post ini dahulu, adik perempuan saya ini telah bertemu jodohnya bukan dengan lelaki itu tetapi dengan orang lain.

Saya terfikir nak buat gubahan bunga dari agar-agar kering tapi semalam penyakit L.A.Z.Y menyerang so sayapun ubah fikiran dan hanya buat agar-agar kering dalam bentuk sempoi nie.

Saya dah packing buku-buku masakan dan resepi saya sbb ingat akan pindah rumah tahun nie so resepi agar-agar kering berada dalam salah satu kotak tu. Saya serve internet cari resepi agar-agar kering sbb malas nak bukak kotak, saya tengok ada resepi yang guna terlalu banyak gula, terlalu banyak air, ada yg guna sukatan satu jag air, 2 bungkus agar-agar (agar2 ada dlm 20gm @ 30gm/pek....so yg mana satu) dan ada satu blog tu dia ciplak siap dengan resepi dan gambar dari sumber lain dan tampal dalam blog dia (dia tak mencuba so boleh caya ke resepi nie). Akhirnya saya terpaksa bukak jugak kotak buku-buku resepi tu dan inilah resepinya untuk kita kongsi bersama.



Agar-agar kering
Recipe and publish by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali ( sy guna agar-agar cap kijang-30gm satu pek)
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda (saya guna merah, hijau dan kuning)

Cara-caranya:-

  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.

  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
  6. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  7. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Inilah agar-agar kering yang telah saya buat. Agar-agar nie belum kering lagi ye sebab baru buat semalam. Lepas buat baru saya terfikir nak jemur kat mana ye....saya duduk kat apartment dan rumah saya mengadap matahari turun. Saya tarik sofa dan susun kerusi makan pastu letak dulang.....tengoklah boleh kering ke tidak jemur macam tu. Bila dah kering dan bergula nanti saya akan tunjukkan gambarnya.

Ini agar-agar berwarna hijau




Ini pula yang berwarna merah. Merah nie guna sirap rose so tak bubuh banyak dan nampak pucat sikit.





Yang nie berwarna kuning.....cantik warna kuning nie.







Saya dah rasa sikit agar-agar nie, so far taklah manis sangat-sangat. Ngam-ngam je, ia tak melekat, licin je. Bila dah kering nanti saya up date ok. Kita tengok samaada resepi nie bagus ke tidak.

Monday, June 21, 2010

Caramel Pop Corn

Ini satu lagi entry tertunggak. Saya buat hari ahad untuk kudapan semasa menonton. hari ahad line slow sangat....boring betuln nak download satu gambar pun take time. Hari isnin, balik dari gym lepas kelas body step yang dikendalikan oleh Riyo, badan rasa terlalu letih sangat. Hampir sebulan tak join kelas body step lepas lutut sakit, hari isnin baru masuk kelas balik...huh penat sehingga balik rumah asyik ingat nak tidur aje.

Resepi caramel pop corn nie saya dah pernah postkan dahulu. Anda boleh lihat disini jika berminat untuk mencuba. Dah beberapa kali saya buat pop corn. Anak saudara saya nabilah, suka sungguh makan pop corn nie terutama bila tengok kartun dia. Saya ubah sukatan bahan-bahan seperti berikut:-
  • 80gm butter
  • 1/2 cawan gula (boleh guna gula perang)- saya bubuh tak penuh pun 1/2 cawan
yang lain-lain tu sama saja lah cuma saya tak masukkan kedalam oven lepas tu.

Sunday, April 4, 2010

Kuih Tiram/Lidah buaya

Alang-alang dah keluarkan mesin pasta/noodle machine semalam maka saya buatlah kuih tiram pada hari nie. Dah lama tak makan kuih nie. Masa saya remaja, bila musim cuti sekolah saya terima banyak tempahan kuih tiram nie dari orang yang hendak buat kenduri kahwin. Inilah caranya saya nak cari duit saku lebih. Satu kuali besar berada didepan saya, satu kerusi dan 2 batang ranting. Saya akan duduk didepan kuali tersebut dan goreng kuih nie sampai bertin2 ikut tempahan. Masa tu tak terasa pulak panas dapur tersebut tapi sekarang nak siapkan doh yang sikit nie pun dah berpeluh sakan.





Inilah resepi yang saya buat. Sebenarnya bahan kuih nie simple saja cuma 'teknik' yang penting. Saya pernah bancuh tepung dengan sedikit garam dan air saja tanpa bubuh bahan tambahan lain, ia tetap menjadi. Jika anda lihat orang buat jadi cantik..itu sebab mereka dah mahir dan selalu buat. Anda pun boleh kalau selalu mencuba...jangan kecewa kalau percubaan pertama kurang menjadi.


KUIH TIRAM
recipe and photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
150ml air (+/_) (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)

sedikit garam

sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya

1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)

3/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:-

  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.
  • Rehatkan sebentar.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
  • Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.
  • Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
  • Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
  • Guna sudu dan renjis bancuhan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
  • Gulung dan potong kecil sebesar jari manis/ jari kelingking (kalau anda kurus, jari telunjuklah)


  • Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

  • Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.
  • Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
  • Blender gula pasir sehingga halus dan tabur atas kuih satu persatu.
  • Saturday, January 16, 2010

    Kerepek Ngaku/Arrowhead


    inilah gambar nyaku/arrowhead yang belum dibuang kulit dan dibersihkan lagi. Jangan buang jambul nyaku ini bagi memudahkan proses menyagat nyaku. Jadi semasa memilih nyaku bersama asoh, anda pilihlah nyaku yang masih ada jambul.










    Ngaku/arrowhead mula dijual dipasaraya apabila perayaan tahun baru cina. Teringin nak makan kerepek ngaku so lepas habis kelas di gym hari nie, saya terus pergi ke Tesco untuk membeli nyaku. Banyak asoh-asoh tengah berkerumun tempat nyaku so saya pun ambil plastik dan masuk group jugaklah dengan asoh2 tersebut memilih nyaku. Semacam je mereka semua pandang. Relaklah....kan 1 malaysia, orang melayu pun dah pandai buat kerepek nyaku. Harga nyaku tahun nie naik banyak dari tahun lepas. Harga sekilo nyaku yang tidak dibuang kulit adalah RM2.88 sekilo, tahun lepas dalam RM1.80 sahaja sekilo. Saya cuma ambil sekilo sahajalah dulu nyaku nie, tunggu lepas tahun baru cina...tesco n giant buat offer, jadi murahlah sikit.


    Kerepek Nyaku/Arrowhead

    Bahan-bahannya:-

    Sekilo Nyaku/Arrowhead

    sedikit garam
    minyak masak secukupnya

    Cara-caranya:-
    1. Basuh bersih nyaku, kikis nipis kulit nyaku dan buang kulit arinya. Jangan buang jambul nyaku tu sbb ia memudahkan anda untuk menyagat nyaku.

    2. Panaskan minyak secukupnya, bila sudah panas anda boleh terus menyagat nyaku terus kedalam kuali atau anda sagat nyaku dibekas lain kemudian masukkan kedalam kuali tapi kena jaga-jaga sebab nyaku ini mudah pecah-pecah.

    3. Biarkan ia sehingga keperangan, cepat-cepat angkat bila ia telah bertukar perang sbb ketika ini kalau anda lambat ia akan cepat hangus.

    4. Angkat dan toskan. Taburkan sedikit garam atau perasa lain, ikut kesukaan anda tapi kalau tak masukkan garam pun tak apa sbb ia sudah lemak.

    Saya lebih suka makan kosong sahaja tanpa ditambah bahan perasa atau garam. Rasa lemak-lemak manis memang sedap...tak sedar boleh habis sebekas. Sekilo nyaku hanya boleh dapat 1/2 bekas plastik seperti gambar diatas sahaja. Jadi kalau keluarga ramai sekilo nyaku tak cukup so kenalah beli nyaku banyak sikit.

    Sunday, January 3, 2010

    Caramel popcorn

    resepi ini diambil dari http://www.taste.com/

    Bahan-bahannya
    1/4 cawan minyak sayuran/minyak masak
    1/2 cawan biji jagung (saya guna jenama kat sebelah nie)
    Bahan caramel
    125gm butter - dipotong kecil
    3/4 cawan gula pasir
    2 sudu makan honey
    1 cawan pecan (roughly chopped)
    sedikit garam
    (setelah mencuba resepi nie, lebih baik kurangkan butter kepada 1/2 jika anda tidak mahu berat badan naik)


    Cara-caranya

    1. Panaskan minyak dalam kuali besar yang mempunyai penutup. Guna api yang sederhana. Untuk memastikan minyak benar-benar panas, masukkan beberapa biji jagung dahulu. Jika biji jagung perlahan-lahan 'turn around in a circle' maka minyak sudah benar-benar panas. Barulah masukkan semua biji jagung dan tutup tudung kuali.

    2. Biji jagung akan perlahan-lahan 'popping', anda akan dengar bunyi biji jagung berbunyi 'pop'.
    3. Jangan buka penutup kuali. Biarkan sehingga tiada lagi bunyi 'pop' kedengaran. Bila sudah tiada bunyi kedengaran....maka barulah tutup api dan angkat bertih jagung anda dan masukkan kedalam mangkuk besar.
    4. Cara membuat caramel. Campurkan butter dan gula. Kacau selalu selama 5-6 minit supaya gula hancur dan apabila telah mendidih, biarkan selama 5-8 minit. Jangan tutup tudung periuk....biarkan sehingga ia bertukar warna menjadi 'golden brown'. masukkan madu dan tutup api.



    5. Tuang rata caramel keatas bertih jagung tadi. kacau perlahan-lahan sehingga semua bertih disaluti dengan caramel. jangan risau jika caramel tidak rata sbb anda akan masukkan pop corn ini dalam oven.

    6. Panaskan oven terlebih dahulu (langkah paling awal sebenarnya). Alas dulang penbakar dengan kertas minyak. tuang pop corn atas dulang dan bakar selama 15 minit. Selepas 15 minit keluarkan dari oven dan kacau perlahan sehingga semua diliputi dengan caramel. Masukkan semua 15 minit dan kemudian keluarkan dan sejukkan.



    6. Biarkan sejuk sebentar dan bertih jagung anda sedia untuk dimakan.

    7. Resepi nie sedap sebab ada madu wp saya tak bubuh kacang pecan sbb tak ade. kalau anda hendak tambah kekacang....masukkan kekacang dalam pop corn sebelum dituang caramel.

    8. bau butter agak kuat so after this kena kurangkan butter sedikit tapi jika anda jenis yang minat butter....ikut resepi asal. Karamel ini agak manis so after this kena kurangkan gula sedikit....resepi mat salleh memang manis so anda boleh gantikan dengan gula perang.
    9. saya malas nak bukak oven so saya tak masukkan pop corn dalam oven. Still sedap tapi dari komen-komen pembaca dalam taste.com lebih sedap jika dimasukkan dalam oven sebentar. lepas ini saya akan ikut langkah ini.

    Ada beberapa resepi lain yang hendak dicuba sbb biji jagung masih banyak dalam plastik. Tapi kenalah habiskan yang ini dulu.....sedap makan sambil menonton "Full House" kat chanel astro 303.