Showing posts with label Hidangan Pencuci Mulut. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Pencuci Mulut. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Aiskrim Coklat

Aiskrim coklat nie saya buat masa dalam tempoh mc minggu lepas.....bila duduk saja tanpa buat apa-apa kat rumah....otak asyik ingat nak makan saja. Nak pergi ke kedai masih tak berani bawak kereta so selongkarlah kabinet cari apa-apa yang boleh dijadikan bahan kudapan. Terjumpa 1/2 pek coffemate (rasanya dah hampir setahun tersimpan)....terus teringat pada resepi aiskrim simple yang disumbangkan oleh Afizaz93 kat MyResepi.




Sebenarnya ini percubaan pertama saya buat aiskrim.....hasilnya memang tidak menghampakan. Sedaaaaap sangat macam aiskrim yang dibeli dikedai. Yang pasti saya makan non stop....kejap2 bukak peti (mengalahkan budak kecik). Resepi nie simple sahaja tapi hasilnya tidak mengecewakan. Jika nak buat aiskrim lagi saya akan tetap mengunakan resepi nie tapi saya akan tambah sedikit halal gelatin supaya ia lebih gebu dan tidak terlalu mudah cair.






Aiskrim Coklat


Resepi sumbangan Afizaz93 (boleh rujuk disini untuk resepi asal)

Photo & Publish by resepidaria.com




Bahan-bahannya:-




2 cawan susu perisa coklat (atau perisa lain yang anda suka)

2 cawan coffemate




Cara-caranya:-



1. Campurkan susu dan coffemate kedalam bekas mixer.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga campuran susu kelihatan gebu

3. Masukkan kedalam bekas bertutup dan masukkan kedalam tempat beku selama 3-4 jam.

4. Apabila ia hampir separuh beku, keluarkan aiskrim tersebut dan kemudian masukkan semula kedalam bekas mixer dan putar lagi sehingga ia gebu (dalam 10-15 minit rasanya).

5. Bila sudah nampak gebu.....masukkan semula kedalam bekas bertutup tadi dan masukkan kedalam tempat beku.

6. Biarkan semalaman sebelum boleh dimakan.

Nota:-

- Untuk lebih rasa coklat, anda boleh cairkan sedikit coklat masakan dan campurkan kedalam susu coklat.

- Tak perlu masukkan gula kerana susu dan coffemate sudah manis.

- Untuk perisa lain, anda boleh guna susu perisa strawberry. Jika hendak buat aiskrim perisa durian, guna susu putih dan kemudian blenderkan isi durian bersama susu.

- Anda boleh masukkan 1 sudu teh gelatin sayuran halal yang telah direndam dengan sedikit air dalam bancuhan susu supaya aiskrim tidak mudah cair apabila dihidangkan dan ia lebih gebu

Wednesday, April 27, 2011

Bubur Kacang Hijau durian

Hari nie apply cuti. Banyak urusan nak kena settle hari nie. Pagi nie berada kat Toyota Service Centre Subang Jaya. Kereta saya hanya digunakan untuk pergi dan balik kerja. kalau ada tugasan luar, kami guna kereta ofis.....jarang bawak kereta sendiri. Sebab tu mileage kereta saya rendah.....sekarang baru 35,0000 mile walaupun dah lebih 3 tahun. Dari service pertama, saya suka pergi kat subang jaya nie. kat sini serba lengkap, ada louge untuk menunggu, free wifi, TV untuk menonton dan yang penting secawan white coffee free dihidangkan kepada kita. Service kali nie agak mahal sikit sebab nak kena tukar batery, air cond dan macam-macam lagi. Anggaran dalam 800-900 akan melayang hari nie. Baru je dapat bonus sebulan, kereta dah tuntut bahagiannya. lepas nie nak kena pergi ke Puchong pulak sebab mak minta sponsor lampu dan kipas untuk rumah baru kat kampung. Nampaknya sebulan bonus tu bakal habis sekejap sahaja.




Oh ye....hari Sabtu nanti, adik lelaki saya akan melangsungkan perkahwinannya. kenduri di pihak perempuan akan dilakukan pada sabtu dan kenduri adik lelaki saya akan dilangsungkan bersama dengan adik perempuan saya pada awal bulan Jun nie. Sebab tulah mak besarkan rumah sebab kena sediakan 2 bilik pengantin. Cucu dia dah ramai sangat.....bila semua berkumpul....memang tak cukup ruang sampai kena bentang toto kat ruang tamu dan dapur.


Sementara tunggu kereta siap, saya masukkan entry masakan yang biasa nie. Bubur kacang hijau bersama durian, saya buat semalam. Bubur kacang hijau hanya menjadi kegemaran saya sorang saja......kalau balik kat kampung tak payahlah nak mengada-gada buat bubur nie nanti saya sorang yang kena habiskan. Bubur kacang hijau tak dapat sambutan. Jangan kata adik-adik saya, adik-adik ipar pun tak minat siap dengan anak-anak saudarapun tak minat....entah apa spesis yang tak makan bubur kacang hijau nie. Agaknya semua dah jemu bebenor dengan bubur nie....masa kecik-kecik dulu, kat tadika tiap-tiap hari dihidangkan dengan bubur kacang, bila besar sikit duduk asrama....asyik bubur kacang. Sebab tu mereka semua dah fobia dengan bubur kacang agaknya.







Tak payah resepilah ye....sempoi sangat nie. Rebus kacang hijau (bubuh sudu besi kat dalam periuk supaya kacang cepat empuk) sampai empuk pastu masukkan gula merah, pandan, santan, durian. Biarkan ia sebati dan betul-betul masak. Pastu masukkan lah sedikit garam dan tambah gula jika masih kurang manis.

Friday, February 11, 2011

Pengat Pisang Nangka


Pengat nie saya buat hari rabu lepas. Bawak ke ofis untuk dimakan bersama kawan-kawan supaya makanan yang berkalori agak tinggi nie dikongsi bersama mereka. Jika tidak tuan blog nie boleh habis satu periuk terutama kalau yang dah disimpan dalam peti.....sejuk je uihhhh laju je makan. Inilah dessert yang paling saya suka.....kalau bulan puasa mesti kena ada pengat nie sebagai jaudah berbuka. Pisang nangka dibekalkan oleh mak. Dia bagi sesikat tapi saya cuma ambil 1/2 sikat saja....itupun ada kat 5 biji pisang nangka. Resepi pengat nie mudah je.....semua orang boleh buat.


Pengat Pisang Nangka
Bahan-bahannya:-
  • 5 biji pisang nangka-dipotong menyerong (atau ikut suka anda)
  • 1 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
  • 4 cawan air
  • 2 ketul gula melaka
  • 1/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan biji sagu
  • 2 helai daun pandan-diikat
  • 1/2 st garam
  • gula secukupnya (optional jika anda hendak lagi manis)

Cara-caranya:-

  1. Masak gula melaka dan gula merah sehingga hancur dengan 2 cawan air. Tapis
  2. Masukkan santan, air, air gula melaka, garam dan daun pandan tadi dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan sagu biji dan pisang. Masak sehingga sagu kembang.
  4. Gula boleh dimasukkan jika anda hendakkan lebih manis.
  5. Angkat dan hidangkan.

Nota:-

  1. Saya tidak masukkan gula putih dalam pengat nie sebab manis gula melaka dan gula merah serta pisang sudah mencukupi.

Sunday, January 16, 2011

Ice Cream Oreo with pecan

Ice Cream Oreo with pecan, hidangan ais krim pertama yang saya makan dalam tempoh 3 bulan tempoh berdiet ini. Ini entry tertunggak, buat hari jumaat lepas. Minggu ini adalah 'bad week' bagi saya. Emosi saya terganggu, sakit hati, marah, benci yang amat sangat dan kecewa. Saya tak mampu kawal tekanan......saya asyik terbayangkan ice cream dan chocolate. Saya perlu makan ice cream dan coklat bagi mengurangkan perasaan marah dan sakit hati saya. Ini adalah habit buruk yang saya amalkan dari dahulu apabila saya berada dalam tekanan. Saya cuba tahan tapi tak mampu......akhirnya saya makan sekeping wafer coklat dgn peanut butter dan balik rumah saya singah minimarket beli 1 tup ice cream vanilla.



This week saya tak turun berat badan tapi naik sedikit 0.1kg. Saya dah jangka. Oklah inilah resepi Ice Cream Oreo with pecan. Saya beli 1 tup ice cream vanilla tapi saya tak habiskannya......kat minimarket tu tak ada yg kecil so kenalah beli yg besar.






Ice cream oreo with pecan
Sumber: internet (dah lama saya simpan, saya dah tak ingat ambil dimana)


Bahan-bahannya:-

  • 1 tub ais krim vanilla

  • 1 cawan biskut Oreo yang dihancurkan

  • 1 cawan kacang pecan-dibakar (anda boleh gantikan degan kacang lain)

  • 2 sudu makan susu pekat manis

  • 2 sudu makan gula

  • 1 sudu makan butter (sy guna 1/2 sm butter)

Cara-caranya:-

  1. Gula dimasukkan kedalam kuali dan masak diatas api yang sederhana sehingga nampak perang (jangan sanpai hangit), kemudian masukkan butter dan susu pekat. Kacau rata.
  2. Masukkan kacang pecan atau campuran kacang yang anda suka (kacang hendaklah dibakar selama beberapa minit terlebih dahulu). Kacau rata sehingga semua gula karamel meliputi kacang. Sejukkan.
  3. Keluarkan 1 tup aiskrim vanilla dan masukkan kedalam bekas.
  4. Gaul oreo yang telah dihancurkan dan kacang pekan bersama ais krim.
  5. Masukkan semula kedalam bekas ais krim dan bekukan semula.
  6. Hidangkan.

Nota:-

  • Saya tak bekukan pun, lepas gaul je saya terus masukkan kedalam gelas dan makan. Saya tak gaul semua, saya buat untuk 3 scoop ais krim sahaja.
  • Hidangan yang akan digemari oleh anak anda so cubalah.

Wednesday, November 24, 2010

Lychee Pudding






Rehat hari jumaat nie saya tak keluar kemana-mana. Dok je kat ofis, masa nie bolehlah update sikit blog. Nie resepi puding laici yang saya buat kat atas nie.
Lychee Pudding
Sumber: Buku The Magic of Agar-agar
Foto and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
Bahan A (asas)
  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1200 ml air
  • 350gm gula (asal 400gm, sy kurangkan sbb nak pakai air dlm tin laici)
  • beberapa helai daun pandan.

Cara-caranya

  1. Didihkan semua bahan diatas sehingga larut.
  2. Ambil keluar daun pandan dan masukkan campuran agar-agar ini kedalam 'double boiler' supaya ia sentiasa panas.

Bahan B

  • 1700gm boiled agar-agar (bahan A)
  • 165gm susu cair
  • 165gm air laici (air dalam tin laici tu)
  • 1 tin laici
  • pewarna merah (saya guna pink)

Cara-caranya:-

  1. Potong laici seperti kelopak bunga dan susun diatas mould
  2. Ambil 600gm boiled agar-agar dan tambah 12 sudu besar air panas dan sedikit pewarna merah. perlahan-lahan tuangkan keatas mould dan pastikan susunan laici tadi berada dalam keadaan yang elok. ketepikan dan biarkan ia keras.
  3. Apabila agar-agar merah ini sudah keras kita buat pula layer seterusnya.
  4. Blend laici yang lebih dengan 165ml air laici sehingga hancur
  5. Ambil 1000ml (1100ml jika tak mahu buat bunga hiasan) boiled agar-agar dan masukkan susu cair serta laici yang diblender tadi.
  6. Tuangkan diatas agar-agar merah dan biarkan sejuk.

Note:-

Untuk buat bunga agar-agar seperti diatas tu, ada mould dijual di Bake With Yen dengan harga RM6.50 satu pek (utk sejenis bunga termasuk daun-daun). Ambil 100ml baki boiled agar-agar, masukkan sedikit perwarna dan tuangkan kedalam mould2 tersebut.

Ana boleh dapatkan buku the magic of agar-agar jika mahu tengok step by step process nak buat hiasan bunga.

Sunday, November 7, 2010

Fruit cocktail pudding





Saya jatuh hati kat puding nie bila makan kat rumah Ani pada jumaat lepas. Tanpa segan silu saya mintak resepi kat Ani wp saya baru berjumpa kali pertama dengan Ani sebab puding nie sedap sangat. Hari nie saya mencuba sendiri kerana kebetulan 1 tin susu cair dan sebungkus serbuk agar2 ada kat kabinet cuma perlu beli fruit cocktail saja. Saya buat untuk minum petang, saya hanya makan 2 ketul sahaja dan bakinya akan dibawa ke pejabat esok.


ok, jom kita kongsi bersama resepi puding dari ani ini. puding nie sedap u....memang tak rugilah untuk anda mencuba.




Fruit Cocktail Pudding
recipe by my friend Noraini
Publish by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 tin susu sejat penuh krim (sy guna Ideal)

  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air (boleh kurangkan kpd 3 1/2 cawan)

  • 1 tin fruit cocktail/buah-buahan campur

Cara-caranya:-

  1. Campurkan serbuk agar-agar bersama gula. Tambah 4 cawan air kedalam campuran serbuk agar-agar tadi dan kacau sehingga rata

  2. Masak sehingga mendidih.

  3. Masukkan susu sejat dan kacau rata. tutup api
  4. Tapis buah-buahan cocktail, buang airnya. potong kecil jika anda rasa perlu.

  5. Masukkan buah-buahan cocktail kedalam agar-agar dan dan kacau rata.

  6. Tuangkan kedalam acuan yang anda gemari dan ketepikan sebentar.

  7. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia keras

  8. Keluarkan dan hidangkan.



Nota:
  1. Saya guna serbuk agar-agar yang 'clear' tapi jika anda ingin dapatkan warna pink yang menarik cuba guna serbuk agar-agar 'red'. Bila red bercampur dengan susu cair ia akan berubah menjadi warna pink krim.
  2. Anda boleh kurangkan sukatan air kepada 3 cawan atau 3 1/2 cawan jika tidak suka pudding yang terlalu lembut.
  3. Sukatan gula perlu ditambah sedikit jika anda suka manis. Sy kurangkan sukatan gula sebab susu cair dah lemak dan fruit cocktail juga sudah manis.

Sunday, August 15, 2010

Agar-agar laici



Ini pula hidangan manisan yang dibuat. Kalau bulan puasa je mesti nak kena ada hidangan utama, manisan dan minuman. Sebab tulah agaknya trafik blog masakan akan naik bila tiba first puasa. Semua ibu-ibu mencari idea untuk hidangan berbuka kepada keluarga terutama kalau anak-anak yang masih kecil berpuasa mesti ibu nak reward dengan hidangan kesukaan anak. Masa adik kedua saya dan suaminya ke Mekah tahun lepas saya ambil cuti untuk jaga anak saudara dibulan puasa. Memang perkara pertama di fikiran, nak masak apa ye hari nie...along suka makan apa, angah suka makan apa...kalau boleh semua kesukaan mereka saya nak buat.


Hari nie saya buat agar-agar kesukaan saya. First time makan agar-agar nie masa ofis buat jamuan 6 tahun lepas. Saya suka sungguh dengan agar2 laici yang ditempah tu....tak makan hidangan lain asyik ambil agar2 tu je. lepas pada tu saya try and error .......akhirnya saya dapat resepi yang tepat. Agar-agar nie memang best tapi semalam sbb lewat balik rumah...so lewat sikit buat agar2 nie....tak sempat makan untuk berbuka. Ia hanya sempat dimakan selepas terawih. So masa tu sedap je makan sejuk-sejuk. Jom tengok resepi agar-agar nie.


Agar-agar laici
photo & recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar (saya guna agar-agar bertali cap tiga ros)
1500ml air
1 1/2 cawan gula
1 tin susu cair (saya guna susu Ideal)
1 tin laici
secubit garam

Cara-caranya;
  1. Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air
  2. Masak sehingga agar-agar larut.
  3. Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
  4. Masukkan kembali kedalam periuk dan masak semula.
  5. Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.
  6. Masukkan susu cair, garam dan laici yang telah diblender tadi. Kacau rata
  7. Tuangkan kedalam tray atau acuan yang anda gemari
  8. Biar sehingga ia keras baru dipotong.

Friday, July 16, 2010

Puding Roti Coklat Panas

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Puding roti coklat nie saya baru buat saja tadi, selepas balik kerja dan tidak pergi gym hari nie sbb hantar kawan ke stesyen LRT. Sedap makan panas-panas. Jika anda ada anak yang suka makan coklat, puding nie memang betul2 bercoklat. Bagi pendapat peribadi saya, saya kurang mengemari puding nie sbb rasa muak....mungkin sbb saya tak suka terlalu banyak coklat atau sbb bila makan tu teringat akan kalori/lemak yang masuk dalam badan sbb tu bila masuk sesudu dalam mulut....rasa bersalah tu melebihi rasa sedap puding. Wbp anda boleh cuba.....saya tak suka mungkin anda suka kan. Selera kita berbeza.

Puding Roti Coklat Panas (Roti coklat puding panas)
Recipe by Majalah sedap bil 26
photo by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya (anggaran :6 orang makan)

600ml susu cair coklat (saya guna susu coklat)
200gm coklat masak hitam (coklat masakan)
150gm roti tawar, dikisar halus
50gm gula pasir halus
1/2 sudu teh garam (saya masukkan 1/4 st sahaja)

Bahan Topping:
1 sudu makan aising untuk taburan

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan susu. Matikan api. Masukkan potongan coklat dan kacau sehingga larut
  2. Campurkan bahan kisar roti tawar, gula pasir dan garam. Kacau rata
  3. Masukkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
  4. Tuang dimangkuk tahan panas kecil yang telah disapu marjerin
  5. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 c sehingga masak
  6. Hidangkan panas dengan taburan gula aising
Pesanan.

  • Supaya roti tawar lebih mudah dikisar, biarkan roti tawar terdedah udara luar beberapa minit supaya ia mudah dikisar. Roti tawar yang segar akan bergumpal jika tidak dibiarkan terdedah pada udara.
Saya masukkan puding dalam bekas tin macam nie so ia tidak cantik sangat. Saya tak ada bekas tahan panas yang cantik so pakailah bekas nie kemudian saya ceduk masuk dalam gelas berkaki nie untuk ambil gambar sahaja.

Saturday, June 26, 2010

Serawa durian

Justify FullSaya parking kat Tesco semalam so lepas habis kelas Body Step kat gym, saya masuk tesco untuk beli something supaya parking free. Dah lama teringin nak makan durian so saya pergilah kat bahagian durian. Tengok cantik je ulas durian tu....bila salesman tengok saya dok belek2 durian dia pun terus promote baik punye...... isi dia best, manis memang tak rugilah you beli. ini durian mahal punya...dari penang. Saya pun apa lagi tergodalah dengan pujukan si salesman tu...belilah 2 paket...tu dia tamak you sampai 2 paket sbb offer kalau beli 2 dapat RM25 je. Balik rumah teruslah bukak paket...ambil seulas 'ceh tawar....tak rasa manis langsung'. saya makan seulas pastu simpan dalam petilah yg lainnya. hilang selera nak makan durian.
Bangun pagi tadi, terus demam. Masa kecil dulu sy memang 'hantu' durian dan boleh makan sebiji sekali hadap tapi sekarang makan seulas pun saya dah demam wp teringin sesangat nak makan. Pergi klinik kat Shah Alam pastu singah kat SACC. Singgah MPH, belek2 buku tertarik dengan buku Selera Ramadhan oleh Rubiah Suparman. Sudah beberapa kali saya makan di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman....memang sedap masakan disana terutama serawa durian. Petang nie saya buatlah serawa durian, resepi dari buku tersebut. Durian 2 paket tu saya kena habiskan sbb isnin nanti sya akan outstation so ia perlu dihabiskan supaya peti ais saya tidak berbau.
Serawa durian
photo by resepidaria.blogspot.com
recipe by Selera Ramadhan, Rubiah Suparman

Bahan-bahan

10 ulas isi durian
1 buku gula melaka
1 biji kelapa (diperah dijadikan 5 cawan santan)
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 kilo beras pulut

Cara-caranya
  1. Masukkan santan, gula, durian dan garam dalam periuk. Masak sehingga mendidih dengan mengunakan api yang sederhana perlahan.
  2. Kacau supaya tidak berketul-ketul dan sehingga mesra dan isi durian tanggal dari biji durian.
  3. Pulut pula dibersihkan dan direndam sebaik-baiknya semalaman. Kukus ataupun tanak. Saya tanak saja pulut.
  4. Enak dimakan bersama serawa durian.
Saya buat 1/4 daripada bahan2 diatas. Oleh kerana saya masih demam, serawa durian nie terasa tawar saja.

Sunday, June 13, 2010

Puding Cendol Nangka

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================
Untuk menghabiskan stok cendol dan nangka yg dalam peti ais, maka terhasillah puding cendol bersama nangka. Ok jugaklah rasanya tapi yg menarik adalah paduan warna hijau dan oren. Resepi untuk puding nie saya ambil dari tuntung@myresepi tapi sy cuma tambah nangka sahaja. Saya buat separuh dari resepi asal dan dimasukkan dalam mangkuk kecil nie.



Puding Cendol nangka
Sumber: resepi oleh tuntung@myresepi

Lapisan atas

250ml air
90gm gula pasir
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
125gm cendol
125gm nangka (dipotong kiub kecil)
sedikit garam
1/2 tsp tepung jagung (sy tambah)

Lapisan bawah

250ml air
100gm gula merah
150ml santan pekat (santan kotak)
5 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-caranya:-

Lapisan Bawah
  1. Basahkan acuan yg hendak digunakan dan masukkan kedalam peti ais sementara bancuhan bahan dibuat.
  2. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dan masak sebentar. Kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan nangka. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Asingkan nangka dari air gula dan ketepikan.
  4. Santan dicampurkan dengan tepung jagung dan kacau sebati. Masukkan garam sedikit didalam santan tersebut.
  5. Apabila air gula sudah mendidih, masukkan santan dan kacau sehingga mendidih sebentar. tutup api.
  6. Keluarkan acuan dari peti ais. sudukan sedikit nangka dan sedikit cendol,masukkan kedalam setiap mangkuk. bahagikan sama rata.
  7. Masukkan lapisan bawah dalam setiap acuan. Kacau sedikit dengan sudu supaya cendol dan nangka rata bersama agar-agar.
  8. Biarkan sehingga keras. Apabila keras, gores-goreskan sedikit mengunakan belakang sudu.
Lapisan atas
  1. Masukkan air dan gula melaka kedalam periuk dan masak sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
  2. Masukkan semula kedalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan telur kedalam santan dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam sedikit.
  4. Masukkan santan setelah agar-agar mendidih. Kacau sentiasa dan biarkan sehingga agak2 hendak mendidih. tutup api dan angkat.
  5. Tuangkan keatas lapisan bawah dengan perlahan-lahan. sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya ia jatuh dengan perlahan.
Saya buat separuh dari resepi asal so jika anda hendak buat banyak sila doublekan resepi diatas.Sukatan yang saya buat ini boleh memuatkan 7-8 bekas kecil.

Nota:

lepas nie lebihkan sedikit air sebanyak 50ml bagi lapisan bawah dan atas.


Tuesday, June 8, 2010

Ais cendol nangka

Cendol dah buat so jom kita makan ais cendol pulak. Selalunya kita makan ais cendol dengan kacang merah @ pulut. Kali nie jom makan ais cendol dengan nangka. resepi nie saya dapat kat majalah sedap. Oleh kerana tiada gelas cantik untuk dihidangkan....saya guna mangkuk saja. Tak begitu menarik sangat presentationnya tapi rasanya boleh tahan....harum nangka menyedapkan lagi cendol tersebut.


AIS CENDOL NANGKA

Sumber: majalah sedap bil 23
Anggaran: 12 orang makan

Bahan-bahannya:-

600gm cendol, toskan
650gm ais kisar (sy guna ais ketul je)

Bahan sirap gula:-
500gm gula merah/gula melaka - kikis
6 ulas nangka, potong dadu
3 helai daun pandan, ikat
200ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan kuah santan:-
2500ml santan daripada 2 1/2 biji kelapa
5 helai daun pandan
1 1/4 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya:-
  1. Sirap gula. Rebus gula merah, nangka, daun pandan, air dan garam sehingga larut dan pekat. Kacau rata dan sejukkan.
  2. Kuah Santan. Rebus santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih. sejukkan
  3. Hidangkan cendol bersama sirap gula, kuah santan dan ais kisar.
  4. Masukkan sirap gula dan ais ketika mahu dihidangkan supaya rasa manisnya tidak akan hilang.
Cendol yang yang saya buat kekurangan gula melaka, tinggal seketul sahaja kat umah nie so ia tidak begitu merah sangat.Saya bahagikan bahan diatas kepada 4 sbb hidangan diatas untuk 12 orang. Masukkan


Monday, June 7, 2010

Homemade cendol






Ini entry tertunda yang saya buat pada petang ahad. Dalam usaha menghabiskan daun pandan yang dibawa balik dari t'ganu, saya buat cendol. Lamanya tak makan cendol buatan sendiri. Rindu pulak pada cendol yang mak buat. Ok inilah resepi homemade cendol yang saya buat. Sukatan bahan2 nie hanya untuk 2-3 orang makan sahaja, jika keluarga anda ramai doublekan bahan2nya.


CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air
Ini bekas penapis berlubang yang saya guna. Jika ada bekas penapis macam nie, sangat senang nak buat cendol banyak2, letak sahaja bekas penapis nie atas bekas berisi air (seperti baldi bersih yang sama muat dengan bekas nie supaya bekas nie berada kemas diatas baldi). Ambil botol kosong yg bersih, tekan bancuhan sehingga ia keluar mengikut lubang2 bekas ini. Jgn sampai bancuhan terkena air nanti ia akan cepat jadi keras dan berketul. Saya beli bekas nie kat Ikea....alah yg seperti dalam iklan Ikea kat TV utk bulan nie. bekas nie dijadikan topi oleh budak lelaki tu.

Masa mak saya berniaga cendol dahulu, dia guna periuk yang ditebuk lubang sebesar sebilah paku dan lubang2 itu ditebuk tersusun rapi. Dibahagian tepi periuk dia akan tebuk 2 lubang dikanan dan kiri kemudian dia akan ikat dengan 2 bilah kayu mengunakan dawai.
Mak saya pakai sampailah periuk tu rosak lepas tu dia jumpa bekas penapis berwarna hijau, lubang2 penapis tu bulat2 sebesar paku so dia gunalah sampai sekarang. Saya cari tak jumpa pulak bekas penapis berwarna hijau macam tu. Yg saya jumpa bekas penapis kat Ikea nie tapi lubang bekas nie besar sikit so cendol saya jadi gemuk2 macam kat atas tu.

Tuesday, March 16, 2010

Tapai Pulut


Dah lama teringin nak makan tapai pulut. Masa saya kecil dulu mak saya membuat tapai pulut untuk berniaga dan saya selalunya akan membantu dia membungkus tapai. Bila mak saya dah tak berniaga lagi kami dah jarang dapat makan pelbagai jenis kuih muih dan tapai.


Sekarang kalau teringin nak makan apa-apa kenalah buat sendiri. Saya akan call mak saya dan tanya resepi. Biasalah tu masa mak buat dulu bukan nak tengok sangat......sekarang barulah nak tanya. Adik2 sayapun macam tu sampai mak saya buat joke....kalau dia dah tak ada kami akan hilang buku resepi.


Mujur di pasar malam SS8 Kelana Jaya ada satu gerai sayur2an kampung ada menjual ragi. saya beli 2 ketul ragi nie dengan harga RM0.60 seketul. Kebetulan hujung minggu lepas saya balik kekampung jadi saya ambillah 2 pelepah daun pisang tapi malangnya saya terlupa nak bawak balik ke KL. Frust betul....hilang impian nak makan tapai daun pisang. Pergi BWY, cari bekas kecil tapi hanya ada yang besar sahaja. Ambil jugaklah sebab malas nak gi cari kat BWY Puchong. Bila time nak buat tapai, saya pulak 'period' so tergendala lagi....akhirnya sabtu lepas barulah boleh buat.


Mak saya ada beberapa pantang bila buat tapai. Pertama, dia tak akan bungkus tapai jika dia "period" so sayalah yang akan bungkus semua 5 kg pulut. beliau tidak mahu tapainya menjadi bertompok merah dan nampak berlendir. Kedua, kalau masa proses menabur ragi dan membungkus dia akan tutup semua tingkap dan pintu rumah sebab risau jiran sebelah rumah(yang sorang tu je) akan datang bertandang. Orang yang mengamalkan ilmu hitam akan menyebabkan tapai menjadi tawar dan berhampas. mak saya pernah membuang 2 kg tapai pulut hanya kerana ketika dia membungkus, jiran saya(dia adalah bomoh) datang bertandang dan mak saya tak sempat sorok. Rumah kampung lain sikit, jiran (yang perempuan le) kalau datang akan terus ke masuk ke dapur.

ok inilah resepi yang diberikan oleh mak saya.

Tapai Pulut


Bahan-bahannya:-


500gm beras pulut
450ml air

1/4 ragi-dihancurkan menjadi serbuk.


Cara-caranya:-

Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan dalam periuk nasi dan masukkan air dan tanak sehingga masak.

Apabila pulut telah masak, keluarkan dan letakkan diatas dulang. sejukkan. Biar betul-betul sejuk jika tak nanti tapai anda akan jadi merah.

Apabila pulut telah sejuk, ambil separuh dari ragi tersebut dan tabur rata. Setelah itu balikkan pulut tersebut dan kemudian tabur baki ragi.


Bungkus pulut dengan daun pisang atau masukkan dalam bekas.


Perapkan selama 24jam @ sehingga tapai anda berair dan manis .



Apabila sudah manis barulah anda boleh masukkan tapai dalam peti sejuk.





Friday, January 1, 2010

Triffle Buah-Buahan

Bahan-bahannya

1 tin fruit cocktail jenama SPC atau jenama lain yang anda suka
1 tin peach slices jenama SPC atau jenama lain
Buah starwberi segar secukupnya
Kacang macadamia
Whipping cream (saya tak letak sbb whipping cream tak menjadi)
sebungkus konyaku jelly
sebiji kek span

Untuk membuat jem

25 biji strawberi
4 cawan air
Gula secukupnya (ikut manis yang anda suka)
2 sudu makan pes strawberi(ada dijual di kedai barangan kek)
2 sudu makan tepung jagung

Masak strawberi bersama gula dan air. Bila semua sudah sebati, masukkan tepung jagung untuk melikatkannya dan pes strawberi untuk lebih wangi.

Konyaku jelly

Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan. Lebihkan sedikit air dari yang ditulis (dalam 100-150ml) supaya konyaku jelly tidak terlalu kental.

Kuah Kastard

1 tin susu cair jenama ideal
1 cawan air
5 sudu makan gula pasir (kurangkan jika anda tidak suka manis )
5 sudu makan tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
Garam

Didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

CARA-CARANYA



Lapis Pertama
potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca pyrex anda. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya.
Lapis ke dua
Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.





Lapisan ke tiga

Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin).










Lapisan ke empat

Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.


Lapisan ke lima

Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari.








ini adalah Maehyang Strawberry dari Korea. Stawberi nie manis-manis masam....sangat sedap.


Resepi ini diambil dari blog model 80an...terima kasih kepada beliau kerana berkongsi resepi. Sukatan resepi diatas menghasilkan 2 bekas kaca pyrex. Jika hanya untuk makan seorang kurangkan sukatan separuh.....pastikan tiada yang hanya menceduk buah-buhan sahaja. Oleh kerana saya dah buah 2 bekas maka saya bawak 1 bekas ke ofis untuk dijamu kepada kawan-kawan. triffle yang dibuat agak manis sbb saya telah mengunakan jem strawberi dalam tin dan tidak buat sendiri sbb kekurangan buah strawberi. hasilnya triffle terlalu manis so anda jangan guna jem dalam tin.

Bawak sebekas untuk kawan-kawan kat ofis makan. Masa tengah makan, ada mamat nie telah menceduk kesemua buah-buahan diatas triffe.....akibatnya my triffle looks so ugly dan comot. Sebenarnya diwaktu itu memang nak marah atas sikap kebudak-budakannya sbb hampir 1/2 baki triffle tersebut tidak ada sesiapa nak makan lagi sbb nampak lunyai dan akibatnya triffle tersebut saya bakulsampahkannya. Kos buat traffle agak mahal hampir RM40 lebih.