Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Siakap kukus


Petang semalam hidangan untuk berbuka saya adalah ikan siakap kukus. Saya kerat dua ikan siakap nie sebab malas nak keluarkan pinggan besar...masukkan dalam pinggan kecil sahaja dan kukus dalam periuk pengukus yang kecil. Lepas siap...jam menunjukkan lagi 5 minit untuk berbuka...masukkan sekerat ikan dalam pinggan dan letakkan atas meja. Sementara tunggu azan berkumandang...sempat jugak ambik kamera snap gambar. Saya masih guna resepi yang pernah saya post dahulu. Anda boleh lihat disini. Saya suka resepi ikan siakap kukus yang nie...memang kena dengan selera.

Untuk sayur pula saya goreng kucai dengan telur. Ini masakan yang saya paling suka....berapa kali buatpun saya tak kisah.

Monday, July 30, 2012

Ikan masak air


Ikan masak air??????.....sebenarnya saya tak ingat nama masakan nie. Masa saya kecil-kecil dulu....masa sekolah rendah, saya sudah start kena masuk dapur memasak so inilah satu-satunya lauk yang saya tahu buat. Bila beli ikan....saya terus cari bahan untuk masak lauk nie sampaikan adik-adik saya fed up nak makan. Emak dan arwah ayah akan balik kerja dalam jam 3 petang so sayalah yang kena masak selepas balik sekolah.

Puas saya fikir nama masakan nie.....dia bukan singgang sebab simple giler tapi kalau saya letak sebagai ikan masak air pun tak kisahlah kan. Nanti kalau dah teringat nama masakan nie saya adjust balik.

Ikan Masak Air

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan kembong
  • 2 biji bawang merah kecil atau 1/2 bawang besar-dihiris
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • sedikit kunyit hidup-dititik atau sedikit serbuk kunyit
  • 1 1/2 atau 2 cawan air
  • garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan air, kunyit, serai, asam keping dan bawang dalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
  2. Apabila air sudah mendidih, masukkan ikan
  3. Masukkan garam dan biarkan seketika sehingga ikan masak
  4. Angkat

Simple kan......sajian sihat yang paling mudah nak masak. Tak perlu ambil masa yang lama prepare bahan-bahan....kalau kat rumah di kampung saya akan gantikan asam keping tu dengan belimbing buluh.

Monday, August 8, 2011

Ikan Kukus

Hidangan berbuka untuk hari ke 7, selepas berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan 2 gelas air suam dan kemudian masuk sembahyang dan rehat sebentar. Dalam jam 8 barulah saya nikmati ikan kukus nie. Ikan kukus nie sebenarnya sebelah sahaja....bahagian bawahnya saya hiris dan simpan untuk masak yang lain pulak. Malam semalam saya hanya meratah isi ikan sahaja. Alhamdulillah....sudah 7 hari kita berpuasa dan beribadat....dikesempatan puasa nie jugak saya berazam untuk mengecilkan ukurlilit perut kan maka semalam saya dah berjaya turunkan 0.9kg...oklah tu sebab hanya kawal makan sahaja tanpa senaman.

Blog nie saya hanya menceritakan tentang masakan yang telah saya cuba dan cerita-cerita mengarut dalam celoteh manakala blog saya yang satu lagi saya lebih tumpukan kepada pengalaman diet saya. Jadi masakan dalam blog nie resepidaria.com nie tidak semestinya mengandungi makanan sihat sahaja....saya manusia, saya juga teringin nak makan makanan lazat-lazat. Kita semua sedia maklum makanan lazatlah yang mengandungi banyak kalori....kadang-kadang saya masak jugak maka tak perlulah nak bagitau " hei tu banyak kalorilah"....saya tahulah tapi dah saya nak makan juga tak boleh ke?. Saya nie bukanlah 'fanatik diet'.....saya rasa nak makan, saya makan.....bila ukurlilit pinggang saya bertambah.....saya berhenti dan kawal balik....yang penting saya tahu bagaimana nak kempiskan perut semula. Saya bukan hanya cari maklumat kat internet kemudian buat entry tentang bagaimana nak kempiskan perut tapi saya tulis apa yang saya dah praktiskan dan hasilnya. Bukankah itu lebih bermakna daripada cakap kosong.


Oklah jom kita tengok resepi ikan siakap kukus nie. Selalunya kita buat ikan kukus guna asam boi tapi kali nie mari cuba guna bahan semulajadi iaitu air perahan limau kasturi atau boleh juga guna limau nipis. Dalam peti ais saya tu ada hampir 30 biji limau kasturi....hasil dari ladang kat kampung.....besar-besar buahnya....selain dari guna dalam masakan dan cuci ikan saya guna untuk rambut. Resepi nie sedap...saya suka sangat....habis saya ratah ikan nie sampai licin tinggal tulang (tu dia ayat...nak tunjukkan resepi nie sedap hehehe...sorry bulan-bulan puasa nie buat ayat bombastik pulak)





Ikan Siakap Kukus


Sumber: Dunia Masakan Chef Sabri


Photo & Publish by resepidaria.com



Bahan-Bahannya:-


800gm Ikan Siakap


10gm halia (dipotong memanjang)


2 batang serai (dihiris halus)


2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris halus)


10 gm bawang putih (dihiris nipis)


40gm lobak merak (dihiris nipis memanjang)


30gm daun bawang (dipotong panjang)


2 sudu makan sos tiram


6 sudu makan kicap manis


2 biji air limau nipis (saya guna 1 biji limau kasturi)


2 sudu kecil gula


Cara-caranya:-


1. Gaulkan halia, serai, cili merah, bawang putih, lobak merah.


2. Masukkan sos tiram, kicap manis, gula, air limau nipis dan kacau rata


3. Basuh isi ikan hingga bersih dan letak di atas dulang kukusan. Taburkan bahan-bahan yang digaul rata tadi diatas ikan.


4. Letakkan didalam bekas kukusan dan kukus selama 20 minit


5. Hiasi dengan daun ketumbar.


Monday, July 25, 2011

Sup Ikan Haruan


Sabtu lepas saya balik ke kampung di pahang. Emak saya juga balik ke sana. Kali nie adik perempuan saya yg di perak datang dan bawa saya balik. Sesampai di kampung....puas jugak lah tahan telinga dengar mak membebel sebab buat operation tanpa bagitau kat dia. Dia minta adik saya pergi beli ikan haruan dan buat sup untuk saya. Wahhhhh terharu sungguh masa tu. Resepi sup nie simple je cuma lebihkan lada hitam dan halia sahaja....so tak perlulah tulis.


Wednesday, February 16, 2011

Asam pedas ikan Siakap


Dalam proses nak pindah rumah nie, tak adalah masakan yang menarik dari dapur saya. Saja nak kongsi hidangan dinner yang sempoi nie. Ikan siakap nie sebenarnya saya beli sebelum tahun baru cina lagi. Masa tu ikan siakap tengah offer dan segar-segar sangat so saya belilah seekor....kononnya nak buat ikan kukus tapi boleh terlupa dan ikan tu terbiar kat tempat beku lebih dari dua minggu. Bila nak kosongkan peti ais baru ternampak ikan nie.....so jadilah ikan siakap asam pedas. Saya ambil resepi nie dari MyResepi. Jom tengok resepinya.

Asam pedas ikan Siakap
Sumber: Sila ke sini


Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin/tenggiri (saya guna ikan siakap)
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Saya makan bersama nasi kukus. Bila masak nasi dalam kuantiti yang sedikit......lebih elok masak secara kukus. Nasi nie untuk 3 kali makan. saja masak banyak supaya boleh simpan dalam peti dan buat nasi goreng bila balik gym dah penat dan tak ada time nak masak yang rumit-rumit.



Inilah dinner saya semalam. Nasi kukus bersama asam pedas dan sawi goreng udang kering.


Sunday, December 26, 2010

Ikan Cencaru Bakar resepi 2

Hujung minggu nie, saya habiskan masa kat rumah mak cik saya di Selayang Baru, belajar buat beberapa gubahan untuk hantaran perkahwinan adik saya bulan 6 nie. Pada pagi tadi kami pergi ke pasar Borong Selayang, geram tengok ikan2 segar saya beli seekor ikan cencaru dan ikan sardin untuk buat kuah laksa. Bila pulang kerumah pada petang tadi entah datang dari mana mood rajin masak maka terhasillah ikan cencaru bakar, sayur bayam goreng sempoi dan nasi kukus untuk dinner, kuah laksa untuk bekal lunch esok dan kuih talam kacang hijau untuk dibawa ke ofis pagi esok.


Hari nie saya tak paparkan weight in results untuk minggu ke 11 sebab dah lewat petang baru sampai rumah. Berat saya tidak berkurangan minggu nie mungkin sebab saya kurang buat senaman. Minggu lepas saya memang tak pergi gym sbb the curve diwaktu petang hari2 terakhir sebelum krismas memang sesak teruk. Wp ofis saya dengan The Cuve hanya 5 minit jika lampu isyarat tak buat hal tapi minggu lepas saya nak ke Curve ambil masa dekat 1 jam, that why saya u turn dan patah balik ke Kelana Jaya.


Saya suka memasak dan saya suka mencuba sesuatu resepi yang belum pernah dibuat. Dalam masakan tiada salah atau betul, asalkan hasilnya bersesuaian dengan lidah kita maka ia betullah tu. Mak saya bermula dari seseorang yang tidak tahu membuat kuih tetapi bila keadaan mendesak maka beliau cuba pelbagai resepi kuih.....anda tak tahu berapa banyak percubaannya gagal. Dia pernah berjalan kaki hantar sebakul kuih ke kedai diwaktu pagi dan bila petang dia bawak balik sebakul penuh lagi kuih sbb kuih dia tak laku. Masa tu tak ada internet dan tak ada orang ikhlas membantu, ramai yang bagi resepi tapi resepi itu bohong.....mak saya try, adjust setiap resepi kuih sehinggalah berjaya dapat kuih yang sedap. Sebab itu dia simpan resepi rahsia dia. Dia orang meniaga.....jangan tanya resepi pada orang meniaga....ingat tu. Mak saya selalu pesan jangan tanya resepi pada orang meniaga kerana ia akan buat orang itu serba salah. kami ada jiran, dia nie minat sangat makan kuih apam beras yang mak buat. Satu hari dia datang tanya resepi pada mak, mak bagitahu resepi.....bila dia balik buat tapi tak jadi seperti yang mak buat. So keesokkannya dia datang lagi kerumah dengan bawa besen, tepung dan segala kelengkapan membuat apam beras. Dia buat mak saya serba salah, dia paksa mak saya ajar dia buat apam beras depan dia. Sejak tu mak saya pesan pada saya ' hormat hak orang meniaga....mereka cari duit dengan resepi rahsia yg mereka usahakan sendiri hasil dari susah payah". Anda juga boleh cipta 'ramuan rahsia' anda sendiri jika anda rajin mencuba. jika buat hari nie dan tak menjadi, cuba lagi lain kali cari mana silap kita.....mak saya kata ' kita buat dia, bukan dia buat kita' sbb tulah mak saya tak pernah halang saya bila saya nak memasak resepi yang pelik2 malah percaya tak kalau saya kata saya ada dapur saya sendiri kat rumah masa saya remaja supaya saya tak ganggu mak bekerja didapur. Mak saya tak pernah marah kalau masakan saya tak menjadi malah dia bagi duit lagi suruh beli bahan cuba lagi.


Sebab itulah saya amat menjaga hak orang meniaga. Mana2 resepi yang bukan milik saya dan saya tak paparkan resepinya.....tolonglah jangan minta. Terlalu ramai yang email mintak resepi yang saya tak papar siap bagi 'syarahan' bahawa tak elok kedekut ilmu dan ajar saya tentang pahala berkongsi ilmu.


Wah melalut pulak panjang pulak......oklah jom tengok dinner saya malam nie. saya bakar ikan cencaru nie...sedap bakar ikan cencaru yang masih segar, bestnya terutama kalau dapat makan dengan air asam. Oh ye ikan cencaru nie untuk 2 kali makan....wp sedap ikan segar tapi 'portion' kena jaga nanti lari had kalori.



Walaupun nampak tidak mengiurkan sbb tuan rumah tak ada bakat nak menghias elok2 dan masa tu dah pukul 6.30 pm so dah time dinner jadi dah tak kira gambar elok ke tidak....pakai snap aje tapi ikan cencaru bakar guna resepi nie memang sedaaaappp. Ini hasil try and error ok, kalau anda buat guna resepi nie dan nak tambah apa-apa silakanlah sebab saya suka orang kreatif dengan resepi....entah2 anda buat lebih sedap lagi.


Ikan cencaru bakar 2


Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan cencaru - agak besar, dibelah belakang dan dibersihkan

Bahan inti

  • 2 biji lada besar*
  • 1 biji cili padi - jika anda hendak pedas, jika tidak abaikan*
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 1 biji buah keras*
  • 1/2 sudu makan udang kering, direndam sebentar*
  • 1/2 sudu makan asam jawa + sedikit air = dapatkan jus pekat*
  • 1/2 sudu makan rempah kari*
  • 1/2 sudu teh gula (ini ikut selera anda, saya nie jenis kurang manis)*
  • garam secukupnya*
  • sedikit minyak
Cara-caranya:-
  1. Ikan cencaru dibersihkan dan dilap dengan tisu masakan supaya lebihan air diserap dan benar2 kering
  2. Bahan yang bertanda (*) dikisar halus atau ditumbuk sehingga lumat. Setelah selesai, lumur pada keseluruhan ikan dan masukkan lebihan inti kedalam belahan ikan. perapkan dalam 1/2 jam atau lebih.
  3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
  4. Masukkan ikan dan bakar selama 6-7 minit kemudian terbalikkan bahagian yang satu lagi dan bakar lagi selama 6-7 minit. Tutup kuali dan guna api perlahan supaya ia masak merata.
  5. Angkat dan hidangkan


Saya makan ikan bakar bersama sayur bayam goreng sempoi. Tengok lada besar langsung tak ada. Bubuh apa yang ada saja lah....tak perlu remeh2 yang penting sedap jugak.

Ini nasi kukus.Nasi nie untuk 2 kali makan ye sbb ia melebihi 1/4 cawan. lebihan nasi nie saya simpan untuk buat nasi goreng esok for dinner. Kesiankan orang bujang nie, nak masak dalam periuk nasi tak berbaloi sebab sikit sangat....so kukus lah yang paling berkesan. Untuk kukus, rendam 1/2 cawan beras selama 2 jam dan kemudian masukkan dalam bekas kukusan dan tambah 1/2 cawan air dan kukus selama 30 minit. So anda boleh kukus dengan nisbah 1: 1 iaitu 1 cawan beras bersama 1 cawan air dan seterusnya.


Ini kuah laksa yang saya buat dengan ikan sardin segar.....bestnya lunch esok makan laksa. Saya tengah rendam laksa dan kukus pagi esok sebelum gi ofis.


Ini kacang hijau yang saya rebus untuk buat talam kacang hijau. Kacang hijau tu dah lama bebenor dalam almari....risau rosak. tengah mood memasak kan so buat ajelah atleast ada reseki kawan-kawan saya kat ofis esok.

Tuesday, December 21, 2010

Kari Ikan ala mamak

Ikan bawal nie sebenarnya dah seminggu dalam peti ais saya. Saya dah siap bersihkan dan potong 4 kemudian masukkan kat tempat beku. Buat kari ikan untuk dimakan bersama lempeng. Kari nie kurang minyak dan santan so rasanya ala-ala kari mamak lah. Kari kalau nak cantik memang kena masukkan minyak banyak semasa menumis tapi sekarang saya kenalah buat kari yang kurang minyak. Bila saya masak kari ikan nie, saya teringat kepada arwah pak cik saya (meninggal di usia 24 tahun akibat barah tulang) amat gemarkan kari. Selang sehari harus masak kari.



Ada satu tip untuk anda. Selalunya ikan yang telah lama simpan didalam peti ais akan tidak segar dan sesedap ikan baru so untuk mendapatkan kembali kesegaran ikan yang disimpan dalam peti ais, rendam ikan tersebut didalam susu segar sebelum digunakan.





Oh ya kari ikan saya nie kosong sebab banyak bahan yang tak ada dalam peti ais tu tapi resepi yang saya bagi adalah lengkap semua bahan. Saya tak boleh beli bahan mentah banyak sebab jarang guna nanti membazir....bukannya masak tiap2 hari hanya hari minggu sahaja.


Kari Ikan ala mamak
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan bawal-dipotong-potong
  • 40gm serbuk kari ikan (anda boleh guna baba's untuk dapatkan rasa kari mamak)
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato dipotong 4 @ 6
  • 50gm santan pekat (saya guna santan kotak)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 cawan air @ secukupnya (ikut suka anda)
  • 1 susu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan tumis

  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 biji bawang merah-dihiris

Cara-caranya:-

  1. Masukkan serbuk kari, bahan dikisar dan 1 cawan air kedalam mangkuk dan bancuh sehingga jadi pes. Biarkan ia sebentar supaya bahan-bahan mesra bersama.
  2. Panaskan satu sudu besar minyak, kemudian masukkan bahan tumis, halba, daun kari dan biarkan ia sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes serbuk kari serta air asam jawa dan perlahankan api. Biarkan ia mereneh sehingga naik minyak selama 10 hingga 15 minit. Tutup tudung periuk tapi sentiasalah tengok supaya bahan tumisan tak hangit.
  4. Masukkan santan dan baki air serta ikan. Masak lagi selama 15-20 minit.
  5. Masukkan kacang bendi, tomato dan garam. Masak sehingga bendi lembut.
  6. Angkat dan hidangkan.

Monday, July 5, 2010

Ikan kerapu bara masak sweet n sour

Saya tiba dirumah dalam jam 4.30 petang menaiki airport limo. Kenapalahpemandu teksi nie bersikap kurang ajar bila memandu. Saya hampir terhumban kedepan apabila pemandu teksi brek dengan mengejut....bawak kereta macam kena kejar hantu aje dah lah tu dalam teksi dia asyik maki hamun orang yang bawak kereta slow. Inilah salah satu sebab mengapa saya benci sangat dengan pengangkutan awam. Meluat saya tengok manusia yg berperangai begini...kenapalah malang sangat dapat driver macam nie. Mujur sampai dirumah dalam keadaan selamat.
Untuk makan malam saya mengoreng beberapa ekor ketam yang dibeli. Hanya ketam goreng kunyit sahaja.Bila makan ketam nie saya teringat kepada family saya. Biarpun penat masih belum hilang.....esok pagi2nya saya start kereta dan terus drive balik Pahang. Call adik bongsu yg duduk kat Kuantan supaya balik ke kampung.Biarpun saya beli sedikit sahaja makanan laut ini tetapi saya ingin supaya adik-adik saya dapat menikmatinya bersama saya.

Saya sampai dikampung dalam jam 12 tengahhari. Sampai saya di depan pintu rumah, anak saudara saya si Aisyah yg berusia 2 tahun menjerit2 berlari kearah saya....seronok agaknya tengok mak long dia tiba2 muncul depan pintu rumah. Mujur ada coklat farero rocher yg dapat kat flight MAS dalam beg tangan....so coklat tu sebagai buah tangan untuk si kecil aisyah. Budak kecil nie hantu coklat (mak long dia yang ajar...hehe).

Ok inilah Ikan Kerapu Bara masak sweet n sour. Ikan kerapu bara nie saya beli kat Sandakan. Harga sekilo ikan Kerapu Bara nie adalah RM12, seekor ikan nie lebih kurang RM8. Saya beli sebab warna ikan nie cantik sangat....merah menyala selalu yg kita jumpa kerapu yg berwarna hitam.

Tak payah resepilah ye...saya main campak-campak aje....sos tomato saya gantikan dengan 3 biji tomato yg diblender, sos chili, sos tiram, halia muda, gula dan garam. Sebab perut dah lapar sangat dah tak ingat nak bersukat-sukat....masak pakai sesedap rasa saja. Isi ikan kerapu bara nie memang sedap dan manis...memang kenalah dengan sweet n sour. menyesal pulak hanya beli seekor sahaja bukan senang nak jumpa kat KL.


Thursday, April 29, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak


Dimakan bersama ikan sepat perkasam. Fuhhhhh memang best. Ikan patin goreng untuk Aisyah, anak saudara saya yg berusia 2 tahun. Badan kecil tapi kuat makan. Sayur tengah goreng tak sempat nak snap.
Ikan dibersihkan dan dibubuh asam limau supaya hilang hanyir. kemudian basuh bersih

Ini entry untuk siaran tertunda. Tension beberapa hari lepas sbb line internet slow mcm kura2. Nak upload gambar kadang2 sampai 1 jam.


Ini adalah masakan yang saya buat ketika balik Pahang tempohhari. Saya bertolak pagi dari KL so jam 10.30 dah sampai kat Temerloh. Singgah sebentar beli ikan patin sangkar yang masih hidup dengan harga RM14 sekilo. Ambil 2 ekor, RM24. Adik perempuan saya buat masak tempoyak sedap tapi bila sampai umah dia belum balik lagi sbb kena mengajar kelas ganti. So sayalah yang kena masak sbb jam 1.30, adik perempuan saya dan anak2 nya akan pulang. Anak saudara saya Nabilah(7 tahun) minat sungguh makan ikan patin masak tempoyak. Satu lagi kegemaran dia adalah ikan goreng dengan budu. Tak ada lauk lain tak apa...asalkan ada budu.

Ini adalah resepi saya (maaf buat orang pahang jika ia lain dari resepi sebenar orang pahang dalam masak tempoyak nie).

Ikan patin masak tempoyak

Bahan-bahannya:-

2 ekor ikan patin sederhana besar (jgn beli yg besar sgt sbb isi dia tebal, kalau dapat yg bersaiz kecil lagi bagus)
3 senduk tempoyak
5-6 biji cili padi (saya masuk sikit sbb ada budak kecil makan sama)
1 inci kunyit hidup
Segenggam daun kesum
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan bersih ikan patin dan kemudian perapkan sebentar dengan air limau nipis supaya bau hanyir hilang.
  2. Tumbuk cili padi, kunyit, masukkan garam sedikit dan tumbuk lumat. Masukkan tempoyak dan kacau rata.
  3. Masukkan dalam periuk dan masukkan sedikit air terlebih dahulu. Kacau rata.

  4. Masukkan ikan dan tambah air sehingga melepasi paras ikan. Jangan banyak sangat air tu.

  5. Masak dengan api perlahan. Renehkan sehingga ikan masak dan kuah agak pekat.
  6. Tambah daun kesum untuk menambah kewangiannya.
  7. Hidangkan

Saya makan dengan ikan sepat pekasam yang dibuat oleh emak saya. Dia tinggalkan di rumah Pahang satu bekas. Saya terlupa nak cilok sikit. Rumah diPahang didiami oleh 2 adik saya dengan 3 orang anak saudara saya. Mak saya kat Terengganu.

Sunday, April 11, 2010

Asam Pedas Ikan Siakap




Saya telah membeli seekor ikan siakap beberapa hari lepas. Cadangnya nak buat stim, dah beli bahan2 pun tapi last minute boleh ubah plan. Akibatnya asam pedas melaka yang saya buat betul2 kekurangan bahan. Saya suka resepi asam pedas melaka yang disumbangkan oleh Junjs11 dalam MyResipi. Biarpun asam pedas yang saya buat kekurangan bahan tapi ia tetap sedap. memang dari dulu kalau nak buat asam pedas melaka saya akan guna resepi nie. Ini resepi yang paling sedap yang pernah saya cuba.


Tengok betapa kosongnya asam pedas yang saya buat. Tak pe yg penting sedap.

Saya ada kawan dari Melaka iaitu Zarina. Setiap kali dia balik melaka pada setiap hujung minggu dia akan bawakan asam pedas ikan yang dibuat oleh mak dia khas untuk kami kawan2 serumahnya. Asam pedas yang paling sedap yang pernah saya makan. Bila zarina dipindahkan ke Muar, saya bukan sahaja kehilangan rakan baik tapi juga asam pedas mak Zarina. Bila saya cuba asam pedas resepi Junjs11, saya bagaikan dapat rasa semula asam pedas mak Zarina wp saya buat belum 100% dapat menandingi kesedapan asam pedas buatan orang Melaka.
Kalau anda berminat dengan resepi asam pedas ini anda boleh dapatkannya di sini http://www.myresipi.com/top/detail/1329.

Monday, November 2, 2009

Ikan Siakap Kukus



Ini adalah resepi yang dicuba dari buku masakan Hanieliza. Masa ada jualan buku kat Kelana Jaya tempoh hari, aku telah membeli 5 buku aneka masakan Hanieliza dengan harga RM4.40 setiap satu. Masih banyak koleksi buku beliau yang tidak diperolehi lagi. Buku masakan beliau amat laku....hari terakhir tempoh pameran buku aku pergi sekali lagi dan tengok hanya ada 2 buah buku sahaja yang tinggal. Tahniah Puan Hanieliza. Masa aku tengah pilih buku beliau ada seorang perempuan cina turut pilih buku beliau jadi buku tersebut turut diminati oleh kaum lain. kenapa buku ini berbeza dengan buku-buku masakan lain. pertama sekali ianya simple, bahan2nya mudah dan memang ada kat dapur semua orang....kita memang dah tahu resepi yang ada dalam buku ini tapi kita tak tahu sukatan yang betul so buku ini berikan sukatan yang tepat dan hasilnya jugak tidak mengecewakan.

Ini adalah hasil masakan dalam buku beliau. Aku buat malam semalam dan ratah aje ikan tersebut. Aku jarang ambik nasi dan kalau masak nasi pun selalunya masak sikit sahaja tapi kalau nak masak guna Rice cooker kenalah pakai 1 cawan beras akibatnya banyaklah nasi yang selalu kena buang sbb makan sikit saja. Sejak beli buku aneka masakan Hanieliza iaitu Senangnya memasak Nasi, aku masak nasi kukus. Hanya masukkan sedikit beras dan portion air sebanyak portion beras, kukus 30 minit....siap. Jadi nasi pun tak dibuang lagi.

Resepi dari Buku Senangnya Memasak Ikan, 23 resepi pilihan

Ikan Siakap Kukus

BAHAN-BAHANNYA

Bahan A

1 Ekor ikan siakap
sedikit garam
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
1/4 cawan air
3 batang serai
Daun ketumbar ataupun daun sup

Bahan B - Dihiris
3 sm halia muda-dihiris halus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 ulas cili api
1 ulas cili besar


CARA-CARANYA

1 Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan

2. Masukkan semua bahan-bahan diatas dalam kuali

3. Kukus 15 minit dengan api yang kuat

Nota

Sekiranya tiada sos nampla/sos ikan, gantikan dengan kicap cair

Thursday, September 3, 2009

Singgang Ikan Aye/Tongkol



Menu berbuka puasa aku pada hari nie. Masak singgang, goreng sawi dan buat tauhu bakar. Balik kerja jam 5 tadi, singgah kat Bintang beli ikan dan asam jawa. Sepanjang bulan puasa nie aku tak pergi lagi jenguk2 pasar ramadhan. Wp banyak belanja terpaksa dikeluarkan sbb kena beli semua barang dapur tapi aku rasa berbaloi. inilah masanya nak praktis ilmu memasak. Emak pernah perli aku bila dia tahu dalam setahun aku hanya memasak dalam bulan puasa aje. Masa dia datang rumah aku, dia tak jumpa beras dan gula. 2 - 3 tahun yang lepas rajinlah ikut kelas memasak tapi bila badan naik....aku mula diet dan aktif kat gym terus tak berasap dapur tu.


Aku mula tahu masak singgang bila adik aku Sabariah kawin dengan orang tganu. Dia kena belajar masak singgang sbb itu lauk wajib suami dia.


Singgang Ikan Tongkol

Bahan-bahannya
1 ekor ikan aye/tongkol
3-4 ulas bawang putih dimayang
2 cm Lengkuas - hiris nipis sekeping-sekeping
2 cm kunyit hidup
4-5 keping asam keping
4 cawan air
garam
cilipadi
Cara-caranya
1. Masak semua bahan dalam periuk dan reneh dengan api sederhana.
2. Bila mendidih, masukkan garam dan masukkan cili padi
3. hidangkan
Masak singgang nie, makin lama dipanaskan makin sedap. Aku buat dengan mengunakan 4 ketul ikan, alamatnya 2-3 hari baru nak habis sbb aku berbuka baru makan nasi tapi bila bersahur aku hanya makan oat. Itulah yang malas nak masak sbb makan sorang tapi bila bulan puasa kenalah masak jugak. Aku agak cerewet pasai makanan so kalau beli jaudah kat pasar ramadhan ada je yang tak kena tambahan pulak mahal sangat.

Monday, August 31, 2009

Asam Pedas Ikan



Jaudah berbuka puasa hari nie. Memang berbaloi untuk anda cuba. Dulu aku ada housemate bernama Zarina Abdullah orang Melaka. Tiap2 minggu balik melaka dan tiap2 minggulah aku dapat bekalan asam pedas yang dibuat oleh Mak Zarina. Sedapnya....pekat dan merah kuah ladanya begitu memikat...cukup lengkap dengan rasa masamnya emmmm....memang best dan aku masih gagal mendapat rasa asam pedas sehebat itu wp banyak kali mencuba untuk buat sendiri. Sekarang tiada lagi asam pedas emak Zarina bila Zarina pindah bertugas di cawangan Muar.

Bahan-bahannya

Bahan Kisar

3 biji bawang merah
8-10 biji cili kering (kurangkan cili jika rasa terlalu pedas)
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
Bahan Tumis
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar dihiris
1/4 st biji sawi
1/4 st halba
2 tangkai daun kari

Air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-dipotong
5 biji kacang bendi
1 batang serai-diketuk
1/2 bunga kantan
minyak masak
garam dan gula (jika suka)

Cara-caranya

1. Tumis bahan tumis dan masukkan bahan yang dikisar dan garam. Masak sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan air, air asam jawa dan serai.

2. Apabila mendidih masukkan pula ikan. Biarkan sebentar dan kemudian masukkan bendi, bunga kantan dan tomato.