Showing posts with label Hidangan diet. Show all posts
Showing posts with label Hidangan diet. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Menu Iftar 10


Sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa....sekejap sahajakan masa berlalu. Bermula dari puasa pertama saya mencuba berdiet mengikut diet protein. Untuk kali ini saya tidak tunjukkan secara detail berkaitan dengan diet ini sebab saya hanya ingin mencuba......saya tidak begitu menyokong diet jenis ini. Sebelum saya mencuba diet protein, saya dapatkan semua info pro dan kontra tentang diet ini. Kesan atas kesihatan dan kelemahannya. Saya jenis orang yang tidak suka buat sesuatu tanpa mengetahui dengan detail tentang sesuatu tindakan yang saya ingin ambil. Saya tahu kelemahan diet ini dan kesannya atas kesihatan diri dalam jangka panjang jika diamalkan secara berterusan sebab itu saya hanya ingin mencuba untuk 2 minggu sahaja dan kemudian berhenti dan teruskan dengan diet seimbang. Dalam diet protein....kita hanya ambil protein sahaja tanpa ada karbohidrat dalam makanan (wp sukar)....kesannya pada penurunan berat badan memang besar...dalam tempoh seminggu berdiet saya berjaya turunkan sebanyak 4 kg(timbang pada ahad lepas) dan bahagian bermasalah seperti pangkal lengan, paha dan perut mula menampakkan perubahan. Ia memang menyeronokkan dan saya akan teruskan diet ini sehingga ahad akan datang sahaja.



Setelah seminggu lebih tanpa menyentuh nasi, makanan yang diperbuat daripada tepung seperti mee, mihun atau pasta,  makanan bergula, minuman bergula dan hanya makan makanan berprotein seperti segala jenis lauk pauk dan sayur-sayuran. Pada awal memang terasa mengigil badan tetapi selepas seminggu perut saya sudah boleh terima perubahan ini. Kadang kala saya ambil juga karbohidrat seperti semasa buat sotong goreng tepung atau memakan beberapa biji kurma ketika berbuka pada awal-awal  puasa bila perut masih belum biasa dengan hanya protein sahaja.

Saya makan ikan yang dibakar bersama dengan sambal tomato. Resepi simple....ikan yang bubuh kunyit dan garam.....bungkus dengan aluminium foil, masukkan dalam oven dan bakar dalam 25 minit.


Tumbuk 3 biji cili padi bersama sedikit garam sehingga lumat dan kemudian masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta tomato yang dipotong dadu. Masukkan sedikit air...siap.


Seikat bayam merah saya buat sayur rebus bersama dengan ikan bilis. Simple dan mudah. Biasanya lagi 45 minit sebelum berbuka saya akan masuk dapur dan siapkan semua ini. Masakan ini dimasak untuk 2 kali makan iaitu untuk bersahur jugak.

Selama seminggu ini......rambut makin kurang gugur....sudah tidak banyak seperti sebelum ini. Tetapi sudah tentu saya hilang peluang untuk menikmati segala kuih muih yang sedap-sedap...manis dan berlemak. It's ok.....

Friday, July 27, 2012

Menu puasa ke 7

Time rehat hari jumaat....semua staff pompuan masa nielah mereka pakat pergi memenuhi shopping mall.  Tekak saya teringin sangat nak makan tahu telur....so kononnya time rehat nak lah pergi Tesco cari barang dapur dan cari nenas...nak buat jem nenas. Jam 12.15, saya pun terus ambik handbag, tutup lampu bilik pejabat dan terus lah nak keluar. Masa nak keluar tengok semua ofismate lelaki tengah duduk berbincang kat depan bilik mesyuarat. Saya lalu depan mereka.....buat tak tahu je.....tiba-tiba " oiiiii.....nak pergi mana tuuuu". Saya berpaling dan jawap 'nak pergi shopping lah....'. My ofismate terus gelak sambil kata 'gi masuk bilik balik.....hari nie rehat 12.45....ni mesti tak bukak dan baca email'. Opssss malu. Kalau hari jumaat bulan puasa time rehat dilewatkan kepada 12.45....kalau tak 12.15 dah boleh keluar.

Bila time rehat berubah.....emmmm tak kuasa nak masuk kawasan Mutiara Damansara kalau lebih 12.45....jam giler-giler kat situ. Akhirnya saya duduk sorang-sorang depan komputer nie......semua ofismate lelaki dah pergi sembahyang jumaat.....tinggal saya sorang-sorang dalam ofis. Nak update blog....... tapi jaudah berbuka semalam saya tak masak apa-apa yang menarik untuk dikongsikan. Sebenarnya rugi yang amat sangat kalau berdiet dalam bulan puasa sebab tak boleh enjoy kuih muih dan segala macam bubur yang manis-manis. Masa nielah segala mak nenek kuih-muih yang tak akan jumpa dalam bulan lain akan muncul dalam bulan puasa. Rugi....rugi orang diet nie.

Menu saya masa berbuka puasa semalam amat-amatlah simple......saya cuma panggang ayam yang diperisakan dengan garam dan kunyit sahaja lepas tu masukkan dalam oven dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180c.

Sementara tunggu ayam panggang siap....saya masak sayur bayam merah goreng dengan ikan bilis. So itulah sahaja jaudah berbuka saya. Ayam tu bukan saya makan semua....saya simpan separuh untuk sahur. Oven besar gedabak....kalau panggang seketul paha ayam memang lucu lah kan so sebab tu saya panggang sebelah paha ayam nie....boleh simpan sahur sekali. Tapi bila time sahur....tekak tak nak makan ayam panggang lagi....so panaskan air dan celur semua benda alah nie.


So inilah hidangan sahur saja.....sosej 2 ketul dan brokoli serta kacang sepat. Kalau puasa tahun lepas saya suka makan oat dengan susu untuk bersahur.....kali nie tekak saya dah tak boleh nak masuk oat lagi jadi tukarlah kepada hidangan macam nie.

Tuesday, December 14, 2010

Sup sayur


Betapa sempoinya entry saya hari nie. Ini sebenarnya entry tertunggak ahad lepas. Masa saya pergi kursus pemakanan dan gaya hidup sihat minggu lepas, penceramah bagitau yang dia suka masak sup sayur. Saya nie susah sikit nak makan sayur mentah (ulam-ulam), sekarang nie memaksa diri makan sayur banyak so pilihan saya adalah buat sup sayur (saya budak yang tak suka makan sayur masa kecik2) selain dari stir fried.


Dalam tempoh diet nie saya kurangkan mengambil cendawan dan kobis bulat sebab tu dalam sup sayur saya tak ada cendawan. Masa remaja dulukan, kalau saya masak sup sayur nie (masakan paling senang bila time malas)....adik lelaki saya mesti bising ' yong nie asyik-asyik masak sayur bodoh (kosong) nie je". Kalau buat sup sayur saya suka masukkan udang tapi kali nie tak ada pulak stok udang kat peti so saya guna ikan bilis saja. Ok nie lah resepinya (mesti ada yang kata itupun nak dikongsi), saya kan kira kalori so inilah hidangan yang rendah kalori dan dibawah 500 kalori.


Dah 10 minggu saya saya amalkan pemakanan ikut kalori so sekarang nie setiap kali saya nampak makanan, saya nampak angka kalori kat makanan tu....sekarang nie makanlah makanan yg sedap2 depan saya, saya tak sentuh/ambil makanan tu.






Sup Sayur (hidangan 2 orang)
Bahan-bahannya:-
  • 2 batang sawi (dipotong dan asingkan bahagian batang dan daun)
  • 1/2 batang karot - dipotong dalam bentuk yang anda suka
  • 200 gm udang basah/isi ayam/daging (saya guna ikan bilis)
  • 1 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1 tsp lada sulah
  • secubit garam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 500-800gm air (ikut suka anda)
Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan air dan masukkan ikan bilis @ ayam/udang/daging. Rebus dengan api perlahan sehingga mendidih dan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi menimbul dipermukaan air.
  3. Masukkan batang sawi dan karot, masak dalam 8-10 minit kemudian barulah masukkan daun sawi. Masukkan garam dan lada sulah.



Ini adalah masakan sempoi yang mak saya ajar. Sup nie sedap sebab bawang putih, ayam/daging/udang/ikan bilis dimasak secara mereneh perlahan atas api menghasilkan sup yang manis dan harum. sawi kena pastikan bukan yang jenis pahit sbb ia akan merosakkan raa sup.

Tuesday, December 7, 2010

Dada ayam panggang

Banyak sangat gambar dalam folder, so petang nie bolehlah delete mana yang patut. Ini adalah salah satu hidangan yang saya buat. Hidangan paling mudah, saya perapkan dada ayam terlebih dahulu dan simpan dalam peti ais dan bila balik gym saya masukkan dada ayam dan setkan 20 minit kemudian barulah gi mandi.


Nak masak rumit2...... pukul berapa baru boleh makan. Dahlah balik gym dekat pukul 7.00 malam so inilah hidangan paling cepat disediakan. Sayur2 memang saya potong awal2 dan masukkan dalam beg ziplock. Bila nak makan baru keluarkan dan didihkan air. Masukkan sedikit garam dalam periuk air panas dan kemudian celurkan selama 1 minit.

Ayam panggang nie ditabur dengan lada hitam sebelum panggang. Dimakan bersama brokoli, sawi dan sweet pea. Sayur tinggi dengan fiber, so makan sayur sahajapun dah terasa kenyang. Sebenarnya 3 keping potongan ayam tu tak habispun saya makan. Anda boleh hidangkan dengan sedikit mayonis dan perahan air limau.







Saya panggang 1 ketul dada ayam yang diperap, hanya makan 1/2 dada ayam tersebut dan 1/2 lagi disimpan untuk lunch esok. Bila waktu lunch, panaskan dada ayam dan makan bersama salad.


resepi saya dah pernah postkan disini. Anda boleh pelbagaikan dengan mengantikan serbuk kunyit kepada taburan lada hitam atau 2 sudu makan natural yogurt.

Saturday, March 27, 2010

Ayam panggang kunyit

Hidangan simple yang saya buat sebagai bekalan hari khamis minggu lepas. oleh kerana saya pulang kerumah jam 8.30 malam dan tiada masa untuk prepare hidangan yang canggih2 so hidangan simple begini yang selalu saya buat. Saya akan beli beberapa ketul dada ayam, basuh bersih dan dibubuh garam dan kunyit secukupnya. Masukkan dalam plastik penyimpan dan simpan dalam peti. Esok pagi hanya panggang sementara kita bersiap hendak pergi kerja. kan senang. Tak sampai 30 minit saya telah siapkan bekalan makan tengahhari....saya makan dengan roti wholemeal dan salad.


Dada ayam yang telah dikelar dimasukkan bawang putih dan letakkan sedikit butter diatasnya.



Ia tidak nampak garing tapi ia sangat juicy


Ayam panggang kunyit

Bahan-bahannya:-

1 ketul dada ayam- dibersihkan dan dikelar sedikit

sedikit garam

sedikit kunyit

3 ketul bawang putih- diketuk

sedikit butter



Cara-caranya:-


  • Keluarkan ayam yang telah diletakkan garam dan kunyit

  • Ketuk bawang putih dan letakkan bawang dicelah kelaran yang telah dibuat

  • Letakkan sedikt butter diatasnya

  • Panggang dalam oven selama 25 minit sahaja dengan kepanasan oven 200 c

  • Setelah masak, angkat

  • Ia mungkin nampak tidak garing tapi isi ayam telah masak dan juicy

  • Potong isi ayam memanjang dan letakkan diatas roti sandwish.

Note:-

Saya memasukkan ayam panggang yang telah dihiris tadi kedalam bekas tahan panas dan apabila tengahari saya baru letakkan atas sandwish bersama salad. So saya makan sandwish yang masih panas.