Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Kiriman bungkusan pemenang giveaway




Kepada pemenang giveaway tempohhari.....kiriman bungkusan untuk anda telah dibuat pada jam 5.30 petang 17hb (selasa) mengunakan pos laju. Harap maaf kiriman lambat dibuat sebab beberapa hari lepas saya demam. Sabtu dan ahad terbaring sahaja dirumah.....hari isnin cuba masuk ofis tapi rasa letih dan badan lemah so hanya kerja separuh hari. Bila sudah sihat sikit barulah saya pergi pejabat pos untuk poskan bungkusan tersebut.

Bungkusan pemenang utama dalam kotak A4 paper....kotak besar....bila timbang dan kerani pos ukur kotak tu....dia kata RM29 ++. Masa tu terkejut sungguh saya sebab tak sangka semahal tu kos mengepos. Kepada pengirim kedua ada hadiah saguhati untuk anda tapi saya buat kiriman pos biasa so mungkin 3 hari akan sampai kepada anda. Kepada pemenang.....enjoy hadiah tersebut....ia ikhlas dari hati saya.

Thursday, January 12, 2012

Hadiah giveaway

 Seperti yang telah saya janji kepada pemenang giveaway...hari ini saya tunjukkan hadiah yang dimenangi.


 
 Gambar diambil mengunakan handphone sahaja so tidak begitu elok.....sejak tidak aktif mengup-date blog nie.....ada sahaja barang saya yang hilang. Sebenarnya saya hilang kamera sebab tu bila saya masak.....saya tak ambik gambar dan tak adalah post terbaru. Nanti bila saya jumpa semula kamera tu....saya aktif balik up date blog.

Hadiah diatas....saya masih belum hantar lagi sebab susah betul nak dapatkan kotak yang sesuai untuk dimasukkan barang-barang tu. Pagi tadi cari kotak kertas A4 paper tapi masa nie lah semua kotak dibuang. Puaslah saya berpusing-pusing ke bilik kawan-kawan sebab nak cari kotak yang sesuai.
 


Hadiah simple yang saya berikan kepada pemenang adalah:-

1. Two-in one spring form tin.
2. Grater
3. Apple slicer
4. Set of 4 measuring cups
5. barangan kecil dari Daiso (tiada dalam gambar diatas)
6. Nota resepi talam

Kepada pemenang.....insyaallah minggu depan anda akan terima barangan ini.

Makluman

Saya hendak memaklumkan bahawa giveaway yang saya buat sebelum ini telah ada pemenang iaitu pengunjung ke 500,090 dan peraduan telah ditutup.

Didalam syarat giveaway yang diberikan hadiah hanya akan diberikan kepada pengunjung yang ke 500,090 atau 500,900 atau 5090,000. Saya mengunakan perkataan ATAU disitu bagi memberikan lebih pilihan. Jika tiada pemenang di pageview yang ke 500,090 maka pengunjung ke 500,900 atau 5090,000 mempunyai peluang. Apabila telah ada pemenang di pageview 500,090 maka peraduan giveaway ditutup pada pageview 500,090. Adalah diharapkan anda faham syarat peraduan ini.

Saya memohon maaf kepada pengunjung yang ke 500,900 yang menghantar print skrin ke email saya kerana peraduan telah ditutup pada pageview 500,090. Harap maklum.

Wednesday, January 11, 2012

Pemenang giveaway pertama dari blog resepidaria.com


Alhamdulillah.....semalam dalam jam 4.59 petang, ada pemenang giveaway pertama dari blog ini yang merupakan pengunjung yang ke 500,090. Sebenarnya saya tidak sedar bahawa nombor pageview tersebut telah hampir sebab lama sungguh tidak bukak blog sendiri. Bila tengok email pada pagi nie....ohhhhh dah ada pemenang. Tahniah.

Masalahnya ada 2 orang yang menghantar print skrin untuk pageview yang ke 500,090. Saya tidak terfikir bahawa akan ada 2 orang yang akan menjadi pengunjung ke 500,090. Saya ambil masa agak lama pagi nie untuk tentukan pemenang sebab saya tidak mahu mengecewakan sesiapa.

Cara pertama yang saya lakukan adalah tengok siapa yang hantar email dahulu. Email pertama yang diterima adalah dari Rozilah adalah pada jam 5:05pm manakala email kedua adalah pada jam 5:09 pm. Jadi email dari Rozilah adalah yang pertama diterima.


Cara kedua adalah dengan lihat time pada print skrin yang dihantar. Bila anda tekan print screen....time print dicapture akan ditunjukkan sekali. Oleh itu print skrin yang dihantar oleh Rozilah menunjukkan ia diambil pada jam 4:59pm manakala print skrin kedua hanya berbeza 1 saat sahaja.

Oleh itu pemenang giveaway pertama blog ini adalah Rozilah Binti Arib dari Putrajaya. Tahniah buat anda. Hadiah saya akan tunjukkan diblog pada esok dan hadiah akan dihantar segera kepada anda.

Walaubagaimanapun saya tidak mahu mengecewakan pengirim kedua iaitu Nurul Syikin. Ada hadiah juga buat anda. Hadiah saya akan tunjukkan di blog esok.

Saturday, December 31, 2011

Giveaway pertama dari blog ini

Sebagai menghargai kunjungan anda ke blog nie, ada sedikit hadiah penghargaan akan saya berikan kepada pengunjung yang bertuah. Syaratnya mudah sahaja....

Jika anda lihat pageviews kat sebelah kanan tu dan ada angka ini

500090
atau
500900
atau
509000

maka anda terus print screen atau ambil gambar sebagai bukti dan hantarkan kepada email saya bdaria10@gmail.com. Jangan lupa sertakan nama penuh dan alamat penghantaran hadiah. Hadiah hanya diberikan kepada salah satu nombor diatas. Nombor diatas adalah nombor IC saya....saya guna nombor 5090 sebagai no phone dan no plat kereta (kereta pertama).

Senang bukan.....so apa hadiahnya. Tak adalah hebat dan extravaganza sangat.....cuma peralatan baking dan kitchen utensils yang berharga dalam lingkungan RM100. Contoh hadiah yang akan diberi adalah seperti Ikea grater dan potatopress dibawah nie. Kedua-dua nie sudah berharga lebih RM60 dan bakinya saya akan beli peralatan baking.

Tambahan:-
  1. Stok potato press telah tiada di Ikea, saya akan gantikan dengan produk baking Ikea yang lain.
  2. Jika pemenang berada diluar Malaysia, hadiah akan ditukar kepada sesuatu item yang lebih ringan supaya kos penghantaran tidak melebihi harga barang. Saya akan putuskan apakah hadiahnya kemudian.
Ini adalah STICKY POST, sila kebawah untuk artikel terbaru.