Sunday, July 11, 2010

Gulai lemak ikan masin

Minggu lepas saya dah balik Pahang untuk bawa balik buahtangan yg saya beli dari Sandakan. Oleh kerana saya terlupa hendak membawa balik kotak ikan masin yg mengandungi ikan bilis, udang kering kiriman kawan dan buah tangan untuk rakan-rakan sepejabat maka hari jumaat saya terpaksa ambil cuti dan balik semula ke Pahang. Kebetulan mak saya pun balik ke Pahang so bolehlah ambil kesempatan nie untuk berjumpa beliau tak payah nak drive balik T'ganu lagi bulan nie. Malas betullah nak drive skrg nie...asyik kena saman ekor je terutama kat Karak highway tu....sy bukan bawak laju sgt kdg2 hanya lebih 2-3 km shj tapi tetap kena....klu tak bayar.... kena blacklist tak boleh renew roadtax.

Satu saja masalah yg tidak berkesudahan sehingga kami malas sgt nak balik Pahang....tak ada air. Nak minum kena beli air mineral water.....kami nie dah tak larat nak buat aduan kat JBA, adik saya boleh buat satu folder tebal untuk surat aduan dan surat reply dari JBA berkaitan ketiadaan air nie. Dah bertukar-tukar YB dari parti pemerintah hingga ke parti pembangkang tetapi masalah tetap sama...kali nie YB BN naik....nasib penduduk kat situ tetap sama....2 bulan sebelum pilihanraya bekalan air tidak putus-putus dikawasan kami....YB datang kononnya nak dengar masalh kami...oleh krn air dah ada apa lagi kami nak adu kan. Tukang jilat jxxxr YB duduk depan sekali, bila YB tanya "ada apa-apa masalah'. Tukang jilat nie cepat2 jawap " tak ada YB". penduduk yg lain melopong je tak terkata apa2. Lepas habis pilihanraya....bekalan air tak ada semula. Seksanya duduk kat sini....sbb tulah family kami pindah ke Tganu. Adik perempuan saya pulak dpt mengajar di Kg kami so dia pindahlah duduk kat rumah pusaka arwah ayah 4 thn yg lepas. Sebab tulah saya sekejap balik Pahang...sekejap balik Tganu.

Saya pujuk mak saya buat pulut panggang sbb udang kering yg dibeli di Sandakan banyak dan dah lama tak makan pulut panggang yg mak buat tapi mak saya kata "mak malaslah nak masak kalau tak ada air nie...rasa serabut sangat'.hmmmm kesian kat saya tak dapatlah makan pulut panggang...kempunan kejap tapi mak saya buat gulai lemak ikan masin nie untuk saya dan dimakan bersama ikan kering keropok yg dibeli di Sandakan.

Kalau orang utara, gulai tu adalah kari so ini adalah kari ikan masin. Gulai nie tidak ditumis sbb itu ia dipanggil gulai lemak ikan masin.

Gulai lemak Ikan Masin
photo n resepi by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

1 paket serbuk kari ikan
3 ulas bawang putih-dimayang
3 ulas bawang merah-dimayang
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan air-lebihkan klu nak cair sikit
tulang ikan masin secukupnya (mak sy guna i ekor tulang ikan masih yg sederhana besar)
2 biji terung-dipotong serong (mak sy guna terung yg ditanam sendiri so ia agak kecil)
Garam (jika perlu-jgn masukkan jika ikan masin sudah masin tp ikan masin sandakan kurang masin so mak sy masukkan sedikit)
2 sudu makan minyak masak
sedikit daun kari- jika ada

Cara-caranya:-
  1. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan bawang yg dimayang, asam keping dan minyak masak. Masukkan kedalam periuk dan guna api perlahan reneh sehingga naik minyak dan berbau wangi.
  2. Masukkan santan dan air.
  3. Masukkan ikan masin dan masak sehingga agak pekat dan kemudian masukkan terung.
  4. Angkat apabila terung sudah masak.
paling sedap masakan macam nie dimakan bersama dengan ikan masin. Ikan masin keropok Sandakan nie sgt sedap so jika anda ke Sandakan atau Tawau jangan lupa beli sekilo sebagai buah tangan.

Ikan masin keropok nie ranggup dan tidak masin sangat. memang bestlah dimakan bersama nasi panas.

No comments: