Tuesday, July 20, 2010

Jemput-jemput ikan bilis

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
==================================================

Malam nie lepas balik dari gym terasa nak makan jemput-jemput bilis. Saya ada beli 1 kilo ikan bilis dari sandakan dan masih belum digunakan lagi. Ikan bilis dari sandakan nie putih cantik je, hanya RM18 sekilo. Jenuhlah lepas nie nak fikir masakan apa nak kena buat untuk menghabiskan sekilo ikan bilis nie. Resepi simple saya untuk buat jemput-jemput ikan bilis.


Jemput-jemput ikan bilis
photo and recipe by http://resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya
150gm tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 ulas bawang putih, ditumbuk/kisar
20gm ikan bilis, dibersihkan dan direndam sebentar kemudian ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
3 tangkai daun kucai, dipotong
1 ulas bawang putih; dikisar
50gm tauge (saya tak guna sbb tak ada)
1 biji telur
100ml air sejuk/air suam
sedikit garam
minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bahan diatas dan gaul rata. Jika boleh biar lama sedikit mengacau adunan ini.
  2. Rehatkan sebentar selama 10 minit
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Biarkan betul-betul panas sebelum memasukkan adunan
  4. Sudukan adunan kedalam kuali dan buat sehingga habis
  5. Masak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Bahan sos

3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
50gm sos cili (boleh guna sos tomato jika anda suka)
sedikit garam
2 sudu teh gula pasir
4 titik cuka
200 ml air
1 sudu makan tepung ubi + 1 sudu makan air, larutkan
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

  1. Tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga terbit aroma. Masukkan tomato, sos cili, garam, gula dan cuka. Kacau rata
  2. Masukkan air. Didihkan
  3. Pekatkan dengan larutan tepung ubi yg dibancuh tadi
  4. Masak sehingga meletup-letup kemudian angkat

No comments: