Wednesday, November 24, 2010

Blueberry cheese tart





Salah satu dari hantaran pertunangan adik saya adalah blueberry cheese tart. Saya buat tart shell dengan mengunakan 14 biji acuan tart. Punyalah lamanya nak habiskan adunan dengan 14 acuan tart. Bila masak je anak-anak saudara saya ambil makan....mereka kata sedap shell tart tu.


Lepas siap buat shell tart, keesokan harinya baru saya buat filling tart. Masa lepas saja bakar, hilang separuh tart dalam dulang.....anak-anak saudara saya dah tunggu nak makan...mereka kata sedap blueberry cheese tart nie. Last sekali saya terpaksa ambil sembunyi cis tat tu kalau tak tak dapatlah dibuat hantaran. Suka sungguh budak2 tu makan blueberry cheese tart.


Terima kasih buat Jun atas resepi blueberry cheese tart nie. Resepi saya ambil dari blog Jun, anda boleh tengok disini untuk resepi asal.


Blueberry Cheese Tart
Sumber: Blog Jun-Yummylicious


Bahan-bahan untuk pastry manis

Bahan A
  • 200gm butter

  • 100gm gula aising

  • 1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 1 biji telur

Bahan C

  • 420gm tepung gandum

  • 1 sudu besar susu tepung

Cara-cara

  1. Putar bahan A sehingga lembut dan kemudian masukkan bahan B. Putar lagi sehingga gebu.

  2. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Masukkan kedalam plastik dan masukkan kedalam peti ais dalam sejam dua.

  3. Tekan adunan dalam acuan tart dan cucuk permukaan shell tart dengan garpu.

  4. Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit.

  5. Bakar dirak paling bawah supaya tart shell perang cantik dan sekata.

Bahan-bahan untuk filling:-

  • 250gm cream cheese

  • 50gm gula

  • 25gm butter

  • 1 biji telur

  • 25gm wipping cream

  • 20gm tepung

  • blueberry filling

Cara-caranya:-

  1. Pukul cream cheese, gula dan butter sehingga gebu. Masukkan telur dan pukul sebati semudian tambah wipping cream dan pukul lagi. Campurkan tepung dan gaul sebati.

  2. Masukkan inti cream cheese kedalam pipping bag. Gunting hujung pipping bag

  3. Masukkan blueberry filling kedalam pipping bag. Gunting hujung pipping bag

  4. picit blueberry filling ditengah-tengah shell tart kemudian picit pula cream cheese diatasnya.

  5. Letakkan sedikit blueberry filling diatasnya dan buat sedikit corak.

  6. Bakar pada 200C selama 10-12 minit.


No comments: