Wednesday, November 10, 2010

Lempeng


Teringin sangat nak makan lempeng @ peknga. Hari nie saya ambil cuti rehat sebab ada urusan perlu dilakukan. Sepulang saja petang tadi, saya teringin nak makan lempeng. Oleh kerana lunch saya dah ambil nasi maka malam nie saya sepatutnya ambil sesuatu yang agak ringgan. Saya buat lempeng nie tanpa meletakkan apa-apa didalamnya. Hanya sekadar secubit garam sahaja, selalunya sebelum nie kalau buat lempeng, saya akan letak kelapa parut dan gula.


Oleh kerana nak kurangkan kalori dalam lempeng nie maka saya hanya guna tepung gandum dan secubit garam sahaja. Saya makan bersama sambal sardin.


Lempeng


Bahan-bahannya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air panas
  • secubit garam
  • Tambahan: kelapa parut muda dan gula secukupnya (saya tak letak)

Cara-caranya:-

  1. Bancuhkan tepung gandum dengan 1 cawan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan 1/2 cawan air panas dan secubit garam. kacau rata.
  2. Ketepikan selama 15 minit
  3. Ambil sesenduk bancuhan dan tuangkan ke atas kuali leper.
  4. Tutup kuali jika rasa perlu
  5. Masak sehingga garing.

No comments: