Sunday, November 21, 2010

Week 6, weight in results

Malam nie kawasan apartment saya black out. Dari jam 9 malam tadi sehingga sekarang sudah 1 jam bekalan elektrik terputus. Dalam rumah nie sebatang lilin pun tak ada. Saya masih tidak bergerak dari sofa nie sebab seluruh rumah gelap, sekarang saya hanya bergantung kepada cahaya luar tingkap dan cahaya notebook sahaja.

Jam 10 pagi tadi saya bertolak dari kampung, separuh jalan mak saya call mengatakan saya tertinggal bekalan daging korban yang saya patut bawak balik....patah balik semula mujur hanya beberapa kilometer. Jam 12.35 tengahhari saya sampai ke tol karak, tol gate touch n go rosak so saya tersangkut hampir lebih 1 jam disitu......lembabnya pihak lebuhraya uruskan masalah tu, akhirnya kami bayar tunai di booth. Akibat lama tersangkut disitu ditengah panas terik wp dalam kereta ada air cond tapi tahap kesabaran memang teruji betul terutama melihat kereta2 potong Q, kepala saya pening sangat.....selepas hantar adik lelaki saya di Ampang, saya terus balik rumah, solat dan terus tidur.

Selepas bangun dan mandi serta tunaikan solat, saya ambil mesin penimbang kerana hari nie adalah weight in untuk minggu ke 6. Lihatlah hasilnya minggu ke 6 ini. Hanya 6 hari saya abaikan diet sebab hari raya haji dan kenduri saya boleh naik 1.5kg minggu nie. Sekejap sahaja boleh naik balik....senangnya nak naik sedangkan nak turun sikit punya susah. Saya tak happy dengan results minggu nie, bukan saja timbangan tapi body measurement juga ada peningkatan. Hanya 6 hari saya tak bersenam dan tak kawal makan....inilah hasilnya.


Sebenarnya masa balik kekampung, mak saya, adik dan anak saudara tegur "along/mak long nampak kuruslah"....wahhhhh seronoknya masa tu....Nampaknya lepas nie kena usaha double extralah sbb target yang diberikan oleh thebiggestloserclub adalah 71kg pada 5 hb Disember nie.





Memang dalam tempoh 6 hari saya tidak boleh kawal habit makan.......terutama dalam suasana kenduri. Dikampung lebih 20 orang ahli keluarga kami berkumpul sudah tentu pelbagai masakan yang enak-enak akan dimasak. Daging korban memang banyak yang dibawa balik oleh mak saya. Hari jumaat dia buat sup tulang gear box....huhhh memang mengiurkan sekali tapi saya boleh tahan diri tidak memakannya sebab saya terfikir akan beribu-ribu kalori didalam sup gear box.....sedap memang sedap tapi lemak punyalah banyak tapi saya makan masakan daging yang lain.....mak masak mana boleh tak makan.
Saya memang menjangkakan kenaikan tapi tidaklah sampai 1.5 kg....seperti biasa saya kurang minum air kosong. Bila dirumah dalam suasana sibuk, saya benar2 terlupa akan air kosong....bila dahaga tenguk atas meja ada air tea atau air ais yang dibuat oleh adik saya maka saya minum. memang saya banyak minum air manis dan kunyah makanan jajan seperti kerepek pisang dll.

Jam sudah 10.29 malam, bekalan elektrik masih belum pulih.....panas bukan main sebab kipas dan air cond tak berfungsi.....nyamuk mula mengacau sbb saya bukak tingkap supaya ruang tamu nie tak berkuap sangat. Aduhhhh jam berapa elektrik nak pulih nie......saya kena off kan notebook sebab bateri dah tinggal sikit.

No comments: