Thursday, November 11, 2010

Week 5, my weight loss journey


Dalam minggu nie saya belum sentuh lagi topik berkenaan dengan my weight loss journey yang mengunakan laman web Thebiggestloserclub asia. Dalam tempoh 5 minggu nie saya tidak pernah lagi gagal merekodkan segala makanan yang saya ambil seharian. Setakat ini tiada masalah untuk mendapatkan jumlah kalori bagi setiap makanan sebab laman web ini telah memasukkan semua makanan yang biasa dimakan di asia tengara.




Setelah 5 minggu, perubahan ketara yang berlaku pada diri saya adalh tabiat pemakanan saya berubah. Dulu saya tak suka minum air kosong dan makan sayur. Kadang-kadang seharian saya terlupa nak ambil air kosong dan saya lebih suka minum minuman manis seperti milo dan yogurt drink. Setiap minggu saya akan beli 2 kotak HL milk dan 3 botol yogurt drink. Bila dahaga sahaja saya bukak peti dan minum yogurt drink. Milo + hl milk dah jadi kemestian, 4 kali sehari. Air kosong hanya diminum bila lepas excersice kat gym sahaja kalau tak pergi gym maka tak minumlah air kosong. Sayur hijau, jauh sekalilah saya nak ambil......teruk kalah budak2 punya perangai.




Setelah saya follow diet menu dalam TBLC, saya mula kira air kosong yang saya ambil dan sayur hijau yang saya makan sehari-hari. Dalam diari, saya akan pastikan 8 gelas air kosong diambil. Sayur hijau memang saya akan ambil banyak dan saya pastikan dalam sehari sekurang-kurangnya dalam 2 meal saya ada sayur. Buah setiap malam saya akan jadikan sebagai snack.


Selain dari tabiat pemakanan berubah, saya juga telah menjadi 'tukang kira kalori'. Contohnya pagi nie, saya ambil semangkuk oat (5 sudu) ditambah dengan 250 susu HL. Hidangan nie dah 294 kalori. Bila rakan-rakan sekerja offer makanan mereka (wp mee goreng tu nampak amat-amat mengiurkan) saya boleh tolak sbb dalam otak saya dah hadkan cukup 300 kalori untuk sarapan. Lepas tu saya akan ambil snack jam 10 pagi iaitu 4 keping biskut jacob weetameal dan air kopi dengan 1/2 tsp gula perang. Untuk lunch, kadang2 kalau tak sempat masak saya akan tapau jugak....tapi macam nie ajelah







Nasi tu hanya 1/2 cawan sahaja. banyak mana?. Cuba ambil cawan sukatan anda tu dan masukkan nasi yang dah dimasak sama paras.....banyak itulah. Saya lebihkan sayur......sayur hampir separuh polisterin.



Anda tahu tahu saat yang paling sedih bila berat badan kita naik.....bila nak pakai suit/kot. Baru-baru nie saya kena menghadiri majlis rasmi, kena pakai suit/kot. Suit bukannya kita beli banyak pasang macam baju kurung kan, saya ada 2 pasang suit rasmi yang ditempah 3 tahun lepas. Bila dapat arahan kena pakai pakaian rasmi maka saya pun keluar lah suit tu dari almari. Bila cuba, seluar ketat......nak tunduk pun dah tak boleh, nampak macam sarung nangka. Blazer pulak ketat kat pangkal lenggan.....pelik je nampak. Satu suit lagi ikut body shape so yang tu langsung tak boleh nak butangkan blazernya dan seluar lagilah. Nampak tak, sedihkan.....bila hadapi keadaan macam nie, nak beli baru.....mahunya melayang RM1000 untuk sepasang. Saya tak nak hadapi keadaan ini lagi....saya tak nak termenung depan cermin dan tension bila baju tak muat.



Baru-baru nie dalam radio RedFm, topik untuk sembang diwaktu pagi adalah berkaitan dengan 'crazy diet'. Ramailah pendengar menelefon Dj bagitau berkenaan crazy diet yang pernah mereka amalkan. Yang saya ingat adalah mengambil jus epal hijau sahaja seharian, jus sayur hijau sahaja seharian, apple cider, jus limau nipis, makan epal sahaja dan macam-macam yang pelik-pelik. Dj tanya salah seorang pendengar yang telefon.....anda tahu tak bahawa tubuh kita perlukan pelbagai protein, vitamin dan mineral lain untuk berfungsi dengan sempurna?......anda telah menzalimi tubuh anda sendiri hanya kerana anda hendak kurus.



Sekali lagi saya nak katakan biarlah berat kita turun sedikit demi sedikit dengan mengamalkan pemakanan sihat dan excersice. Jika anda tidak boleh hendak ke gym disebabkan kekangan masa....berjalan kaki pusing taman perumahan anda sejam sehari dah cukup. Saya bekerja dipejabat mengadap komputer, tak banyak kalori yang boleh dibakar tapi anda yang merupakan suri rumah tangga, banyak kalori yang anda keluarkan sehari-hari dengan melakukan kerja-kerja rumah, berkebun dan menjaga anak.



Jika mengunakan diet jurnal dalam Thebiggestloserclub dikenakan bayaran (>RM30 sebulan) maka saya tunjukkan yang free iaitu di Fitday.com. Anda boleh gunakan diari makanan dan mencari jumlah kalori yang anda makan disini. Samaada ia bagus atau tidak, saya tak pernah guna tapi dari maklumbalas beberapa penguna...ia ok jugak.


Inilah fitness log dari Fitday.com.



Untuk mengurangkan berat badan anda perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 500 kalori dari kalori yang anda perlukan. Contohnya kalori yang saya perlukan seharian adalah 2100 (jumlah kalori diperlukan adalah berbeza bagi setiap individu). Jadi untuk tujuan mengurangkan berat badan maka saya hanya perlu hadkan 1600 kalori sehari (2100-500=1600). Anda perlu rekod dalam diari supaya anda boleh kawal. kalau setakat list down jumlah kalori makanan tapi tak rekod berapa yang anda ambil tak guna jugak. Kalau tengok list.. satu karipap 170 kalori, satu potong kecil kuih lapis 150 kalori. Kalau ambil 2 ketul nie dah 320(tak kenyang nie) pastu segelas milo kosong (30g milo) 124 kalori. Sarapan saja dah 444 kalori, belum lagi minum kul 10, makan tengahhari, minum petang, makan malam, kunyah jajan.



Bila anda kawal kalori, masa tu anda hanya akan ambil makanan yang mengenyangkan sahaja tapi sihat supaya anda tidak membazir kalori yang anda hadkan. Bayangkan anda ada RM16 untuk dibelanja sehari. Semua mineral yang diperlukan oleh badan kena ambil so dah tentu anda akan pilih yang mengandungi banyak mineral tapi rendah kalori. So secara automatik anda akan jauhkan makanan berlemak dan manis.

No comments: