Thursday, November 4, 2010

Bubur nasi dengan sardin

Sejak 4 minggu nie, kebanyakan masakan saya adalah terlalu simple. Kadang-kadang rasa segan nak publish kat blog. Selalunya bahan-bahan yang dimasukkan dalam sesuatu masakan adalah dalam 3-4 bahan sahaja supaya kalorie tidak bertambah.


Bercakap tentang kalori, saya rasa ramai yang masih keliru dengan menganggap kalori adalah lemak. Contohnya masa saya bercerita dengan rakan2 dan sy berkata ' semalam sy hampir memusnahkan diet saya sbb saya minum air kelapa muda dengan isinya. Salah seorang kawan terasa pelik 'kenapa!!!! air kelapa ada kalori ke?....mana ada lemak dalam air kelapa?. 1/2 cawan air kelapa muda tanpa ditambah apa-apa adalah 32 kalori.....jadi air untuk sebiji kelapa muda = lebih kurang 150 kalori. Itu baru air, isi kelapa muda......1 keping = 10, kalau sebiji isi kelapa muda rasanya ada lebih kurang 100 kalori. Jadi sebiji kelapa muda hampir 250 kalori. Bukan tak boleh minum air kelapa ye....jangan salah faham. Air kelapa muda nie adalah snack tambahan yg tiba2 wujud bila saya pergi tesco lepas gym. Baki kalori saya adalah 500 untuk dinner pastu tambah lagi extra nie maka kalori saya lebih 1600 pada hari tu.



Kita tengok apa makna kalori. Kalori adalah satu unit tenaga yang sering kali dikaitkan dengan makanan dan diet. Definasi kalori adalah ' the amount of energy, or heat, it takes to raise the temperature of 1 gram of water 1 degree celsius'. Badan kita mengunakan kalori ini untuk hidup, bernafas dan untuk kita melakukan aktiviti harian. Jika anda mengamalkan pemakanan yang tidak sihat maka kalori yang masuk adalah berlebihan dari kalori yang diperlukan maka kalori yang berlebihan itu akan ditukarkan kepada FAT. Banyak kalori berlebih maka banyaklah FAT yang terbentuk dan akan disimpan di punggung, perut, dada dan paha kita. Kalau lelaki ia akan disimpan di bahagian chest, abdomen dan buttocks.



Macam kuliahlah pulak.....ok kita pergi kepada tajuk entri nie.....Bubur Nasi. Bubur nasi pun nak bagi resepi??????. Sebenarnya mak saya kalau buat bubur nasi ia akan bubuh macam-macam dalam bubur tu. tapi kali nie saya nak makan bubur kosong saja.



Bubur nasi nie saya makan dengan sardin dan sayur kailan udang kering. Saya rendam dulu beras lebih kurang 2 jam pastu tu sejat bagi kering airnya. Panaskan air sehingga mengelegak. Bila dah mengelegak terus masukkan beras dan kemudian perlahankan api dan masaklah sehingga menjadi bubur. Jangan tambah garam/gula biarkan kosong sbb sayur dan masakan sardin dah ada garam. taburkan daun sup/daun bawang dipotong halus diatas bubur (jika ada).

Anda cuba makan dengan sardin. Sardin nie saya masak macam biasa saja. Dalam diet sayur-sayuran kena lebih ye....sayur kailan tu sikit sebenarnya, ia sepatutnya 75% dari pinggan diatas. Sardin hanya ambil separuh sahaja jika besar dan 1 ekor jika kecil. Kalori per serving tengok pada tin sardin tu. Setiap jenama berlainan jumlah kalori per serving.



Saya masukkan hidangan bubur nasi makan dengan sardin nie sebab saya rasa ia kombinasi yang agak menarik jugak lain sikit dari kebiasaan. Cuba guna sardin keluaran HPA, sedap sardin tu.



Pinggan dan mangkuk yang saya guna itu adalah berukuran 19cm dan 15.5cm.

1 comment:

Anonymous said...

saya ni mmg selera jer..cmner nk diet..tengok bubur nasi n kailan pon dh terliur..sodapnya..hi2...