Wednesday, November 10, 2010

'No Right Click', patut atau tidak dipasang?


Rentetan dari peristiwa 45 content blog saya yang diciplak oleh resepi.tipsone.com, telah menyebabkan saya banyak menghabiskan masa untuk serve internet mencari jalan penyelesaian. Salah satu darinya adalah dengan cara memasang 'no right click' kod di blog.


Tapi persoalan akan timbul patutkah 'no right click' kod dipasang di blog?. Kerana pencuri content yang masuk ke blog kita adalah seorang dua sahaja. Mereka adalah blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog dan mencari jalan mudah dengan mencuri hasil kerja orang lain untuk menghasilkan blog wp apa sekalipun alasan mereka.....mencuri tetap salah. Bagaimana dengan pengunjung setia atau pengunjung yang benar2 inginkan copy and paste resepi yang merupakan majoriti pengunjung blog kita sehari-hari. Meletakkan 'no right click' akan menyebabkan ramai yang annoying sebab mereka tidak dapat copy and paste resepi yang mereka inginkan. Inilah kerisauan yang saya fikirkan bila meletakkan kod ini di blog.


Bila anda hendak copy dan paste resepi dalam blog ini maka akan keluar mesej “Function disabled”, wp anda hanya nak copy resepi bukan keseluruhan content. Sebenarnya saya pun tak suka buat macam nie seperti pepatah 'kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga'. Kerana perbuatan seorang penciplak, habis semua jadi mangsanya. Walaupun saya tahu manusia yang suka ciplak nie akan ada jalan nak enable kod tu tapi sekurang-kurangnya ia akan menyebabkan mereka akan ambil masa sedikit untuk copy content.


Saya pasang code 'no right click' ini buat sementara dan saya tunggu respond anda. Jika anda rasa ia menyusahkan dan anda tak suka. Beritahu saya dan jika saya dapat banyak feed back negative maka saya akan buangkan code 'no right click' dari blog saya. Saya juga tak suka nak pasang code nie tapi bila kita lihat separuh content blog kita berada dalam blog orang lain......hati kita sakit dan geram.

1 comment:

salam.. said...

salam bdria..
emm ttg cita ni utk sya klu leh tak yah pasang kot..he2..sbb aritu nk CP rsepi cucur kembong dr blog bdria x leh..hi2..resepi org lama ni simple tp mmg sya x pernh bt..dgr dr kawan jer..suka gn blog awak sbb comment awk ttg resepi ikhlas..n ttg diet awak hope success..kita pon berat dh bertmbah skrg..sabar ler..hu..hu..