Sunday, November 14, 2010

Week 5, weight in results

Hari nie lambat sikit nak post weight results sbb sibuk buat beberapa kudapan untuk dibuat hantaran pertunangan adik saya lepas raya haji nie. Dah janji dengan adik perempuan saya, yang saya akan sediakan 5 jenis hidangan hantaran pertunangan.






Penurunan berat badan saya hanya 0.8kg saja minggu nie. Minggu nie saya hanya berpeluang ke gym 3 kali saja.....semalam saya habiskan lebih 4 jam di gym untuk cover balik. Setakat nie dah 5.3kg penurunan...tapi yang paling penting bukan angka kat scale tu tapi yang nie:-








Body measurement.....ini yang paling penting. Inilah target saya sebenarnya. Saya tinggi so berat 74kg hanya menjadikan saya bersaiz L bukan XXXL. Berat yang saya nak capai adalah 65kg sahaja iaitu saiz M. Target ukuran badan saya adalah dibahagian perut.....saya dah berjaya kurangkan 11cm dalam tempoh 5 minggu. Saya masih belum boleh lagi pakai jean lama saya tapi seluar jean sekarang dah betul2 longgar dan dah kena pakai tali pinggang. Semalam saya mencuba baju kebaya yang tersimpan lama di almari, dah boleh pakai cuma tak selesa saja sbb nampak sendat semacam. Kalau tak...... dulu nak masuk kebadan pun tak boleh sbb tersangkut kat sana sini.

1 comment:

Yat Maria said...

4jam @ gym?? that's some persistence..congratz dear..like u said, the inches that u managed to shed to yg penting..am happy for you :)