Friday, August 6, 2010

Banana Chocolate Moist Cake

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.one. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
Saya bakar kek nie malam semalam. Saya paling suka makan pisang emas yang kecil2 tu, masa pergi pasar tani ada gerai yang jual pisang nie. mujur ambil sesikat kecil je sbb tak sentuh pun lepas balik rumah. Bila balik petang semalam.... tengok pisang tu dah hitam. Saya teringat resepi Chocolate Moist Cake dari kelas chef asma so saya guna resepi tu tapi saya tambah dengan pisang saja. oleh kerana sayang nak buang pisang yang berbaki saya guna semua sekali iaitu 3/4 cawan pisang lenyek. Mula2 risau jugak takut tak jadi sbb 'derhaka' kat resepi. Saya juga kurangkan gula sbb pisang dah manis....jadi gula yg saya guna 1 1/4 cawan saja.

Bila kek dah masak....wow kek saya naik elok dan yang paling penting....sedap dan moist sangat. Ok jugak bubuh pisang dalam chocolate cake nie....memang sedap. Banyak jugak yang saya makan wp saya cuba kurangkan 'gluten' dalam diet saya. Akibatnya today...... seharian saya sakit perut. Agak sukar untuk avoid gluten dalam diet harian sbb dah terbiasa.

Walauapapun...resepi nie memang best....sedap sangat. i like it very much. Terima kasih kepada Chef Asma sbb bagi resepi yang sedap nie. Resepi nie dari kelas cup cake tempohhari.





Banana Chocolate Moist Cake
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
resepi diadaptasi dari chocolate moist cake chef asma

Bahan-bahannya;-
2 biji telur (saiz B)
1 1/4 gula castor
2 cawan tepung gandum *
1 cawan minyak masak (sy guna minyak Naturel Blend)
1/2 cawan chocolate powder/serbuk koko
1 1/2 tsp soda bicarbonate*
1 tsp baking powder*
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan pisang emas yang telah dilenyek

1/2 tsp esen pisang/esen vanila

Cara-caranya:-
  1. Satukan dan ayak semua bahan bertanda (*)
  2. Putar telur sampai kembang dalam 2 minit kemudian masukkan gula dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak masak dan putar lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung, pisang dan susu cair secara berselang seli sehingga habis. Kemudian masukkan esen pisang atau esen vanilla.
  4. Pastikan adunan telah dikacau sebati.
  5. Sapukan sedikit minyak/majerin/butter dibawah dan tepi acuan kemudian dilapik dengan kertas greaseproof paper
  6. Tuangkan kedalam acuan dan bakar dengan suhu 160C selama 1 jam.
  7. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu yang sama sebelum bancuhan dibuat.
Nota
  • Saya guna pisang emas (yang jenis kecil2 tu). Pisang nie agak manis sebab tu saya kurangkan gula castor kepada 1 1/4 cawan dari 1 1/2 cawan gula castor.
  • Jika anda gula pasir, ia harus dikurangkan lagi.
  • Jika selepas keluarkan kek dari oven ia nampak cantik je pasti bila agak sejuk ia akan mendap sikit. Jangan terkejut sbb kek nie moist sbb tu dia mendap sikit ditengahnya. Yang paling sedap adalah dibahagian tengah nie.

No comments: