Monday, August 23, 2010

Talam peanut butter



Kuih talam yang saya kukus pada petang sabtu. Hanya hari cuti saja yang membolehkan saya buat kuih-kuih yang agak remeh. Saya buat hanya separuh sukatan dan dapatlah satu loyang kecil. Talam peanut butter nie memang paling sedap terutama kalau guna peanut butter yang agak mahal.

Masa buat sukatan untuk bahagian atas, saya tersilap baca arahan resepi, saya bahagikan lapisan kepada 3 bahagian bila dah masukkan lapisan hijau kat lapisan bawah barulah terperasan yang sepatutnya lapisan ada 5. uwaaaaa....... dah masuk semua lapisan hijau so dah tak boleh nak adjust lagi...... kenalah teruskan jugak sbb tulah jika anda lihat lapisan hijaunya agak tebal. Sepatutnya talam lapis peanut butter nie ada 5 lapisan atasnya berselang seli warna hijau, orange merah dan putih.


No comments: