Sunday, August 29, 2010

Milo ais tabur



Beberapa hari kat kampung langsung tak boleh nak update blog. Nie entry tertunggak hari khamis sebelum balik kampung. Daripada tak ada entry kita masukkan ajelah entry nie.
Beberapa hari lepas milo ais tabur nie dah jadi minuman kegemaran pulak. Asyik buat milo ais nie je tiap kali berbuka......dah tak dak idea kot.

Milo ais tabur

Bahan-bahannya

2 sudu besar milo
2 sudu besar susu pekat manis
100ml air panas
susu segar secukupnya
ais ketul secukupnya
1 sudu besar serbuk milo

Cara-caranya
  1. Masukkan 2 sudu besar milo dan 100ml air panas dalam gelas. larutkan
  2. Masukkan susu segar sehingga separuh gelas
  3. Masukkan ais ketuk secukupnya
  4. Taburkan dengan 1 sudu besar milo serbuk.
  5. Hidangkan segera.

No comments: