Wednesday, August 25, 2010

Urap kacang botol

Petang semalam....berjayalah jugak makan pengat pisang (sabor je.... mengidam teruk bebenor). Balik dari ofis terus ke restoran kat SS5...malas nak gi bazar ramdhan sbb susah nak parking time2 kul 5 lebih nie. Sesampai kat Restoran tu tengok tempat parking pun tak ada so pusing dua tiga kali barulah ada kereta yang keluar dan dapatlah parking. Dah alang2 buang masa kat sini maka saya belilah pengat pisang dengan ikan kembong masak tempoyak....balik rumah masak nasi saja...senang cerita. Bila bukak peti tengok ada beberapa biji kacang botol dan seikat kangkung...buat uraplah sbb nak bagi ada hidangan sayur sikit. Udang kering yg dibeli dari Sandakan masih ada lebih sekilo....mak oooi kalau tak guna tak tau berapa tahun nak habis.

Lepas berbuka.....sedapnya pengat tu tapi ikan kembong masak tempoyak yang saya beli hampehhhhh. Isi ikan keras mungkin sbb dia masukkan ikan yg masih beku dalam kuah tempoyak so isi ikan tak masak dan keras...ikan langsung tak segar...macam dah disimpan 2 @3 minggu. So nasib saya buat urap nie...makanlah urap dengan nasi dan kuah tempoyak ikan tu.


Urap Kacang Botol

bahan-bahannya

5 biji kacang botol (dihiris serong)
50gm taugeh (sy gantikan dengan kangkung)
3 tangkai kacang panjang (dipotong 2 inci)-tak masukkn sbb tak ada
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci cekur(tak de so tak masukkan)
5 biji cli api
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 sudu udang kering

Cara-caranya
  1. Kacang botol, kacang panjang dan taugeh(saya gantikan dengan kangkung) dicelur dan ditoskan
  2. Serbuk kunyit, cekur,belacan,cili api,cili merah,bawang merah,bawang putih dikisar dan digaulkan dengan kelapa,garam dan gula
  3. Setelah digaul rata, dipanaskan didalam kuali sehingga kering
  4. Selepas itu, gaul dengan bahan-bahan yang dicelur tadi

No comments: