Friday, August 13, 2010

Mango Lassi

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com @ resepi.thief no.one. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak dan minta beliau removekan 45 entry dari blog saya yang telah diciplak oleh beliau.
========================================================
Nie time rehat, bolehlah postkan entry juadah berbuka semalam. ingat tadi nak keluar gi Tesco beli barangan dapur yg habis tapi hujan lebat sungguh kat luar (macamlah kena jalan kaki) so saya stay kat ofis ajelah. Manggo lassi nie saya buat untuk berbuka semalam. Masa gi kelas coklat chef asma saya ada beli fruit paste MEC3 (manggo), so petang semalam decide untuk buat manggo lassi guna mango paste nie.


Manggo Lassi

Bahan-bahannya (sukatan untuk satu gelas)

100gm plain yogurt
100ml air
200ml susu segar @ susu rendah lemak
2 tbsp gula
1/2 tbsp fruit paste MEC3 Manggo
beberapa ketul ais

Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan diatas kedalam blender dan blender sehingga ais hancur
  2. Masukkan kedalam gelas dan hidangkan
Nota
  • Blend ketika hendak minum supaya ais tidak mencair
  • Jika anda tiada fruit paste MEC3, anda boleh gantikan dengan sebiji buah mangga atau anda boleh guna pati mangga.

No comments: