Monday, August 30, 2010

Tat Gulung Roselle



Adik perempuan saya minta buatkan tat gulung jem roselle sbb jem roselle yang dia buat banyak dalam peti ais. Nie lah aktiviti saya sepanjang cuti kat kampung beberapa hari. Hanya dapat siapkan beberapa jenis kukis sbb kat sini kekurangan peralatan...nak sapu kuning telur...berus tak ada...pewarna kuning tak ada....mesin penimbang tak ada...cawan penyukat tak ada....banyak sungguh kekurangan. Fyi...kat sini jauh sungguh dengan bandar....bukannya boleh masuk kereta drive kejap nak beli barang...kena 45 minit baru sampai ke Temerloh. Wp semua bahan kukis saya dah beli tapi boleh terlupa kat tools.

Oklah nie resepi yang saya guna untuk buat tat gulung tapi jem roselle tak ada sukatanlah sebab adik perempuan saya yang buat. Mak saya ada tanam beberapa pokok roselle dan menjadi sungguh buah roselle so banyak jem yang dapat dibuat selain jus.

Biskut Tat Gulung Jem Roselle
Sumber: Citarasa biskut popular oleh Hajah Noraini

Bahan-bahannya

250gm mentega
300gm tepung gandum
50gm tepung kastad
20gm susu tepung
30gm gula aising
1 biji kuning telur (25gm)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem roselle
sedikit pewarna merah

Untuk glis
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur

Cara membuatnya:
  1. Mentega, gula dan garam dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebati
  2. Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik dan susu tepung.
  3. Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega sehingga menjadi adunan yang lembut(agak lembik)
  4. Sedakan acuan semperit. Masukkan adunan kedalam acuan dan tekan diatas sehelai plastik. pastikan corak yang berjalur terletak dibahagian bawah.
  5. Potong sepanjang 2 inci-3 inci. Bulatkan jem roselle dan letakkan dibahagian pangkal. Gulung adunan tersebut. Susun atas dulang pembakar. Buatlah cara yang sama sehingga habis semua adunan.
  6. Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur dan campurkan dengan 1 sudu kecil air dan pewarna kuning telur.
  7. Dengan menggunakan berus pastri, sapu pada permukaan biskut. Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
  8. Bakar selama 20 minit. Sejukkan sebelum disimpan.
Nota
  • Jangan guna susu tepung bayi.....anda boleh guna semua jenis susu tepung selain daripada susu bayi.
  • Anda boleh bulat2kan terlebih dahulu inti sehingga habis.
  • Anda boleh gantikan jem roselle dengan jem nenas.

No comments: