Sunday, August 22, 2010

Isu ciplak dan curi gambar

Saya pernah buat entry berkenaan dengan parkara ini. Anda boleh rujuk disini, malah saya pergi ke blog chef nie dan masukkan comment meminta beliau memasukkan sumber resepi tersebut diperolehi tetapi comment saya tidak dipublishkan di blog beliau dan beliau juga tidak memberikan reaksi apa-apa berkenaan perkara ini sama ada permohonan maaf atau setidak-tidaknya masukkan sumber resepi dan gambar diperolehi.

Bila saya tengok perkara yang sama berlaku kepada blog jintanmanis dan tindakan yang Ros ambil. Pada pagi nie saya juga ambil tindakan yang sama iaitu buat aduan kepada blogspot berkenaan isu ciplak. Saya faham blog yang menciplak nie sebenarnya ingin menyimpan resepi yang bagus untuk rujukan mereka tetapi mereka tidak mempunyai adap apabila hendak mengambil sesuatu. Mengambil sesuatu yang bukan hak anda dan tanpa kebenaran adalah sama dengan mencuri.

No comments: