Thursday, August 19, 2010

Masam manis cherry


Pagi nie sampai awal kat ofis....jam 6.55 pagi dah ada kat depan ofis. Nie gara-gara nak tebus balik kesalahan yg saya dah buat pagi semalam. This week saya duty ambil kunci dan bukak pintu pejabat. pagi semalam datang lewat sikit dan my ofismate dah ambil kunci kt security room so lepas bukak pintu dia letak kat bilik timbalan pengarah. Bila saya sampai saya tengok kunci dah ada kat bilik second boss tu so i buat andaian (kesalahan saya) yg semua pintu ofis dah dibukak oleh orang yg ambil kunci tu. Saya ambil kunci dan turun ke tgkt 15 dan terus masuk ke bilik saya. Gi toilet untuk mekap2 sikit sbb memang pagi2 datang ofis tak mekap.....tak sempat. lama no dok dalam toilet...sambil nyanyi2 lagu dondang sayang (chewah...menambah je nie). rupa2nya my ofismate dok mencari saya dan kunci-kunci tu sbb semua staff kat tingkat 16 mencangkung depan pintu sbb dah letih berdiri....dekat 20 minit mereka menunggu. keluar je dari toilet, tengok my ofismate dok tunggu saya depan pintu toilet. " tgkt 16 u tak bukak pintu ke". masa tu berlarilah saya naik tangga ke tgkt 16 dan tengok muka boring kawan2 sbb kena tunggu depan pintu. Sorry guy......pagi nie saya tebus balik kesalahan semalam so pagi2 lagi dah sampai dan bukak pintu setiap tingkat.

Apa kena mengena cerita diatas dengan cherry tu?. Sebenarnya tak ada kena mengena...tapi cherry tu adalah hidangan pembuka untuk puasa semalam selepas 3 biji kurma. Sedap u....manis-manis masam. Mr Chan, my senior officer tu yang tolong belikan. Sekilo cherry tu yang masih hijau tangkainya dengan harga RM32. Mr chan nie memang seorang bapa yang sangat penyayang...beliau akan pastikan anak2 dia sentiasa ambil buah. so setiap hari minggu dia selalu akan pergi kekedai borong buah dan beli buah kegemaran anak2nya dan 'anak-anak angkatnya' (kami lah tu). Very nice person.....next year adalah tahun terakhir beliau berkhidmat so kami akan kehilangan beliau....very sad.

Ada cerita manis tau....this morning first thing yg saya buat bila duduk je atas kerusi nie adalah bukak internet. Nak check akaun bank. My best fren call semalam bagitau yg dia dah bank in duit dalam akaun saya on tuesday so bila tanya berapa dia kata tengok sendiri. bila tengok balance....wow ada beribu2 lemon....wah best nya. Itu adalah duit dividen syarikat utk tahun nie, dibayar 2 kali. yang pertama before raya dan yg kedua akhir tahun nie. Dividen yg diistiharkan adalah 20% bagi setiap saham. kaya makcik kejap...kejap je pastu habislah duit tu sbb dah terbayang2 nak beli apa. jahatnya...pantang dapat duit datang je idea nak menghabis tu.

Nie syarikat saya...reseki saya lepas je keluar U, dapat peluang peluang join sykt bumiputera yg baru nak naik, dapat jadi shareholder, dapat jadi pengarah. kalau meeting dengan customer saya adalah pengarah paling muda kat situ (26 thn) dan satu2nya perempuan. Tapi tak lama, selepas 2 tahun berkembang...ekonomi gawat...kami lost banyak order...langsung tak ada order....maintance company dengan duit simpanan je. 3 pekerja bangla kami iaitu shahidul, mokhul, panjang amat setia dan bagus kerja, masa tu kami tak sanggup nak hantar mereka balik so kami ambil kontrak2 kecil cukup sekadar untuk bagi gaji kpd mereka..Pekerja tempatan sanggup terima 1/2 bulan gaji dan balik kampung sementara. Setengah tahun kami bertahan dlm keadaan begitu....saya turun naik bank untuk mintak pinjaman. Tapi adat bank ' jangan bagi pinjam payung bila dah hujan' so satu bank pun kami tak dapat pinjaman. Lepas 6 bulan, order mula masuk dan masuk dengan begitu banyak...sekali lagi kami panik sbb duit simpanan dah habis untuk bertahan masa gawat. Masa nielah Mr W masuk jarum...offer untuk top up capital dgn syarat sedikit % share dlm sykt. Seinci peluang yg diberi, sedepa yang dirampas. Selepas 3 thn 51% saham sykt jadi milik dia & saya kena kick out. Wbp sy happy dia kekalkan pekerja dan sykt dlm keadaan ok wp 'anak' yg dahulunya saya kendong membesar jadi milik orang.

No comments: