Thursday, August 19, 2010

Ikan masak tauchu


Lauk untuk berbuka dan bersahur. Senang masak lauk 2 dalam 1 nie. petang semalam balik agak lewat so saya just masak sup sayur dan masak ikan tauchu. Kuih saya kukus semula kuih lopes yang dibuat beberapa hari lepas. Senang cerita...simple and easy.


Ikan Masak Tauchu

1 ekor ikan tongkol sederhana besar/6 ketul
2 sudu makan tauchu
1 biji bawang besar - dihiris bulat
4 ulas bawang putih-dihiris
2 ulas bawang merah-dihiris
2 biji lada besar merah/hijau , dibelah 2
beberapa biji cili padi
1 inci halia-dihiris memanjang
1 keping asam keping
1 1/2 cawan air
garam
kunyit

Cara-caranya:-
  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit secukupnya.
  2. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan
  3. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan tauchu, halia, cili padi,asam keping dan air.
  4. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  5. Masak sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan lada besar.
  6. Angkat dan hidangkan


No comments: