Tuesday, August 31, 2010

Biskut Bunga Cina


Seperti biasalah ini permintaan adik no 3 saya.....memang dah agak dia akan mintak buat biskut nie sebab tu siap2 saya beli bahan-bahannya bawak balik kampung. Kali nie dia mintak buat double sukatan adunan sebab tahun nie giliran dia beraya kat rumah family suami dia so sebalang nak dibawa ke sanalah. Sakit tapak tangan tekan acuan semperit tu dan seperti biasalah....bentuknya sokmo tak dapat buat dengan cantik.

Seperti tahun lepas saya guna resepi biskut bunga cina K.Nor....tahun nie adik saya kata "buat macam tahun lepas....sedap" so resepi K.Nor lagilah nampaknya. Kalau nak tengok resepi biskut bunga cina nie silalah kesini.

No comments: