Wednesday, August 4, 2010

Jus Epal Asam Boi

Entry ini telah diciplak oleh http://resepi.tipsone.com/ @ resepi.thief no.1. com. Tolong saya dan letakkan comment anda di blog beliau dan katakan anda benci dengan perbuatan menciplak.
=====================
Petang nie saya pergi gym dan join kelas Body Combat, gabungan martial arts. Kalau saya sakit hati dan geram kat seseorang kat kelas nielah saya lepaskan geram saya. Saya tumbuk, terajang, tendang, sepak dengan sepuas-puas hati....saya bayangkan manusia yang saya sakit hati tu ada kat depan saya masa tu dan saya akan tumbuk dan tendang dia kuat-kuat.....lepas habis kelas fuhhhh leganya sbb hilang rasa geram dan sakit hati tadi. Benci betul saya dengan manusia yang jenis nak laga-lagakan orang supaya orang bergaduh sesama sendiri. Manusia macam nie memang tak guna sungguh. Tak pernah sedar diri tu salah.

Gambar dari google

Balik saja dari gym tadi terus basuh epal dan buat jus epal asam boi nie.......fuhhhhh nyamannya. Rasa masam-masam manis jus epal bergabung dengan asam boi memang mengasyikkan. Jom cuba.....rasa sendiri keenakannya.


Jus Epal Asam Boi
photo & publish by resepidaria.blogspot.com
Recipe from Selera Ramadan by Rubiah Suparman

Bahan-bahannya

2 biji epal hijau
3 biji asam boi,
1 sudu makan gula
1/2 gelas air

Cara-caranya:-
  1. Epal dibelah empat
  2. Kisar epal tadi bersama 1/2 gelas air dan gula. Setelah selesai masukkan kedalam gelas. Masukkan 3 biji asam boi dan ketulan ais secukupnya.

Itu cara buku ye. Cara saya simple je sbb ada mesin pemerah jus Philips nie. Saya bersihkan epal dan kikis epal dengan belakang pisau untuk buangkan wax yang berada dikulit epal pastu basuh sekali lagi dan masukkan sebijik -sebijik kedalam mesin. Jus yang dihasilkan memang 70% lebih banyak. Untuk 2 biji epal hijau saiz sederhana (premium rsa apple) saya boleh dapat 175ml jus. Sebab tu saya tak masukkan air dalam jus dan tak masukkan gula. Jus yang saya buat memang pure jus. Ini mesin pemerah jus kesayangan saya....memang tak rugi beli mesin nie kalau anda jenis yang suka minum pure juice.


No comments: