Saturday, August 14, 2010

Rendang Ayam

Juadah berbuka petang nie adalah nasi lemak rendang ayam. Niat hati nak buat pajeri nenas so saya pergilah ke Giant KJ untuk beli nenas. Shopping kat Giant memang menyakitkan hati....paling menyakitkan hati adalah sikap cashier.......saya beratur untuk bayar dalam jam 4.30 dan jam 5 pun masih belum tiba turn saya sedangkan hanya ada 2 orang dihadapan. Cashier melayan kerenah perempaun c*n* yang agak cerewet dan banyk kerenah. Bila tiba time nak bayar baru nak tanya harga raga yg diambil...cashier suruh gi scan harga...so tunggulah perempuan tua tu gi scan. Anak perempuan asoh tu pulak minta cashier kira utk separuh harga yg dibeli sbb nak tukar kupon. Bila asoh tu datang bawak bekas raga tu...anak dia mintak asoh tu gi tukar resit kat kaunter pertukaran utk dapatkan rebat kupon RM5 so tunggu lagi. Bila asoh tu datang...baru cashier tu start scan barang2 pastu ada lak masalah...barang offer tak masuk komputer...tekan lampu...tunggu supervisor yg tak kunjung tiba. Cashier boleh buat muka blurrrr mcm duduk je tunggu supervisor dia datang. Saya dah berasap tunggu turn....sakit jiwa tengok asoh2 kat depan tu danJustify Fulldengan muka blurrr cashier. Taubat saya tak akan shopping lagi kat Giant nie....menyakitkan hati. Cashier pun dah tengok line panjang janganlah buat tak nampak dan layan kerenah dua wanita nie....dah lah dia buat kami tunggu lama bila sampai turn saya nak mintak maaf pun tak tidak....muka masam gila...double standard bila layan customer.

Akibat bengang kat Giant tadi saya dah tak ada mood nak masak pajeri sbb jam dah 5.45 bila sampai rumah. oleh kerana santan dah diperah maka saya masak nasi lemak dan buat rendang ayam sempoi je.


Rendang Ayam

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
5 tangkai cili kering*
5 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 batang serai*
1 tbsp serbuk kari daging
2 keping asam keping
1 tbsp gula
2 tbsp kerisik
500ml santan
garam secukupnya
daun limau purut
minyak untuk menumis

Cara memasak:
  1. Bersihkan ayam dan potong ikut selera
  2. Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar halus
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar halus tadi bersama serbuk kari.
  4. Apabila sudah garing dan naik minyak, barulah masukkan ayam, santan, asam keping, kerisik dan daun limau. perasakan dengan gula dan garam.
  5. Apabila ayam empuk dan kering barulah diangkat.

No comments: